BEM 3

2.2K 149 6
                                    

TUBUH Alana dibawa ke dukungannya sebelum melangkah keluar dari perut kereta. Hari ini, dia mahu meluangkan masa bersama Alana memandangkan Izz Benazir sibuk menjalankan tugas sebagai seorang arkitek. Pesan si abang keduanya itu, kemungkinan dia akan pulang ke rumah lewat kerana ada satu projek besar bakal dibina pada hujung tahun ini. Maka, menimbunlah kerja seorang Izz Benazir.

"Mama, boleh tak Lana nak beg sekolah baru? Boleh pakai esok." Alana merangkul leher Indira sambil tersenyum lebar sehingga kedua-dua belah matanya kelihatan sepet. Memang dia suka membuat Indira cair melihat senyumannya itu.

"Eh, beg yang lamakan elok lagi. Tak baik membazir tau."

"Ala, mama. Bolehlah. Boleh tukar-tukar. Please..." Kedua-dua belah tangan dicantumkan sesama sendiri sebelum diletakkan dibawah dagu. Matanya pula dikelip-kelipkan beberapa kali tanda dia mahu memujuk Indira Callista.

"Okeylah. Pastikan pakai dua-dua, okey? Jangan membazir." Kepala Alana diusap-usapnya penuh manja dan kasih sayang sebelum melabuhkan sebuah kucupan pada dahi si anak kecil itu.

Beria-ria Alana menganggukkan kepalanya. Dia mengeratkan lagi rangkulannya pada leher Indira. Tidak sabar mahu mencari beg kesukaannya yang kini menjadi trending. Tak lain tak bukan, beg sekolah design Unicorn.

Troli ditarik sebelum meletakkan Alana di dalam troli tersebut. Kemudian, Indira menyorong troli itu dengan kedua-dua belah tangan masuk ke dalam pusat membeli-belah yang berdekatan dengan rumahnya. Hanya mengambil masa 40 minit untuk sampai ke pusat membeli-belah itu.

"Nak pergi makan dulu atau cari beg yang Lana nak tu?" soal Indira kepada Alana yang sedang leka memerhatikan keadaan sekeliling. Riuh dengan suara kanak-kanak dan tangisan bayi. Ada beberapa buah kiddie ride vending machine yang diletakkan di sebelah deretan kedai, mampu menarik perhatian ramai kanak-kanak yang dalam lingkungan setahun sehingga 12 tahun.

"Nak main tu, mama!" Alana menunjukkan ke arah sebuah kiddie ride vending machine yang berbentuk kuda Unicorn.

Indira menghelakan nafasnya. Lain soalan yang diberikan, lain jawapan yang dia dapat. Sabar sajalah kalau melayan satu-satunya anak saudaranya ini.

"Come..." Tubuh Alana didukung kemudian troli diletakkan di sebelah bangku berwarna coklat. Dua helai duit kertas bernot RM1 dimasukkan ke dalam mulut mesin tukar syiling secara layan diri itu.

"Yeay!" Alana bersorak kegembiraan sehingga kedua-dua belah tangannya diangkat ke udara. Duit syiling yang berada di atas telapak tangan Indira diambilnya dengan laju sambil tersengih lebar.

"Baik-baik naik tu," pesan Indira kepada Alana sebaik saja dia menurunkan tubuh kecil itu di hadapan permainan tersebut.

Dengan penuh berhati-hati, Alana menunggang permainan mesin kuda Unicorn itu. Duit syiling tadi dimasukkan ke dalam tempat yang disediakan sebelum permainan kuda Unicorn itu bergerak sekali gus memainkan lagu kesukaan kanak-kanak zaman kini.

"Dara Alana, look at the camera. Smile..." Indira menghalakan lensa kamera Oppo Reno 5 Pro ke arah Alana yang tersenyum lebar.

"Smile!" balas Alana sambil melebarkan lagi senyumannya tatkala memandang ke arah Indira.

"Good girl. Nice!" Indira tertawa kecil sebelum kakinya mengorak langkah ke arah Alana.

Buk! Tubuh Indira berlanggar dengan tubuh tegap milik seseorang sehingga menyebabkan Oppo Reno 5 Pro milik Indira jatuh mencium lantai bangunan pusat membeli-belah itu. Indira tercengang seketika tatkala melihat telefon bimbitnya yang selamat menyembah lantai.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum