BEM 46

1.1K 82 4
                                    

SEKEJAP dia baring, sekejap dia duduk. Dia sudah tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Dirinya dikurung oleh lelaki tua yang mempunyai kaitan dengan Yazir. Mati akal dia begini. Takkan dia nak menyerah diri begitu saja. Qarizh pasti sedang mencarinya ketika ini.

Krek...

Laju saja dia mengangkat tubuhnya dari terus berbaring di atas katil apabila terdengar bunyi pintu bilik dibuka. Kelihatan susuk tubuh Tengku Harun baru saja melepasi pintu biliknya dengan riak wajah yang sukar ditafsirkan. Dia mula rasa tidak sedap hati.

"Ikut saya."

"Ke mana?" Tak semudah itu, dia mahu mendengar kata. Banyak cantik nak mengarah dia itu dan ini. Fikir dia siapa?

"Jangan banyak bertanya kalau rasa diri tu nak selamat. Ikut sajalah." Dingin Tengku Harun. Anak matanya tajam merenung ke arah Indira.

Bibir diketap kuat. Dia kena follow the flowlah nampak gayanya ni. Demi mahu meloloskan diri dari bahana Yazir. Entah-entah sekarang ni, dia kena menghadap si lelaki tak guna tu lagi. Masak dia macam ni. Ke dia kena berlakon supaya lelaki itu tidak menggunakan kekerasan nanti? Mungkin itu jalan yang terbaik. Dia kena bermain dengan sandiwara ini.

"Sebelum tu, tukar baju ni. Saya tunggu dekat bawah. Jangan pernah terniat nak lari. Lagi teruk nanti akan kena." Tahu-tahu saja yang gadis itu berfikir mahu melarikan diri. Lihat dari air muka Indira, dia tahu gadis itu merancang mahu melarikan diri daripadanya. Jangan haraplah dia nak lepaskan. Ini saja peluang yang dia ada untuk mengambil hati Yazir semula.

Indira sekadar menganggukkan kepalanya. Mod lakonan sudah pun dihidupkan. Segera dia mengambil pakaian tersebut dan melangkah masuk ke dalam kamar mandi. Rambutnya yang sedikit serabai disisirkan menggunakan jari-jemari. Pastinya dia perlu nampak kemas dan cantik. Barulah lakonan dia menjadi nanti.

15 MINIT berlalu, barulah dia menapak keluar dari kamar mandi. Segera dia membawa langkah menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Boleh tahan mewah rumah Tengku Harun ni. Memang kategori orang kayangan.

"Dah siap?"

Indira angguk. Kelihatan Tengku Harun sedang membetulkan kedua-dua belah lengan baju kemejanya. Nampak segak walaupun sudah berusia.

"Saya akan bawa Indira berjumpa dengan Yazir. Saya tak nak dengar apa-apa yang keluar dari mulut Indira sekarang ni. Apa yang saya nak, Indira ikut apa saja kehendak Yazir supaya dia tak bertindak keras pada Indira. Harap Indira faham."

Indira mencebik kecil. Berputar bebola matanya. Ikutkan hati, mahu saja dia mengeluarkan aksinya yang sudah lama dipendam. Tapi dia tidak mahu bertindak terburu-buru. Dia kena rancang dengan lebih baik agar dapat menemui jalan keluar. Selagi tak bertentang mata dengan Si Yazir, selagi itu hatinya tidak berasa tenang. Dia kena berani. Kalau takut, pasti lelaki itu akan anggap dia seorang yang lemah.

Indira Callista bukan seorang yang lemah. Dia pernah selamatkan Qarizh daripada pembuli. Pernah melawan lelaki menggunakan kudrat kewanitaannya. Hanya disebabkan kisah silam dua tahun yang lalu membuatkan dia menjadi trauma. Sedaya-upaya dia akan mengembalikan Indira yang lama. Kalau tidak, selamanya kehidupannya dikacau oleh manusia bertopengkan syaitan itu. Dia kena balik ke pangkuan Qarizh.

YASMIN memerhatikan saja Yazir yang dari tadi tidak duduk diam. Mundar-mandir di ruang tamu. Mentang-mentang dah tak perlukan tongkat. Laju saja langkah anak bujangnya itu. Yasmin perasaan perangai Yazir tidak lagi seperti dulu. Anak lelakinya itu memang benar-benar tekad mahukan Indira. Dia sendiri tidak dapat nak menjangka apa rancangan Yazir selepas ini. Sekarang ni, mereka sedang menunggu kehadiran Harun bersama dengan gadis pujaan Yazir itu.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα