BEM 32

1.2K 79 8
                                    

"SELAMAT hari lahir, Yazir. Semoga kau bahagia selalu di samping ibu kesayangan kau," ucap Qarizh sambil tersungging sebuah senyuman. Senyuman yang tiada siapa tahu apa makna di sebaliknya. Indira hanya berdiri di belakang Qarizh. Takut-takut dia hendak bertentang mata dengan lelaki yang pernah merosakkan hidupnya.

Yazir memalingkan wajahnya ke arah kanan. Pada masa yang sama, dia terkejut melihat kehadiran Qarizh pada malam ini. Dia sungguh tidak menyangka lelaki ini masih lagi boleh teguh berdiri. Dan sepupunya itu masih lagi tahu tersenyum. Sungguh dia fikirkan Qarizh sudah tidak dapat meneruskan kehidupannya setelah Qasrina meninggalkan dunia dua tahun yang lepas sekali gus Indira yang turut menghilangkan diri.

"Qa... Qarizh..." Sepatah nama sepupunya yang sudah dianggap musuh terlahir dari dua ulas bibirnya dengan reaksi terkejut. Kawan-kawan di sekelilingnya sudah berkerut-kerut dahi. Pelik.

"Kenapa kau terkejut sangat ni, Yaz? Sorry tau. Aku tak bawa hadiah. Aku tahu last minute. Kau pun langsung tak jemput aku, kan? Kata aje aku ni sepupu kesayangan kau. Kenapa kau tak invite aku, weh?" Qarizh melepaskan tawa kecil seraya kepalanya digeleng sekali.

"Oh, lupa. Aku jadi sepupu kau cuma dalam mimpi saja. Dalam realiti sebenarnya kita musuh. Am I right, Tengku Yazir bin Tengku Harun?" Sengaja Qarizh menyebut nama penuh Yazir kerana dia tahu latar belakang mengenai lelaki itu. Dia dihalau oleh ayah kandungnya sendiri ketika dia semasa kecil. Sungguh dia bersimpati akan nasib lelaki itu. Patut pun perangai macam haram.

Yazir berdeham. Konon-konon mahu menyelesakan anak tekaknya sebelum bersuara. Perlahan dia mengukirkan senyuman sambil kepala dibawa angguk sekali. "Terima kasih sebab sudi datang ke majlis hari lahir aku. Tak apa. Aku pun tak nak terima hadiah daripada musuh. Takut-takut bukak hadiah tu bom meletup pula, kan?" Dia melepaskan tawa kecil. Bagai memulangkan paku buah keras.

Qarizh ketawa. Kepalanya terangguk-angguk buat beberapa kali. "Oh, ya. Aku tak keseorangan hari ini. Aku ada bawa someone special. Dan tak lama lagi, kita orang akan berkahwin." Mahu saja Qarizh meledakkan tawanya itu. Namun terpaksa ditahan. Pasti Indira dan Yazir ketika ini sudah terkejut besar. Terutamanya gadis itu. Dia langsung tak tahu-menahu rancangannya pada malam ini. Seronok rasanya dapat kenakan orang yang pernah menyakiti hatinya!

"Siapa?" soal Yazir dengan keningnya hampir bercantum sesama sendiri. Tangannya dibawa silang ke dada. Jantung di dalam tubuh badannya bagaikan mahu melantun keluar. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati secara tiba-tiba. Siapakah bakal isteri Qarizh itu?

"Indira Callista. Cinta mati aku." Lengan Indira yang berlapikkan lengan baju itu ditarik lembut sehingga gadis itu berdiri di sisinya dengan jarak mereka agak rapat. Indira kaku, tak mampu bersuara. Qarizh nak berkahwin dengannya? Apa yang sudah merasuki otak lelaki ini?

Jantung Yazir bagaikan berhenti berdegup. Seolah-olah sudah melayang keluar dari tubuh badannya. Kedua-dua belah tangannya yang bersilang tadi sudah dijatuhkan ke sisi lalu digenggam erat sehingga uratnya menegang. Mahu saja dia menghayunkan tongkatnya itu tepat pada kepala sepupunya itu.

"Haha! Kau jangan nak buat lawaklah, Qar? Aku tahu kau suka prank aku. Yalah, kaukan sayang sangat dekat aku ni?"

Qarizh ketawa besar sehingga kepalanya tergeleng-geleng. Mabuk agaknya lelaki di hadapannya ini. Sayang tahi kucing!

"Eh, aku tak prank la. Kita akan berkahwinkan, sayang?"

Jantung Indira bagaikan mahu putus saja dari tangkainya. Ditambah pula, panggilan 'sayang' meniti pada bibir lelaki yang dicintainya itu. Dia sendiri keliru. Patutkah dia gembira? Atau apa?

"Ya..." Itu saja yang mampu keluar dari mulut Indira. Dia dalam keadaan keliru. Terkesima. Tak tahu jawapan apa yang harus dia berikan kepada Qarizh. Sudah sah-sahlah lelaki itu mahu jawapan yang positif. Lagi-lagi depan Yazir.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now