BEM 8

1.8K 123 5
                                    

SEPERTI biasa pada waktu pagi-pagi begini, Izz akan menyediakan sarapan pagi. Dara Alana yang sudah siap berseragam sekolah, berpimpinan tangan menuruni anak tangga bersama dengan Indira menuju ke dapur untuk menikmati santapan pagi yang dibuat oleh Izz. Qarizh tidak lagi kelihatan batang hidungnya. Mungkin masih lena dibuai mimpi.

"Eh, Qarizh mana? Dia tak turun sekali?"

Indira mengerling ke tingkat atas. Bahunya diangkat sekali. "Entahlah. Tidur lagi agaknya."

"Pergilah kejut. Sarapan sama-sama."

"Erk... adik juga kena kejut? Abangkan lelaki, pergilah kejut."

Izz memandang toya ke arah Indira. Tangannya dinaik bersilang ke dada. "Kejut dari luar bilik. Bukan suruh masuk dalam bilik tu pun."

"Yelah. Yelah."

Dengan penuh keterpaksaan, Indira mendaki anak tangga semula satu per satu dengan perasaan malasnya yang melampau. Izz Benazir memang suka membuli dia. Sepatutnya lelaki kenalah kejut lelaki. Ini terbalik pula.

Tok! Tok!

"Qarizh, kau dah bangun belum?"

Sepi.

Indira menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hendak memulas tombol pintu terasa serba-salah. Mahu dibuatnya lelaki itu tidak memakai baju atau seluar. Tak ke sendiri yang niaya?

"Qarizh!" jerit Indira.

Krek...

Pintu bilik tetamu dibuka luas dari dalam membuatkan Indira mengundur setapak. Dah menjerit baru reti nak bangun. Susah sangat nak sahut panggilan dia.

"Dah pukul berapa?" soal Qarizh sambil menganyah biji matanya dengan dalam keadaan dirinya tidak berbaju.

"Pukul..." Kepala didongakkan sekali gus percakapannya terhenti tatkala badan Qarizh yang tidak berbaju itu menyapa penuh kornea matanya. Air liurnya ditelan kesat. Lantas, dia menghalang pandangannya dengan telapak tangannya. Kalau dibiarkan, mahu mimpi ngeri dia tujuh hari tujuh malam.

"Pukul lapan pagi dah," jawab Indira.

Qarizh memandang kosong ke arah Indira sebelum pandangannya beralih pada tubuh badannya sendiri. Beberapa saat kemudian, dia kembali masuk ke dalam biliknya lalu pintu dikunci. Langsung tak memberi apa-apa respons pada Indira. Ditinggalnya gadis itu begitu saja.

"Haish! Panas hati aku dengan mamat nilah. Tanya orang lepas tu membisu pulak. Satu hari nanti, tak boleh cakap langsung baru tau. Nikmat nak bercakap tu kena tarik," bebel Indira sambil menuruni anak tangga.

"Apalah yang adik angah sorang ni bebelkan? Tak habis membebel saja kerjanya. Ada apa tak kena? Qarizh dah bangun belum?" tegur Izz yang sedang menikmati bihun goreng buatannya sendiri. Sesekali dia menyuap bihun goreng ke dalam mulut Alana.

"Tak ada apa."

"Ye ke? Muka dah macam tikus cencurut je tu. Apa yang tak ada apanya?"

"Hihihi! Muka mama macam tikus cencurut." Dara Alana melepaskan tawanya. Geli hati mendengar Izz menggelarkan Indira sebagai tikus cencurut.

"Hah, eloklah tu. Suka sakat orang."

Izz tertawa kecil sambil memandang ke arah Alana yang sudah mendiamkan diri. Tahulah Izz yang Alana takut sekiranya Indira marahkan dirinya. Memandangkan Alana memang rapat sangat dengan adik perempuannya itu sejak lahir lagi.

"Yelah. Makan tu. Angah dah goreng bihun kesukaan adik. Makan banyak-banyak."

Bihun goreng dicedokkan ke dalam pinggan sebelum ditolak perlahan ke arah si adik. Indira mencapai garpu di sebelah kanannya kemudian garpu itu dipusing-pusing di dalam pinggan sehingga bihun goreng itu bergulung lalu disumbatkan ke dalam mulutnya.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now