BEM 20

1.4K 82 6
                                    

Kedebam!

TERLOKOP meja bulat yang ditolaknya itu dengan penuh perasaan marah. Dadanya berombak laju. Dirinya bagaikan disimbah dengan api yang menyala marak. Anak-anak buah yang berdiri bertentangan dengannya dipandang dengan tajam. Kizo yang berdiri di sisinya tidak ketinggalan juga direnung lama seperti mahu makan.

"Mana adik aku? Korang buat apa, hah? Tidur ke apa? Aku suruh korang pantau adik aku!" amuk Izz Benazir. Habis semua barang di atas meja makan ditepis kasar sehingga jatuh bertaburan. Amarah dia kali ini tidak boleh dibawa berbincang lagi. Semakin marak!

"Maafkan kami, bos. Kami dah dapatkan nombor plat kereta tu. Kami dah kejar. Cumanya mereka lagi bijak pandai menghilangkan jejak," jawab Amri selaku anak buah Izz.

"Kau dah dapatkan nombor plat kereta tu, kan?" Suara Izz berubah kendur. Tidak lagi melengking seperti tadi. Dalam otaknya juga terfikir, kalau dia marah seperti tadi pun tidak akan menyelesaikan masalah. Mujur Amri memberikan jawapan yang serba-sedikit menyedapkan hatinya.

Amri angguk diikuti dengan rakan-rakannya yang lain. Kizo yang berdiri di sebelah hanya diam seperti tunggul. Tapi dalam pada masa yang sama, otaknya berfungsi untuk mencari si penculik yang menculik Indira Callista. Hatinya sudah dapat meneka siapa yang menculik adik kepada ketuanya itu.

"Aku nak korang plan strategi. Pastikan berjalan dengan lancar. Cari adik aku sampai dapat. Aku dah tahu setan mana yang berani culik adik aku. Dari mula adik aku kena serang, sampai sekarang dia kena culik. Aku yakin ini mesti kepala ketua yang sama."

"Baik, bos. Arahan diterima," jawab Amri dengan nada serius.

"Kizo, kau ikut aku," suruh Izz sebelum kaki dihayun masuk ke dalam bilik istirahatnya.

"Kau dapat agakkan siapa yang culik adik aku?" soal Izz sebaik saja pintu biliknya dikunci agar tiada sesiapa yang boleh menganggu mereka pada waktu ini.

Kizo angguk sekali. Dalam tidak sedar, dia mengenggam tangannya sehingga urat hijau menimbul. Dia memang marah setiap kali musuh 'mengusik' kumpulannya. Dia sudah menganggap Izz Benazir dan Indira Callista seperti saudara sendiri. Selain alasan itu juga, dia berhutang budi dengan arwah Ilman Renaldi yang telah menyelamatkan dia dari dibunuh oleh para musuhnya.

"Aku minta maaf. Patutnya aku lebih cekap dan tangkas dalam segala hal ni. Aku tak sangka dia orang boleh sentuh Indira," ujar Kizo dengan suaranya tertahan-tahan. Dia sedang marah ketika ini.

"Bukan salah kau. Salah aku juga. Aku tak macam along aku yang tangkas dalam buat kerja. Kumpulan ni dah sendu, sebab tu tak bergerak pantas. Aku cuba nak aktifkan semula kumpulan ni. Tapi aku gagal. Aku gagal menjalankan apa yang arwah tinggalkan dekat aku."

Kizo mendongakkan kepalanya perlahan. "Kau jangan cakap macam tu. Sekarang ni, bukan itu yang kita kena fikirkan sekarang. Indira dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia. Kumpulan dia memang licik. Dasar kepala setan. Aku takut dalam kita membuang masa ni, apa-apa boleh jadi dekat adik kau tu."

Izz angguk sekali. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Kizo. Sekarang ini, dia tidak boleh membuang masa dengan memikirkan perkara yang temeh. Dia kena fikir macam mana nak selamatkan Indira. Apa-apa yang terjadi pada Indira, sama sekali dia tidak memaafkan dirinya sendiri.

"Lana mana?" Jantung Izz berdetak laju. Baru sekarang dia teringat mengenai anak saudaranya yang satu itu. Masaklah dia kalau anak kecil itu pun diculik sekali.

"Ada dengan kumpulan Qarizh. Tapi aku ada suruh salah seorang anak buah dia hantar Lana dekat isteri aku. Kau jangan risau."

Izz menghelakan nafas lega sekali gus meraup wajahnya yang serabut dengan macam-macam hal. Para musuhnya semakin lama semakin aktif bergerak. Kemungkinan besar, macam-macam strategi yang sudah mereka rancangkan. Dia pula langsung tak boleh nak dapat agak apa yang akan dilakukan oleh musuh-musuhnya itu.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now