BEM 51

1.4K 73 4
                                    

HABIS semua barang yang berada di atas meja kopi, ditepis kasar sehingga bertaburan di atas lantai. Dadanya berombak laju. Amarahnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Kali ni, memang marak api kemarahannya. Dah tak boleh dibawa bincang lagi. Tengku Yazir memang licik. Selicik-licik manusia. Nyawanya sungguh liat sekali mahu dihapuskan.

"Macam mana dia boleh terlepas? Yasmin dengan Harun dah masuk lokap. Aku tak fahamlah korang buat kerja macam mana? Nak aku penggal kepala sorang-sorang ke apa, hah?" amuk Izz.

Hari ini, kumpulan Qarizh dan kumpulan Izz mengadakan perjumpaan setelah menerima satu khabar berita yang tidak menyenangkan hati. Fikirkan masalah ini sudah selesai. Tapi entah macam mana Yazir ni boleh dilahirkan menjadi seorang yang bijak pandai, dapat melepaskan diri dalam keadaan cedera parah pada tubuh badannya itu. Memang gila!

"Dia memang licik. Takkan pernah serik walaupun dah banyak peluru dekat dalam badan dia tu." Aditya mencelah. Terketap-ketap giginya menahan marah. Memang sakit hati betul dia dengan lelaki bernama Tengku Yazir itu. Memang jenis tak reti nak bertaubat langsung.

Dimas hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Esok sepatutnya dia akan berangkat ke Indonesia atas suruhan keluarganya. Aditya juga menyuruh dia untuk pulang ke tanah air. Tiada apa untuk dia duduk di sini lagi. Takut keselamatannya pula terancam.

Hilmi berdiri bersebelahan dengan Adiyan di belakang sofa, di mana duduknya Qarizh, Airiel dan Saif di situ. Kizo pula berdiri di hujung sudut ruang tamu. Memerhatikan Izz yang tidak sudah-sudah ke hulur ke hilir dengan wajah bengisnya. Anak-anak buah Qarizh yang lain hanya memerhati. Begitu juga dengan anak-anak buah Izz.

Indira dan Haura duduk di dalam bilik lepak. Qarizh tidak membenarkan mereka keluar selagi tidak dipanggil. Mujur isterinya tidak banyak tanya. Haura sajalah yang mulut kepoh sikit. Tanya itu, tanya ini. Jenuh dia nak menjawab. Nasib baik ada Saif yang membantunya untuk menjawab soalan Haura.

"Sekarang ni, Yazir tu mesti ada je dekat mana-mana. Selagi dendam dia tak terlunas, selagi tulah dia takkan berdiam diri. Aku nak semua orang alert. Bukak dua-dua biji mata korang tu luas-luas. Jangan terlepas walau sekali. Aku warn korang. Buat. Kali. Terakhir." Keras nada suara Izz memberi amaran kepada anak-anak buahnya.

"Aku tak nak dia sentuh aku adik aku lagi. Dia dapat sentuh aje adik aku. Dengan korang semua aku sumbat dalam mesin pengisar. Bagus aku tak ada anak buah macam korang. Buat kerja semuanya lembam. Jangan ingat selama ni aku prihatin dengan korang, korang nak naik lemak! Mana janji korang? Nak tolong aku, hah?"

Semua diam tidak berkutik. Hanya mampu menganggukkan kepala saja. Serba-salah kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai anak buah Izz Benazir. Memang betul apa yang Izz cakap, Izz tak pernah pun marah mereka seteruk ini. Biasa lelaki itu jenis yang pendiam dan memerhati.

"Aku tak nak bagi arahan apa-apa. Arahan aku tetap yang sama. Tak payah aku nak ulang lagi. Sekarang ni, si gila tu masih terlepas. Korang kena kerja lebih sikit untuk pastikan keselamatan adik aku dengan Haura selamat. Dia orang perempuan sekuat mana pun, tak boleh nak lawan dengan si gila tu."

Anak-anak buah Izz dan Qarizh sekadar menganggukkan kepala. Mereka mula membuat kerja masing-masing. Diagih-agihkan.

"Qar, angah nak kau tumpukan perhatian kau dekat Dira. Jangan jauh daripada dia. Dan jangan nak tunjuk yang kau tu hero sangat. Risikokan diri kau. Jangan nak jadi gila macam sepupu kau tu." Pedas sungguh sindiran Izz lontarkan kepada Qarizh.

"Hmmm..." Qarizh sekadar menggumam. Sentap pula dia mendengar sindiran Izz. Boleh tahan pedas, sampai naik pijar hati dia.

"Kau, Kizo. Lebihkan masa kau dengan bini kau tu. Tunggu masa nak beranak tu aje. Karang kau tak ada dekat rumah, susah dia sorang-sorang. Aku boleh handle semua ni. Qarizh pun ada. Kau tak payah risau. Apa-apa aku roger kau."

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon