BEM 2

2.8K 159 2
                                    

Bang! Bang! Bang!

BERGEMA-GEMA suasana gudang simpanan senjata api yang terletak betul-betul di tengah-tengah hutan. Dia baru saja menerima panggilan daripada salah seorang anak buah yang paling dipercayainya bahawa gudang mereka diserang oleh sekumpulan musuh yang paling suka mengganggu ketenteraman mereka. Siapa lagi kalau kumpulan Drakers, yang membawa maksud naga.

"Apa yang korang nak lagi? Memang tak tahu malu ke, huh?" tengkingnya kepada si musuh-musuh yang berada di hadapannya. Sekali dia melampiaskan kemarahannya, secara automatik suasana gudang yang bingit tadi menjadi hening. Sekecil bunyi pun langsung tidak kedengaran.

"Tak akan kau tak tahu lagi apa yang kita orang nak?" ujar salah seorang musuhnya yang dalam keadaan bersiap sedia untuk menentang serangan.

"Pfft..." Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Memang degil betul ketua musuhnya ini. Dah banyak dah anak-anak buah musuhnya terkorban dalam serangan mereka beberapa bulan yang lepas. Ini nak cari pasal lagi? Memang kepala batu!

"Ramai betul ketua korang hired orang nak jadikan anak-anak buah dia. Korang semua ni memang kental. Sanggup mati dalam keadaan sia-sia disebabkan nak rampas hak aku. Tsk... tsk..."

"Kau diam jelah. Aku tak ada masa nak layan bebelan kau. Malam ini, aku akan pastikan gudang ini menjadi milik kumpulan kami. Kau dengan kumpulan kau boleh berambus!"

Bang! Bang! Bang!

Tanpa membuang masa lagi, Tengku Qarizh Nadim mengambil kesempatan tatkala musuhnya itu tidak fokus. Itulah peluang yang paling ditunggunya dari tadi. Setelah puas menyerang musuh dengan menggunakan senjata kesayangannya. Kini, dia menyimpan pistolnya itu ke dalam belakang poket seluarnya kemudian menggunakan kudrat laki-lakinya untuk berlawan dengan segelintir lagi musuh yang masih bertenaga.

Buk! Buk! Abdomen si musuh dilutut berkali-kali sehingga darah terpercik keluar dari mulut lelaki itu. Tak cukup lagi dengan itu, dia menendang perut lelaki itu sekuat hati sebelum si musuh itu terhentak kasar pada dinding gudang.

Bang!

"Argh!" Qarizh meringis kesakitan ketika salah seorang musuh berjaya menembaknya dari belakang tepat mengenai bahunya. Tangannya meraba-raba poket seluarnya untuk mencapai pistol. Namun...

"Jangan sentuh abang aku!"

Seorang gadis yang rambutnya diikat satu selamat mendarat di atas lantai sebaik saja dia membuat lompatan dari tingkat atas. Tercengang Qarizh melihat aksi yang sangat berbahaya itu. Pergerakan mereka terhenti hanya kerana menumpukan perhatian mereka pada seorang gadis yang bertubuh genit . Semua berasa tidak puas hati kerana tidak dapat melihat wajah gadis itu yang berada di sebalik topeng muka berwarna hitam.

"Qasrina Najihah..." Terketap-ketap bibir Qarizh menyebut sebaris nama itu. Macam mana si adik boleh terlepas sehingga ke sini? Masa dia sampai dia tadi, tak nampak langsung kelibatnya. Dari rumah ke gudang ini mengambil masa 20 minit. Tup-tup saja muncul sesusuk tubuh yang sangat dia kenali. Memang nak kena ni.

"Hehehe..." Qasrina melepaskan tawa kecil sebelum menyerang anak-anak buah musuh abangnya itu dengan kekuatannya dan juga kemahirannya dalam menggunakan senjata. Bukan berkat dari abangnya. Tetapi, dirinya sendiri. Dia sendiri yang belajar secara senyap. Qarizh langsung tidak tahu. Sebab satu-satunya abangnya ini seorang yang sangat protective!

"Blah! Atau aku lepaskan tembakan ni tepat dekat dahi korang semua! Berani sangat, kan?" ujar Qasrina sambil menghalakan muncung pistolnya ke arah musuh secara rawak. Suaranya yang besar dan tegang itu mampu menggemakan suasana ruangan gudang itu.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now