BEM 27

1.2K 81 3
                                    

MALAM ini, Izz Benazir mengajak Indira membincangkan sesuatu sekali gus memberitahu perkara yang sebenar. Yang sudah bertahun lamanya dia merahsiakan. Tiada gunanya lagi dia menyembunyikan perkara itu lagi memandangkan Indira sepertinya sudah ketahui perkara itu walaupun secebis. Disebabkan hal ini juga, hubungan mereka tidak terlalu rapat seperti dulu. Itu yang membuatkan Izz terasa takut. Tidak mahu dia perkara seperti itu terjadi.

"Angah nak cakap apa?" soal Indira sebaik saja dia melabuhkan punggung bertentangan dengan abangnya itu.

"Pasal adik nak balik Malaysia. Cuma sebelum nak bincang pasal tu. Angah nak berterus-terang dengan adik. Siapa angah dan arwah along yang sebenarnya."

Indira hanya mendiamkan diri. Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya. Rambutnya yang sudah panjang paras lengan diselak ke belakang sedikit. Posisi duduknya dikemaskan bagi selesa. Telinga harus dibuka luas untuk menerima apa yang akan Izz ceritakan kepadanya.

"Along dengan angah ada tubuh satu kumpulan persendirian. Kumpulan tu ditubuhkan atas asbab untuk lindungi adik daripada musuh yang tiba-tiba saja datang menyerang. Along ada ambil beberapa orang yang dipercayai menjadi anak-anak buah kami. Salah satunya, Kizo yang paling dipercayai."

Indira menghela nafas panjang. Matanya dibawa pejam seketika. Entah kenapa, hatinya terasa kosong tatkala menerima berita seperti itu. Tak sangka yang along dan angahnya mempunyai kumpulan persendirian atas alasan mahu melindungi dia. Boleh percayakah alasan itu? Ataupun mereka ada motif lain?

"Adik tak tahu nak balas apa. Tapi, alasan yang along dan angah reka tu macam tak boleh nak terima. Nak tubuhkan kumpulan sebab nak lindungi adik? Korang berdua ada pun dah cukup dah untuk jaga adik. Kenapa nak kena jadi mafia? Nak jadi orang jahat?"

Izz kekal tenang. Tidak gentar langsung dengan pandangan anak mata Indira ketika ini. Dia sudah tahu apa yang bakalan berlaku sekiranya rahsia ini dipecahkan. Dia pun sudah siap bersedia berdepan dengan apa-apa saja yang berlaku.

"Itu salah satu sebab. Ada sebab lain. Sebab lain dia, keluarga kita ni ada musuh. Babah sendiri yang beritahu along dengan angah dulu. Perkahwinan babah dengan mak tak dapat direstui keluarga. Keluarga sebelah mak tak seperti yang kita fikir. Kita langsung tak pernah kenal dengan keluarga belah mak."

Indira terdiam seketika. Butir-butir bicara yang keluar dari mulut Izz serba-sedikit membuatkan otaknya berfungsi untuk berfikir. "Mak keturunan Tengku, kan? Sebab tu nama mak ada Tengku. Mesti ada konflik sebelum babah dan mak kahwin, kan?"

Izz hanya diam. Dia sendiri tidak tahu sama ada benar atau tidak tekaan Indira itu. "Angah tak ada jawapan yang tepat untuk jawapan adik. Tapi kemungkinan memang ada konflik dalam keluarga kita ni sampaikan musuh-musuh pun dah berani tunjuk diri nak cederakan adik angah."

"Hmm... adik tak sangka adik lahir dalam sebuah keluarga yang penuh dengan konflik. Sepanjang 25 tahun adik hidup, baru sekarang adik tahu. Kenapa along dengan angah rahsiakan hal ni? Kata sayang adik? Kata adik ni penting bagi korang. Tapi kenapa rahsiakan hal ni?"

"Sebab along dengan angah takut adik tak boleh terima yang kami ni dalam golongan kumpulan mafia. Tahukan apa maksud mafia? Tak ada belas kasihan lagi pada si musuh yang berani mengacau keamanannya."

Indira mengangguk-anggukkan kepalanya berkali-kali sambil bibirnya terjuih sedikit. "Adik tak kisah pun sebenarnya kalau along dengan angah mafia ke apa. Cuma adik terkilan sebab korang rahsiakan hal ni bertahun-tahun. Tup-tup aje adik termasuk bilik angah dan nampak ada senjata dalam bilik tu. Kalau angah jadi adik, apa yang angah akan buat?"

"Angah minta maaf. Kami bukan sengaja nak rahsiakan sesuka hati. Masa tu macam-macam yang berlaku. Adik masa tu kecil lagi. Lepas tu, selepas kematian along. Kesihatan adik merundum. Waktu bagaikan kilat memintas, tak memberi angah peluang untuk berterus-terang. Angah pun baru nak aktif semula setelah sekian lama angah sibuk dengan kerja hakiki angah."

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now