BEM 40

1.6K 81 6
                                    

HAURA menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah. Langkah diatur ke dapur. Sunyi dan sepi. Jam yang tergantung pada dinding ruang tamu dipandang sekilas.

8:00 pagi.

Berkerut dahinya memandang angkat yang ditunjuk oleh jarum pendek itu. Kemudian, dia mengalihkan pandangannya ke arah luar tingkap. Cerah.

"Fuh... awal betul aku bangun hari ni. Memang patut pun akak belum bangun lagi. Abang tu tak tahulah dah bangun ke belum. Entah-entah dah lesap pagi-pagi macam ni. Akak tu tak lama lagi nak beranak pun dia asyik keluar saja." Haura menggelengkan kepala. Membebel pada diri sendiri sambil menarik pintu peti sejuk. Dia bercekak pinggang.

"Nak masak apa, ya?" Dia mengusap dagunya. Tangan kiri masih statik mencekak pinggang.

"Masak ajelah apa-apa."

"Oi, tenuk terbang!" Melatah Haura tidak tentu fasal dek suara garau yang tiba-tiba saja menyapa gegendang telinganya. Mujur ketika itu dia tidak memegang sebarang benda yang tajam. Kalau tak, sia-sia saja nyawa Si Kizo melayang.

"Abang ni. Terkejut adiklah. Cuba bagi salam ke apa. Ni main serang aje." Takut juga kalau-kalau Kizo mendengar kutukannya sebentar tadi. Matilah dia.

"Kau yang tak tengok kiri, kanan, atas dan bawah. Sibuk sangat membebel pasal aku. Takut sangat akak kau beranak tanpa aku ke?" perli Kizo.

"Eh, mestilah. Tu anak sulung abang. Setelah bertahun abang berkahwin, abang kenalah ada dengan akak." Haura menjeling. Dah tahu, buat-buat tanya pula. Mahu saja dia menghempuk kepala abang tirinya itu.

"Dah-dah tak payah nak membebel banyak sangat. Aku rasa tak payah masak kut. Akak kau terasa nak makan kat kedai mamak. Kau nak ikut ke? Tadi Hilmi ada call aku. Eh, kau apa cerita dengan Hilmi tu, hah? Bercinta ke?"

Haura menggaru kepalanya yang terasa gatal secara tiba-tiba. Abangnya ni menyoal mengalahkan kelajuan LRT. Tak boleh ke soal satu-satu? Dia sendiri buntu mahu menjawab soalan yang mana satu. Dan sejak bila pula dia bercinta dengan Si Hilmi tu?

"Abang ni, cuba soal satu-satu. Ini tidak. Sekali harung." Haura mencebik.

"Senang. Jimat air liur aku," balas Kizo dengan nada bersahaja. Dia menyandarkan sisi tubuhnya pada dinding dapur.

"Mana ada bercinta dengan dia. Dah selalu jumpa dengan dia dekat markas Abang Saif tu. Tu sebablah rapat dengan dia. Bukan dia je. Semua yang ada dekat situ, adik dah rapat dengan dia orang. Semua jenis masuk air. Boleh jadi genglah. Kenapa pulak dia call abang? Macamlah tak boleh call adik sendiri?"

Kizo mengangkat kedua-dua belah bahunya. "Aku tak nak kau rapat dengan lelaki keparat tu. Kau tak tahu cerita sebenar dia, jadi kau jangan nak jatuh hati dengan dia sangat. Ramai lagi lelaki lain yang boleh jadikan pasangan kau. Kalau kau pilih dia, awal-awal aku dah tolak. Aku tak suka. Kalau sekadar kawan tu, aku boleh terima lagi."

Dahi Haura berkerut hairan. Apa yang Hilmi sudah buat sehinggakan Kizo tidak suka kepadanya? Dia pernah buat sesuatu yang burukkah? Ah sudah... inilah padahnya kalau dia tak tahu asal-usul cerita yang sebenar. Nak tanya siapa, ya?

"Tak payah nak tanya apa-apa. Aku nasihat tu, dengar saja. Kalau kau ingkar, habis kau aku kerjakan. Kau ingat sikit. Aku ni abang kau walapun berlainan bapak. Kau dengan aku lahir dari rahim yang sama. Termasuk Saif." Kizo sudah berura-ura mahu mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas.

"Habis tu, dia call abang kenapa? Nak adik siap-siap ke apa ni?"

"Dia kata nak ajak kau sarapan sama. Aku dah bagi dia warning. Supaya dia bawa kawan-kawan dia yang lain. Aku tak nak korang jalan berdua. Pergilah bersiap. Lagi 20 minit dia sampai. Aku nak keluar dengan akak kau." Langkah diteruskan dengan mendaki anak tangga sehingga ke tingkat atas.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now