BEM 36

1.2K 80 4
                                    

LAMA dia berdiri di balkoni biliknya sesudah saja dia membersihkan diri dan menukar pakaian kepada sehelai pijama tidur. Entah apa yang difikirnya dia sendiri tidak tahu. Bercampur-aduk. Sepatutnya dia bergembira dapat menikahi gadis pujaannya selama ini. Selama 10 tahun pencariannya, dan hari ini gadis itu sudah menjadi isterinya. Tamat saja majlis akad nikah dan jamuan tadi, dia langsung tidak bercakap dengan Indira. Sekadar mengangguk dan menggelengkan kepala saja.

"Qar..."

Qarizh memejamkan matanya sesaat sebelum dia mencelikkan kembali matanya. "Hmm..."

"Tak tidur ke? Dah lewat malam ni."

"Kau tidurlah dulu, kalau kau dah mengantuk. Aku belum mengantuk lagi."

Indira mengemam bibirnya. Sangkaannya meleset. Fikirkan kalau mereka sudah berkahwin, Qarizh tidak akan bersikap dingin lagi dengannya. Rupa-rupanya sama sahaja. Izz sudah pun menjelaskan semuanya kepada Qarizh begitu juga dengan dia. Kenapa susah sangat suaminya itu mahu memahami keadaannya?

"Tak apalah. Dira tunggu Qar dekat katil."

Qarizh melepaskan dengusan halus. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Indira. Anak matanya tajam menikam sepasang anak mata redup milik isterinya itu. "Aku dah cakapkan yang aku tak mengantuk lagi. Aku memang jenis tidur lambat. Kalau dah mengantuk, dipersilakanlah tidur dulu. Tak usah nak tunggu aku."

Jeda.

"Tak payah nak tunjuk isteri mithali sangat." Sambung Qarizh dengan nada perlahan sebelum dia menapak keluar dari dalam biliknya.

Indira memegang dadanya yang terasa perit. Perit kerana disindir sebegitu rupa. Dia cuma mahu meluangkan masa bersama dengan Qarizh sebagai suami dan isteri buat kali pertamanya.

"Besar betul salah aku dekat kau, Qar. Sampai kau sanggup cakap macam tu dekat aku. Aku ni siapa? Aku ni dah jadi isteri kau, Qar. Kau cakap kau akan lindungi aku. Apa maksud kau sebenarnya?"

Tubuhnya dijatuhkan di atas tilam seraya menarik selimut tebal sehingga ke paras bahunya. Siling bilik ditenungnya lama sehingga tidak sedar air matanya mengalir. Bayangan memori lama tiba-tiba saja menerpa kotak ingatannya membuatkan perasaan sebak semakin menggunung di dalam hatinya.

"Aku cuba untuk jadi isteri yang terbaik, Qar. Tapi, kau jangan salahkan aku suatu hari nanti kalau aku tak dah boleh nak hadap semua ni."

Qarizh melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja makan sebaik saja dia mengambil sekotak minuman berasaskan soya dari dalam peti sejuk. Suasana rumah keluarganya ini sunyi. Tiada lagi suara ceria milik Qasrina menyapa gegendang telinganya. Tiada lagi suara mama dan papanya yang selalu bergelak-tawa di meja makan ini.

Dia tidak lagi duduk di markasnya itu. Sekadar datang sekiranya ada hal kecemasan saja. Dia sudah membuat keputusan untuk duduk di rumah keluarganya ini semula setelah dia bernikah dengan Indira. Airiel sesekali akan tidur di sini. Cuma hari ini, sepupunya itu tidur di markas. Mungkin tidak mahu menganggu privasi mereka berdua sebagai suami dan isteri.

"Kenapa susah sangat aku nak terima penjelasan Izz dengan Dira? Kenapa setiap kali aku cuba nak dengar dan terima penjelasan dia orang, hati aku akan jadi sakit. Macam kena tikam. Salah aku ke semua ni? Indira dah jadi isteri aku. Salah satu impian aku dah tercapai. Tapi kenapa aku tak gembira?"

Soalan demi soalan bermain di dalam fikirannya. Sudah beberapa kali melepaskan keluhan panjang. Wajahnya diraup kasar. Dahinya ditepuk-tepuk agar fikiran bercelaru itu dapat diusir. Tetapi tidak sama sekali. Semakin banyak soalan yang bertandang di dalam fikirannya itu.

"Aku tahu. Aku kena ambil risiko tinggi selepas berkahwin dengan Indira. Yazir tak akan duduk diam. Dan aku sendiri pun tak akan duduk diam selagi dia masih hidup...."

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now