BEM 56

1.7K 85 13
                                    

BIBIRNYA tidak lepas dari senyuman. Dipimpin tangan Qarizh keluar dari wad hospital. Sungguh gembira hatinya apabila si suami sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah. Izz dan anak-anak buah Qarizh sedang menunggu mereka di ruang menunggu kecuali Hilmi dan Haura tiada di situ. Haura awal-awal lagi sudah memaklumkan kepada Indira yang dia tidak dapat untuk menemaninya hari ini. Tidak diberitahu pula ke mana gadis itu pergi.

"Amboi, lebarnya senyuman adik sampai ke telinga," usik Izz sambil memeluk bahu adik kesayangannya itu.

Indira tersengih sambil menganggukkan kepalanya. Tak terungkap kegembiraannya apabila Qarizh sudah ada bersama dengannya. Tidak sabar dia mahu suami kesayangannya itu sihat sepenuhnya. Mahu meluangkan masa bersama dengan menciptakan banyak memori hanya mereka berdua.

"Ni angah nak beritahu adik. Lagi sebulan kita akan balik ke Indonesia semula. So, adik kalau nak ke mana-mana pergilah. Adik dengan Qarizh dah bebas. Tiada siapa lagi dah nak menganggu kebahagiaan korang."

Indira melompat kecil. Teruja dengan berita gembira yang disampaikan oleh Izz.

"Eh, eh sayang jangan lompat. Sayang lupa ke sayang pregnant?" tegur Qarizh sambil menyentuh perut isterinya itu. Seriau dibuatnya.

Izz menggelengkan kepala. Anak-anak buah Qarizh sudah tersengih-sengih di belakang. Masaklah dapat isteri lasak macam tu. Silap hari bulan terberanak awal isteri ketua mereka itu daripada tarikh yang dijangkakan.

"Haura dengan Hilmi mana? Pergi dating ke?" tanya Qarizh apabila dia tidak nampak kelibat yang dicari.

"Jumpa Kizo," jawab Izz senada.

Qarizh sepertinya sudah tahu hanya menganggukkan kepala. Indira di sisi masih lagi tersenyum. Tidak sabar mahu pulang ke rumah. Banyak cerita yang dia mahu kongsikan bersama dengan suaminya sepanjang dua minggu itu.

"Kau orang terus nak balik ke singgah mana-mana? Kau pun belum sihat sepenuhnya lagi. Jangan nak menggatal buat aksi yang mendatangkan risiko. Ingat sikit dekat adik angah ni. Jangan buat dia risau lagi. Dia tengah bawa anak kau tu."

Qarizh senyum sambil menganggukkan kepalanya.

"Ya, ngah. Aku tahu. Kita orang terus balik rumah sajalah."

"Yalah, balik tu hati-hati. Apa-apa call angah. Angah nak siapkan kerja yang tergendala dekat sini dalam tempoh sebulan ni. So, susahlah sikit nak jumpa angah. Jagakan Dira untuk angah." Izz menepuk-nepuk bahu Qarizh.

"Nak hug angah!" Indira memeluk tubuh Izz lama.

"Jaga diri tu. Jangan nak lasak-lasak sangat. Pergilah tenangkan diri lepas Qar dah sihat sepenuhnya."

Indira menganggukkan kepala. "Baik, angah. Qar dengan adik dah plan nak ke satu tempat lepas dia dah sihat. Dia dah janji dengan adik."

Izz mengusap kepala Indira. Tersenyum. "Baguslah kalau macam tu. Nanti apa-apa chat atau call aje angah. Jangan pergi tak bagi tahu angah pula. Satu kerja angah nak kena rantau satu dunia cari korang," seloroh Izz.

Indira dan Qarizh tertawa kecil. Serentak kepala dijatuhkan sekali.

"Baik, angah," jawab Indira.



HILMI mengusap jari-jemarinya, konon mahu mengurangkan rasa gugup. Sementara menunggu Saif datang, dia hanya duduk diam saja di atas sofa. Sesekali memerhatikan Haura yang sedang bermain dengan anak saudaranya. Gadis itu langsung tidak kekok memegang bayi yang baru lahir itu. Sepertinya sudah mahir. Tanpa sedar, dia menguntumkan sebuah senyuman. Suka dia melihat Haura melayan anak Kizo itu.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now