Epilogue

2.9K 103 10
                                    

Tiga tahun kemudian....

"ARGH! Sakit, sakit. Jangan tarik!" jerit Hilmi dengan dahinya berkerut-kerut apabila rambutnya ditarik-tarik. Belakang badannya dipijak-dipijak. Kalau hari-hari macam ni, mahu patah dua badannya. Berat badannya pun semakin susut angkara kanak-kanak yang terlebih aktif ini.

Haura yang sedang mengendong si kecil bernama Shadrina Najla, hanya menggelengkan kepala melihat suaminya dibuli oleh anak-anak Qarizh. Nasib badanlah, kena jaga kembar tiga tu sementara mama dan papa mereka bekerja. Hilmi pula dibenarkan pulang awal oleh Qarizh hari ini. Sukalah si kembar tiga itu apabila Hilmi ada di rumah. Seronok membuli. Kalau bawah jagaan Haura, semuanya baik-baik belaka. Mendengar kata. Tidak banyak ragam. Mudah urusan Haura menjaga mereka.

"Ya Allah, yang tolong abang!" Hilmi sudah tidak dapat menahan sakit pada belakang badannya. Mana tidaknya, tiga orang sekali gus memijak-mijak belakangnya.

"Abang ni pun. Siapa suruh mintak dia orang urutkan? Kan dah mendapat. Dia orang tu dahlah lasak kalau main dengan abang. Baik abang layan puteri abang ni. Dari tadi duk tengok aje abang, hah." Haura mendekati suaminya yang tertiarap di atas karpet ruang tamu.

"Along, angah, Nawfal... jangan buat ayah macam tu. Sakit ayah tu," pinta Haura dengan penuh lemah-lembut.

Serentak si kembar tiga itu berlari ke arah Haura. Dipeluknya kaki Haura sambil tersengih-sengih. Suka dapat menyakat Ayah Hilmi. Tu pun rasa masih tidak puas lagi.

"Aduh... dah macam orang tua dah abang ni..." Terbongkok-bongkok Hilmi bangun sebelum menghenyakkan punggungnya di atas sofa.

"Nah, Ina main dengan ayah, ya. Ibu nak buat abang-abang ni susu." Shadrina Najla diletakkan di atas riba Hilmi. Anak kecil itu hanya memerhati saja sambil menghisap ibu jari.

"Jom, ikut ibu," ajak Haura sambil memimpin tangan Nahiz dan Nawfal. Nadhmi sudah terlebih dahulu berlari ke dapur. Memang tabiatnya suka berlari-lari sampai berdentam-dentam lantai berbunyi.

"Anak ayah comel-comel ni. Kejapnya dia dah besar. Hmmm... wanginya anak ayah ni..." Hilmi mengucup-ngucup kedua-dua belah pipi anak perempuannya itu berkali-kali. Mengekek Shadrina ketawa apabila dicium oleh ayahnya.

"Anak ayah ni. Muka macam ayah, kan? Hmm... sebab ayah masa kecil pun comel..." Angkat bakul sendiri Hilmi ni.

"Amboi, bang. Puji diri sendiri ke?" Haura menyindir sambil mencekak pinggang kanannya.

"Eh, betul apa abang cakap. Shadrina Najla ni banyak mewarisi muka abang. Al maklumlah anak perempuan biasanya ikut belah ayah dia."

Haura mencebik. Sabar ajelah melayan suaminya itu.

"Kalau sayang nak anak kita mewarisi sayang, sayang mengandunglah lagi. Kita try dapatkan lelaki. Biasa lelaki ikut muka ibu dia. Kan Ina, kan?" Hilmi menggomol-gomol Shadrina sehingga anak kecil itu tertawa suka.

Pup!

"Aduh! Ya Allah, yang. Terkejut abang. Abang ingat apalah tadi hinggap dekat muka abang yang handsome ni." Bantal kecil yang hinggap di mukanya tadi, dialihkan ke tepi. Nasib tak kena anaknya. Ibunya pun ajak main baling-baling bantal pula.

"Abang tu, mengada sangat. Dulu masa nak bersalinkan Ina, dia yang menangis tersedu-sedan. Siap cakap lagi, abang tak sanggup nak tengok sayang sakit macam ni. Lepas ni, abang tak paksa dah sayang mengandung lagi kalau macam nilah sakitnya." Haura mengajuk percakapan Hilmi sewaktu dia ditahan di wad. Menunggu masa untuk melahirkan anak pertama mereka ketika itu.

Hilmi tersengih. "Ya, ya. Abang tak paksa. Abang gurau aje, sayang. Betullah abang cakap tu. Abang tak sanggup tengok sayang mengerang sakit macam tu. Pilu hati abang..."

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن