BEM 54

1.3K 86 11
                                    

"BILA kau nak mati, hah? Bila kau nak berhambus dari hidup aku!"

Tumbukan demi tumbukan Indira yang diterima oleh Yazir. Habis wajahnya berlumuran darah. Tapi itu tidak membuatkan Indira berasa simpati dengannya.

"Akak, sudah akak!" Haura memeluk tubuh Indira dari belakang. Namun, Indira lebih kuat menolak dirinya sehingga dia jatuh terduduk.

"Jangan halang aku nak bunuh dia!" tempik Indira bagaikan sudah hilang kawalan diri.

"Uuuhuk! Urgh!" Tersembur darah dari mulut Yazir apabila Indira melepaskan tumbukan bertubi-tubi pada dadanya tanpa henti. Ibarat sedang menumbuk punching bag. Dipandangnya wajah Yazir dengan penuh rasa kebencian.

Anak-anak buah Qarizh cuba untuk menenangkan Indira. Namun, Haura menghalang. Biar dia sendiri yang menenangkan Indira.

"Akak sudah, akak. Jangan bunuh dia. Akak bukan pembunuh. Abang Qar dah dibawa ke hospital. Kita pergi hospital, ya," pujuk Haura sambil menarik lengan Indira perlahan.

Mendengarkan nama Qarizh, serta-merta tumbukan Indira menjadi perlahan dan terhenti. Ditolehnya ke belakang. Qarizh tiada lagi di situ. Yang ada cuma limpahan darah. Segera dia mengalihkan pandangannya pada wajah Haura dengan debaran di dada. Dia sepatutnya mengutamakan nyawa Qarizh daripada melepaskan amarahnya pada Yazir. Kenapa dia boleh gagal mengawal diri?

"Bawa akak. Cepat, bawa akak!" tengking Indira pada Haura.

Haura sekadar menganggukkan kepala. Dia langsung tidak terasa dengan tengkingan Indira. Dia tahu fikiran kakaknya itu sedang kusut.

"Jom, kak." Haura memimpin Indira keluar dari rumah. Sempat lagi dia memberi isyarat mata kepada Saif agar menghantar mereka ke hospital.

"Kau orang uruskan mamat tu. Jangan sampai dia terlepas. Abang Kizo dalam perjalanan ke sini. Jaga-jaga. Jangan biar dia mengamuk tak tentu pasal."

Kawan-kawannya menganggukkan kepala. Akur dengan arahan yang diberi oleh Saif. Segera mereka mengepung sekeliling Yazir. Lelaki itu sudah tidak sedarkan diri. Darah banyak mengalir keluar dari celah hidung dan sekitar wajah. Begitu juga dengan tubuh badannya.

"HUBBY! Haura, mana dia?" Indira sudah seperti seorang ibu kehilangan anak. Dipandang ke kanan dan ke kiri beberapa kali. Mencari Qarizh yang tidak tahu keberadaannya di mana.

Haura mengejar langkah Indira yang sudah jauh ke depan. Izz yang baru saja sampai turut mengejar Indira dan Haura dari belakang.

"Akak, sabar kak! Jangan lari. Tunggu, Haura!" panggil Haura. Berkali-kali diseru kakaknya itu agar memperlahankan langkah. Namun, Indira hanya membuat tuli saja.

"Indira Callista, boleh sabar tak? Sabar!" Izz meninggikan sedikit suaranya agar dapat menyedarkan Indira. Ditarik lengan adiknya itu masuk ke dalam dakapannya.

Indira memukul-mukul dada abangnya itu. Haura berdiri di belakang mereka. Mengawal nafasnya yang tercungap-cungap.

"Bawa bersabar, Dira. Qar ada. Dia tengah dirawat. Jangan macam ni," pujuk Izz sambil mengusap belakang tubuh adiknya itu.

"Adik nampak pisau tu tercacak atas dada dia. Macam mana Dira nak sabar? Macam mana!" Bagaikan mahu terkeluar anak tekaknya menjerit, memarahi Izz. Matanya mencerlung ke arah wajah abangnya itu.

"Habis tu dengan meraung macam orang gila ni, boleh sembuhkan Qar ke? Hah? Angah tanya ni, boleh ke?" soal Izz. Dikawal dirinya agar bersabar dengan kondisi Indira ketika ini.

"Hisk... hisk... kalau... kalau dia tinggalkan... adik lagi... macam mana? Adik tak nak... adik tak bersedia lagi, angah. Tolong adik...," rayu Indira. Digoyang-digoyangkan kedua-dua belah lengan Izz berkali-kali.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now