BEM 47

1.1K 76 1
                                    

SEBAIK saja perut diisi dengan pelbagai makanan. Yazir mengajak Indira untuk mengambil angin di belakang halaman rumahnya. Dari tadi senyumannya tidak lekang dari bibir. Dia bagaikan bermimpi ketika ini, si gadis pujaan berada di sisinya. Berbunga-bunga hatinya.

"Dira... I betul-betul cintakan you, sayang. I nak sehidup semati dengan you. You tinggalkan Qarizh. I merayu sangat dekat you. I janji lepas you mintak cerai dekat Qarizh, I takkan sakiti you lagi. I akan jaga you. I janji."

Yazir mengangkat tangannya. Bersungguh-sungguh menjanjikan kata-katanya itu. Macamlah Indira nak ikut permintaannya itu. Dia sudah berkahwin. Dan hatinya hanya untuk Qarizh. Tiada orang lain yang boleh menggantikan suaminya.

"Kenapa kau terlalu obses dengan aku? Aku rasa aku tak ada apa-apa keistimewaan apa-apa pun. Ataupun kau sengaja buat macam ni sebab kau tak boleh tengok Qarizh lebih daripada kau, kan?" Sinis nada suara Indira meneka isi hati Yazir yang sebenar. Dia tak percaya yang Yazir terlalu mencintainya. Lelaki macam Yazir ni, perempuan keliling pinggang. Tak pernah serius. Lihat dari muka pun sudah tahu.

Air muka Yazir berubah keruh. Namun sedaya-upaya dikawal agar Indira tidak perasan. Memang dia buat semua ni kerana tidak boleh melihat Qarizh yang lebih daripada dia. Dari dulu sampai sekarang, semuanya Qarizh. Qarizh saja yang mendapat apa yang dimahunya. Sedangkan dia? Merana. Menderita bersama si ibu. Qarizh hidup dalam keluarga yang bahagia. Dia pun mahukan sebuah keluarga yang bahagia. Kerana itu, dia tekad untuk merampas apa yang Qarizh ada. Qasrina sudah disingkirkan dari hidup Qarizh. Giliran Indira pula.

"Kenapa kau tak jawab soalan aku?" Indira mendesak. Dia tahu apa yang sedang bermain di dalam hati Yazir ketika ini. Mesti lelaki ini sudah merancang untuk mengulangi perbuatannya dua tahun lepas. Fikir dia akan mengaku kalah macam tu saja? Memang tidaklah. Sebelum Yazir mahu menyentuh badannya, bersiap-sedialah dengan aksinya nanti. Tunggu masanya...

"Tak baik sayang tuduh I macam tu. I ikhlas mencintai you. Kalau tak, I takkan segila ini untuk dapatkan you. I memang sukakan you dari pertama kali kita jumpa. You ada satu aura yang I sendiri tak dapat nak jelaskan macam mana. Hanya I saja yang tahu."

Hujung bibir Indira terjongket naik. Sinis. Klise sungguh ayat romantis yang diungkapkan oleh Yazir. Langsung tidak menyentuh hatinya. Lainlah kalau Qarizh yang ungkapkan kata romantis itu. Pasti hatinya berbunga-bunga. Senyumannya takkan lekang dari bibir.

"Aku tak percaya kata manis lelaki macam kau, Yaz."

Yazir mengetap bibirnya. Pergelangan tangan Indira dicengkam kuat. Nampaknya gadis ini hanya berpura-pura senang bersama dengan dia. Fikirkan Indira memang sudah jatuh hati dengannya. Nampaknya dia silap tafsir.

"Kau nak buat apa dekat aku?"

"Kita main macam dulu. Itu yang I rindukan sekarang ni, sayang. I ingat you ikhlas dengan I. Rupanya you berlakon saja."

Indira melepaskan tawa kecil. Kepala diangguk sekali. "Aku tak sangka yang kau ni boleh tahan bodoh jugak, eh."

"What?" Tinggi nada suara Yazir. Dia tak percaya yang Indira boleh berkata begitu kepadanya. Perempuan ini sudah lupa ke apa yang dia dah buat dua tahun lepas? Tak serik lagikah?

"You memang rindu dengan belaian dan sentuhan I, kan? Sebab tu you nak cabar I sekarang ni."

Indira tersenyum. "Buatlah kalau berani. Nak bawa aku masuk bilik kau? Dipersilakan. Aku tak takut pun dengan kau, Yaz. Kau silap nilai aku. Mungkin dua tahun lepas kau boleh memperbodohkan aku sebab waktu tu aku tak fikir panjang. Tapi sekarang, jangan haraplah kau boleh buat benda yang sama dekat aku masa ni." Tenang saja Indira membalas kata-kata Yazir. Berkobar-kobar dia ingin melawan Yazir. Tangan dan kakinya sudah gatal dek tidak sabar mahu menonjolkan aksi yang terpendam.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now