BEM 23

1.2K 87 5
                                    

GUGUSAN kunci yang berada di dalam genggamannya ditenung lama. Beberapa kali dia melepaskan nafas kasar. Mata dipejam buat seketika sebelum dicelik semula. Hari ini, dia tekad untuk mencari jalan keluar dari neraka buatan ini. Tubuh yang serasa lemah seratus peratus tidak dihiraukan. Yang penting sekarang ni, dia mahu melepaskan diri dari perangkap manusia yang bertopengkan syaitan itu.

"Akak...," panggil Qasrina sebaik saja dia membuka mata. Kepalanya terasa berat. Pening. Berkerut-kerut dahinya memerhatikan gerak-geri Indira yang sedang menyarungkan jaket pada tubuhnya.

"Akak nak pergi mana?" soal Qasrina buat sekali lagi.

Namun sayang, Indira langsung tak menjawab persoalannya. Dibiarkan saja soalan itu sepi bagai ditiup angin. Mindanya sudah terbang jauh. Tidak lagi memikirkan persekitarannya. Kuasa amarah sudah mengawal sepenuh tubuhnya.

"Akak..."

"Jangan sentuh akulah!" Indira menepis tangan Qasrina yang mendarat pada lengannya sehingga gadis itu terundur beberapa langkah ke belakang. Dia menoleh sedikit ke arah Qasrina dengan pandangan penuh membara.

"Akak, Qas nak ikut akak. Qas pun nak keluar dari sini." Qasrina separuh merayu.

"Aku tak kisah kau nak ikut atau tak. Kau dengan aku dah tak ada apa-apa hubungan. Aku nak kau ingat sampai mati. Aku tak nak dekat dengan orang yang pernah bunuh darah daging aku."

Jantung Qasrina bagaikan dirobek keluar dari tubuhnya. Pedih hatinya setiap kali ayat itu terpacul dari bibir Indira. Sungguh dia tidak dapat menerima dirinya dituduh sebegitu. Dia langsung tak tahu-menahu mengenai kematian arwah along dan kak long Indira Callista.

"Kak... jangan tuduh Qas macam tu. Qas tak tahu apa-apa. Semua ni berlaku dengan begitu pantas. Qas tahu akak marah sebab Qas..."

"Shh! Aku tak nak dengar apa-apa pun yang keluar dari mulut kau. Aku serabut. Aku tak ada masa nak dengar penjelasan kau." Indira mencantas percakapan Qasrina dengan kasar. Matanya menjeling Qasrina yang berdiri di sisinya.

Qasrina hanya membisu. Kolam air matanya sudah bertakung sehingga pandangannya kabur. Hatinya terasa dengan sikap Indira. Dia hanya memerhatikan saja gadis itu yang sedang menapak mendekati pintu bilik. Tangan Indira sudah mendarat pada tombol pintu bilik.

"Kak."

Pergerakan Indira terkunci seketika tatkala Qasrina menyerunya. Perlahan dia memalingkan wajah menghadap Qasrina. Keningnya terjongket tinggi.

"Kalau apa-apa jadi pada Qas, maafkan Qas. Qas sayangkan akak. Qas dah anggap akak macam keluarga Qas sendiri. Kalau Qas tak ada, tolong jagakan abang untuk Qas. Dia dah tak ada sesiapa." Hiba intonasi suara Qasrina tatkala dia mengungkapkan ayat itu. Entah kenapa secara tiba-tiba saja dia ingin berkata begitu. Jantungnya laju mengepam. Dada dipalu dengan debaran yang hebat. Sepertinya yang akan berlaku pada hari ini.

Indira terdiam. Ungkapan ayat Qasrina cuba dihadam di dalam kepala otaknya. Namun sekarang ini, fokusnya lebih kepada mencari jalan keluar. Tak betah lagi dia hendak duduk di dalam perangkap ini lama-lama.

"Kau jangan nak merepek, Qas. Kalau kau nak keluar dari sini, ikut aku. Kau jangan nak buat ayat minta simpati. Jangan harap aku makan dengan ayat kau tu," balas Indira bernada kosong. Beberapa kali dia cuba memulas tombol itu, namun dia gagal. Pintu itu seperti biasa dikunci dari luar.

"Cari benda yang boleh bukak pintu ni. Aku nak keluar. Aku yakin dia orang tengah tidur sekarang ni," arah Indira kepada Qasrina.

Qasrina meliarkan anak matanya ke suasana ruangan bilik tidur itu. Mata ditajamkan cuba untuk mencari sesuatu yang boleh membuka pintu tersebut. Laci meja solek yang berada di penjuru bilik ditarik satu per satu.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now