BEM 9

1.8K 116 5
                                    

TERKEKEH-KEKEH Qasrina dan Indira ketawa sehingga terhinggut-hinggut bahu mereka tatkala Saif dan Thakif membuat lawak. Perkenalan di antara Indira dan kawan-kawan Qarizh membawa satu makna pada dirinya sendiri. Dia tak pernah berasa seronok seperti ini. Begini rupanya kalau mempunyai kawan sendiri. Lagi-lagi yang jenis masuk air. Kering gusi dia ketawa dibuatnya.

"Abang Saif ni, sudahlah! Senak perut Qas tau." Tersandar tubuhnya ke kusyen sofa sambil kepala digeleng-gelengkan dengan matanya terpejam. Letih.

Indira di sebelah Qasrina tertawa kecil sambil menggelengkan kepalanya. Matanya beralih ke arah jam segi tiga yang tergantung pada dinding bilik lepak itu. Sudah menunjukkan pukul satu petang. Namun kelibat Qarizh dan juga Alana masih tidak kelihatan. Pantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu aplikasi WhatsApp ditekan.

"Mama!" jerit Alana dari tingkat bawah. Jeritannya yang mampu menggegarkan suasana rumah sehinggakan mereka yang berada di dalam bilik lepak terkejut besar.

"Anak siapa yang sesat dalam rumah ni?" soal Zane kepada kawan-kawannya.

Hilmi, Saif, Thakif, Irham dan Airiel mengangkat bahu mereka tanda tidak tahu.

"Alana!" sahut Indira sambil melompat ke belakang sofa lalu berlari menuruni anak tangga. Aksinya membuatkan mereka melongo seketika sebelum terdengar suara tawa Qasrina bergema.

"That's my sister!" Qasrina ikut berlari mengekori Indira yang sudah berada di tingkat bawah.

"Anak mama dah balik. I miss you, baby." Tubuh Alana dibawa ke dukungannya.

"Eh, mana abang?" Berkerut dahi Qasrina cuba mencari susuk tubuh abangnya namun tidak kelihatan.

"Uncle dekat luar," jawab Alana sambil menuding jari ke arah pintu utama, memberitahu bahawa Qarizh berada di halaman luar rumah.

Qasrina terus membawa langkahnya sehingga ke luar rumah. Kelihatan Qarizh sedang duduk di atas motorsikalnya sambil kaki kanan diletakkan di atas paha kiri. Siku kirinya pula ditahan pada cermin meter motorsikal. Tangan kanannya khusyuk menatal skrin telefon bimbitnya.

"Abang..."

"Hmm?" Qarizh mengangkat wajahnya. Matanya bertembung dengan mata si adik dengan dahi yang berkerut-kerut. Dah kenapa adiknya seorang ini, berkerut semacam?

"Abang buat apa dekat luar? Ada apa?"

"Ada orang call aku."

"Siapa?"

"Kawan."

Qasrina mencebik. Berapa puluh ribu kawan yang abangnya ada. Asal tanya saja, jawapannya mesti sama. Kawan.

"Kawan tu tak ada nama ke?"

Qarizh melepaskan keluhan panjang sebelum menyingkapkan rambutnya ke belakang. "Orang upahan aku."

Kening Qasrina hampir bercantum. "Abang still cari budak perempuan tu ke?"

Qarizh angguk.

"Serius?"

Qarizh angguk sekali lagi. Berat betul bibirnya mahu menjawab pertanyaan adiknya itu.

"Kalau dia dah kahwin macam mana? Tak ke sia-sia pencarian abang tu?" soal Qasrina. Sengaja menguji kesanggupan abangnya yang menunggu kehadiran seseorang setelah 10 tahun yang lalu. 10 tahun lalu tau! Bukan sembarangan penantian.

Qarizh diam. Hatinya sama sekali menidakkan apa yang disoalkan oleh Qasrina. Hatinya kuat mengatakan gadis itu masih belum berpunya. Tapi, kalau apa yang Qasrina tanyakan itu menjadi kenyataan? Macam mana dengan dia?

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now