BEM 50

1.6K 76 7
                                    

PANDANGANNYA dipusatkan pada seraut wajah yang masih lagi tidak sedarkan diri. Dia bersyukur kerana gadis itu berjaya melepasi zon kritikal. Dapatlah dia menarik nafas lega. Betullah kata Saif, Haura memang seorang gadis yang sangat kuat. Sanggup mengorbankan nyawa sendiri untuk nyawa orang lain. Dia dan arwah Qasrina terlalu banyak persamaan membuatkan dia rasa susah untuk berjauhan dengan Haura. Tapi apakan daya, ada yang menghalang untuk mereka mencipta hubungan istimewa.

"Haura... maafkan abang. Mungkin lepas ni, kita tak dapat nak bersama macam dulu. Bukan kerana abang tak sayangkan Haura. Tapi abang terpaksa. Abang tak nak hancurkan hubungan Haura dengan abang Haura. Abang mengaku yang abang dah jatuh hati pada Haura. Bukan kerana rupa paras, tetapi hati Haura."

Air mata Hilmi menitis perlahan ke pipi. Teragak-agak dia mahu menyentuh tangan Haura. Mata dipejam buat seketika. Tangan gadis itu digenggam perlahan. Mungkin buat kali terakhir.

"Abang sayangkan Haura. Abang doakan Haura cepat sembuh. Jangan buat abang-abang Haura risaukan Haura lagi. Jangan risikokan diri Haura lagi. Abang tak sanggup tengok Haura terlantar macam ni."

Hilmi mengetap bibirnya. Dirinya tewas dengan emosi sendiri. Mengenangkan kisah silamnya yang tidak sempat membalas cinta arwah Qasrina. Kerana itu, dia mengambil keputusan untuk meluahkan perasaannya pada Haura walaupun gadis itu tidak sedarkan diri. Dia tidak mahu rasa menyesal buat kali kedua.

"Abang tak layak untuk Haura. Abang ni jahat, Haura. Sangat jahat. Sebab tu, Kizo susah nak terima abang. Dia susah nak maafkan abang sebab kesilapan abang yang dulu. Abang ni dah bunuh insan yang tak bersalah. Yang abang tak tahu dia cintakan abang dalam diam. Dia pergi tanpa sempat abang balas cintanya. Abang tak nak Haura rasa apa yang Qasrina rasa. Biarlah abang yang mengundur walaupun rasa perit yang mendalam. Sumpah, abang sayangkan Haura."

Hilmi melepaskan perlahan genggaman tangan Haura. Wajah ditundukkan. Tidak dapat menahan sebak yang semakin menyeksakan dada. Punggung diangkat lalu kaki mengorak langkah keluar dari wad Haura.

Tubuhnya melorot jatuh pada dinding ruangan menunggu yang terletak berhadapan dengan wad Haura. Terenjut-enjut bahunya menghamburkan tangisan. Tangan naik meraup wajah beberapa kali.

"Perasaan cinta ni tak semestinya kita akan sentiasa rasa bahagia. Adakalanya, kita terpaksa melalui keperitan yang tak dapat nak diungkap dengan kata-kata."

Hilmi mendongakkan kepalanya dengan wajah yang basah. Dipandangnya susuk tubuh Qarizh yang sedang berdiri di hadapannya sambil menghulurkan tangan.

"Aku tak nak kehilangan dia, Qar. Tapi... aku sedar yang tak sempurna untuk dia. Aku tak layak..."

Perlahan Hilmi menyambut huluran tangan Qarizh lalu dengan lemahnya dia bangun dari meninggung. Qarizh menepuk-nepuk bahu Hilmi. Menyalurkan sedikit semangat yang ada.

"Cinta tidak perlukan seseorang yang sempurna. Akan tetapi, cukup memadai dengan adanya orang yang buat kita rasa sempurna dalam hidup," ujar Qarizh.

"Kalau kau betul cintakan Haura, buktikan pada Kizo. Kau lelaki. Aku lelaki dan dia juga lelaki. Masing-masing ada ego tersendiri. Aku pernah junjung tinggi ego sampaikan aku rasa menyesal tak sudah. Aku tahu cara Kizo. Dia memang anti dengan orang yang pernah membelot. Sebab tu dia susah nak terima kau. Tapi aku percayakan kau, Mi. Aku percaya yang kau dah berubah. Aku pun nak berubah. Aku dah janji dengan Dira. Habis je semua ni, aku akan bina hidup baru dengan dia."

Hilmi mengangguk perlahan. Memang benar dia cintakan Haura. Tapi mampukah dia mengambil hati Kizo? Kalau mengenai Saif, dia tak perlu bimbang. Dia dengan Saif mempunyai hubungan yang baik. Saif sendiri pun tidak menghalang dia untuk menyimpan perasaan terhadap Haura.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now