BEM 4

2.1K 125 8
                                    

IZZ BENAZIR memandang wajah Indira dan Qarizh bersilih ganti sebelum dia melepaskan keluhan panjang. Dirinya dihurung dengan perasaan risau yang menggunung sebaik saja mendengar cerita dari mulut Qarizh. Alana sudah pun masuk ke dalam biliknya, disuruh oleh Indira.

"Macam mana boleh jadi macam ni? Ya Allah..." Izz meraup wajahnya perlahan lalu mendongak kembali memandang ke arah Indira dan Qarizh.

"Kita ada musuh ke, angah?" soal Indira penuh ingin tahu. Inilah kali pertama dia ditimpa kejadian sebegini. Belum pernah terjadi lagi sebelum-sebelum ini.

Lambat-lambat Izz menggelengkan kepalanya. Dia sedang berfikir. Setahu dia, keluarga mereka tidak pernah ada musuh. "Angah tak pasti. Tapi, selama ni yang angah tahu. Keluarga kita tak pernah ada musuh.

"Berhutang?" teka Qarizh. Tangan dibawa naik silang ke dada.

"Excuse me. Teruk sangat ke muka kita orang ni nak berhutang? Kita orang ni boleh fikir lagi kalau nak berhutang sekalipun." Indira mula naik angin. Panas bila lelaki di sebelahnya itu selamba menuduh keluarganya mempunyai hutang.

"Eh, kau jangan nak angin pulak. Aku tanya aje. Tanya dengan tuduh lain." Qarizh membela dirinya. Seperti biasa, dia hanya menayangkan wajah bekunya itu. Langsung tidak gentar melihat wajah Indira yang sedang marah.

"Huh..." Indira menggolengkan matanya lalu tangan disilangkan ke dada. Malas mahu layan Qarizh yang selalu sangat menyakitkan hatinya.

"Tak apalah. Asalkan adik dan Lana selamat. Angah bersyukur sangat. Terima kasih ya, Qarizh."

Qarizh menggelengkan kepalanya lalu dia bangun dari duduknya untuk meminta diri pulang ke rumah.

"Angah nak tengok Lana sekejap. Risau tengok muka dia pucat tadi. Adik hantarlah Qarizh sampai depan pintu pagar. Lepas tu, rehat okey?"

Indira hanya menganggukkan kepala. Dia turut bangun lalu mengekori langkah Qarizh sehingga ke pintu pagar rumahnya. Tangannya masih lagi bersilang ke dada. Susuk tubuh Qarizh yang berada di hadapannya, diimbas.

"Aku balik dulu. Kau jaga diri. Aku bukan hero kau, nak kena 24 jam selamatkan kau."

Fuh! Baik punya mamat ni perli aku. Kurang asam betul. Bengang Indira di dalam hati.

"Aku tak ada mintak kau jadi hero aku pun. Kau yang tiba-tiba muncul. Mana aku tahu." Kedua-dua belah bahunya dijongketkan dengan bibirnya sedikit terjuih. Saja menayangkan wajah annoyying. Kalau tak kerana lelaki ini telah membantunya tadi, sudah lama dia hadiahkan tendangan padu Qarizh. Sabar saja....

"Aku ni masih ada hati dan perasaan nak selamatkan orang dalam kesusahan. Tak sampai hati pulak nak biarkan kau kena serang macam tu, kan?" bohong Qarizh. Selama ini dia tidak pernah pedulikan tentang kehidupan orang lain. Sekiranya ada orang lain yang ditimpa kesusahan di hadapan matanya, dia hanya berlalu pergi begitu saja tanpa ada niat mahu tolong.

Indira mengangguk-anggukkan kepalanya. Malas mahu bertelagah lagi dengan lelaki ini. Tiada manfaatnya. Sekarang ini, dia perlukan istirahat yang secukupnya. Sengal-sengal badan dibuatnya akibat bergelut dengan lelaki-lelaki jahat itu tadi.

"Kau nak balik ke tak sebenarnya?" perli Indira sambil merenung wajah putih Qarizh yang tiada perasaan itu dengan matanya yang separa terbuka. Mengantuk dia menghadap lelaki ini.

Qarizh tidak menjawab. Dia menjeling lalu memboloskan dirinya masuk ke dalam kereta. Terbit rasa menyesal kerana membantu perempuan yang langsung tidak mengenang jasanya. Memerli saja kerjanya. Eh, sejak bila Qarizh peduli semua itu?

Indira mengunci pintu pagar lalu melangkah masuk ke dalam rumahnya. Qarizh hanya merenung saja susuk tubuh Indira sehingga hilang dari pandangannya.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن