BEM 25

1.3K 76 8
                                    

Dam! Dum! Dam!

HABIS semua barang dilempar dan ditepis dek mahu melepaskan amukannya yang terpendam di dada. Kendatipun, kejadian hitam itu sudah beberapa hari berlalu. Qarizh masih lagi tidak dapat menerima. Dia masih lagi meratapi pemergian Qasrina. Hampir setiap malam, dia menangis dan mengamuk sehingga tidak sedarkan diri. Airiel sendiri pun buntu dengan perubahan sepupunya yang semakin ketara itu.

"Adik aku mati disebabkan kau, setan!" Nafasnya naik turun dengan laju. Matanya mencerlung ke arah Hilmi dan Adiyan yang sedang duduk lemah di atas kerusi dalam keadaan terikat.

Adiyan hanya membisu. Sungguh dia terkilan dengan Hilmi. Dia tidak sangka. Rupa-rupanya Hilmi lagi licik daripadanya. Disebabkan lelaki itu juga, dia dipermainkan. Hanya kerana cemburu. Padahnya kalau cemburu melebihi akal waras. Maut menanti.

"Hilmi, aku cakap dengan kau ni! Kau dengar tak?" Dagu Hilmi dicekak sehingga kepala lelaki itu terdongak. Mata mereka saling bertatapan.

Hilmi tidak berani menjawab. Dia seperti sudah tidak kenal dengan Qarizh di hadapannya ini. Sendiri yang mencari nahas. Sendiri kena tanggung.

"Hei, kau memang menguji aku! Aku tanya kau ni, kau dengar tak?" Bergema-gema ruangan markas itu dengan suara tengkingan Qarizh. Anak-anak buah yang lain tidak berani masuk campur selagi tidak diberi arahan. Hanya mampu memerhati saja.

"Qasrina dah mati, Hilmi. Kau dengar, kan? Adik aku dah mati. Sebab kau. Kau punca dia mati. Dia rapat dengan kau. Dia sayangkan kau macam abang dia sendiri. Itu yang aku nampak dengan mata aku. Aku tak tahu kalau adik aku ada hati dengan kau. Sebab dari dulu lagi, dia lebih rapat dengan kau selain aku. Adiyan sendiri pun tak rapat macam kau." Air mata Qarizh menitis ke pipi. Hatinya remuk. Bayangan demi bayangan Qasrina bermain di dalam mindanya. Suara manja dan gelak tawa Qasrina bagaikan radio rosak di pendengarannya.

"Aku... minta..."

"Ahhhh!" Qarizh menjerit kuat. Terbantut percakapan Hilmi dibuatnya. Tidak sempat dia menutur kata maaf.

"Kau nak minta apa, setan? Maaf? Haha!" Qarizh ketawa sehingga kepalanya tergeleng-geleng. Lucu baginya.

"Weh! Qasrina dah mati. Dah tak ada dekat sini. Kau expect apa, sial? Kau minta maaf dan sekejap lagi adik aku akan balik ke?"

Hilmi mengetap bibirnya. Luahan hati Qasrina seringkali bermain di dalam fikirannya. Hatinya dipalu dengan perasaan serba-salah yang semakin menggunung. Gadis itu meninggal dunia dalam keadaan yang tidak diingini.

Buk! Buk! Buk!

"Arghh!" Hilmi meringis kesakitan dek menerima habuan dari penumbuk Qarizh. Bertubi-tubi. Sehingga pecah bibirnya. Ada titisan darah yang mengalir dari bibirnya. Wajahnya habis lebam membengkak.

"Tu baru sikit, Hilmi. Baru permulaan." Sinis suara Qarizh. Rambut Hilmi direntap kasar sehingga kepala lelaki itu terdongak ke atas.

"Sa... sakit..." Air mata Hilmi mengalir ke pipi kerana tidak dapat menanggung kesakitan yang semakin memerit. Sungguh dia kesal ketika ini. Bagaimana dia mahu memohon maaf daripada Qarizh?

"Tak. Kau mana tahu apa itu sakit. Kalau kau tahu, kau tak akan buat adik aku macam tu. Kau mesti rasa apa yang dia rasa!"

Pang! Pang! Tadi ditumbuk sehingga bibir pecah, sekarang ini ditamparnya kedua-dua belah pipi Hilmi beberapa kali sehingga merah padam. Teruk dia kerjakan Hilmi. Memang gunung amarahnya sudah meletus.

Adiyan hanya memandang simpati ke arah Hilmi. Dia sendiri sudah beberapa bulan dikurung. Makanan diberi hanya sehari sekali. Minuman pula hanya dua kali sehari. Memang kurus keding dia sejak dikurung di dalam markas ini.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now