BEM 18

1.3K 88 2
                                    

PUNGGUNG dilabuhkan di atas sofa single lalu kaki kirinya diangkat diletakkan di atas paha kanannya. Jari-jemari bertaut sesama sendiri. Wajahnya dingin. Susuk tubuh seseorang yang berada di hadapannya langsung tidak dipandang. Hatinya sebal ketika ini. Entah kenapa semakin ramai musuh yang berani-beraninya menyentuh darah dagingnya itu.

"Dia orang nak apa sebenarnya? Asal adik aku jadi sasaran?" Bengis wajah Izz Benazir ketika bertanya kepada orang kanannya yang setia sejak dulu lagi.

"Indira menjadi sasaran kerana budak lelaki bernama Qarizh tu. Kiranya dia kena tempias Qarizh."

"Kau rasa-rasa benda yang terjadi semua ni berkaitan dengan arwah along aku ke?"

Kizo hanya menganggukkan kepalanya. Izz Benazir meraup wajahnya kasar. Dengusan marah dilepaskan kuat. Pemegang sisi sofa dihentaknya sekali. Nampak sangat dia tengah marah sekarang ni.

"Dulu attack along aku, sekarang adik aku pulak. Memang cari malapetaka dia orang ni. Aku nak kena aktifkan balik kumpulan ni. Kau kena kumpul semula anak-anak buah tu balik. Aku dah tak boleh duduk diam lagi."

Kizo akur. Kepala dijatuhkan sekali menandakan dia menerima arahan yang keluar dari mulut Izz.

"Ada satu lagi info yang aku nak bagi tahu kau."

Izz yang baru saja hendak mengangkat punggungnya terbantut dek Kizo yang tiba-tiba saja bersuara. Kepalanya didongak perlahan. Lama dia merenung sepasang mata milik orang kanannya itu.

"Apa dia?"

"Ketua musuh yang selalu attack Indira dengan Qarizh sebenarnya dekat-dekat mereka saja. Dan aku boleh dapat rasa, lelaki itu akan jadi rapat dengan Indira nanti. Tu firasat aku. Biasanya firasat aku semuanya betul-betul terjadi."

Sepi.

"Dan ketua musuh tu juga yang singkirkan ketua lama aku."

Dahi Izz berkerut seribu. "Kau tahu siapa?"

Kizo angguk sekali.

KERETANYA diberhentikan di bawah sebatang pokok yang lebat daunnya. Tidak terlalu jauh dari sebuah rumah bungalow dua tingkat. Dia berjaya menjejak langkah Hilmi sehingga ke sini. Setahu dia ini rumah keluarga Tengku Yazir. Sepupu yang tidak terlalu rapat begitu juga dengan Qarizh. Dari kecil dia hanya rapat dengan Qarizh saja.

"Kenapa Hilmi datang rumah Yazir?" soalnya pada diri sendiri. Dagunya diletakkan di atas stereng sambil anak mata meliar memerhatikan suasana sekeliling. Kelihatan Hilmi sedang menunggu seseorang dengan tubuhnya disandarkan pada badan kereta.

"Sampai pun Abang Hilmi. Terima kasih sebab sudi datang sini semata-mata nak hantar barang Qas yang tertinggal dekat rumah. Abang Hilmi memang terbaik!" ucap Qasrina sebaik saja dia keluar dari pintu pagar rumah Tengku Yazir.

"Ala, small matter. Untuk Qas, semuanya abang boleh buat. Qas macam mana duduk sini? Okey? Ada apa-apa masalah?"

Qasrina menggelengkan kepalanya. "Okey aje. Macam biasa. Cuma bosan. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Qas terperap dalam bilik aje. Rindu pulak dekat abang dengan Kak Dira. Dia orang masih bersama?"

Bibir Hilmi terjongket sebelah. Kepala diangguk sekali. "Macam biasa. Sejak Qas tak ada, abang Qas tu asyik nak mengamuk saja."

"Mesti abang selalu kena marah, kan? Aduh... maafkan Qas. Sebab kepentingan Qas semua orang kena tempias. Tak patut abang buat macam tu." Dahi Qasrina berkerut-kerut. Sebal pula hatinya dengan perangai Qarizh yang semakin baran.

"Biasalah. Macam tak kenal abang Qas tu macam mana. Dulu Qas ada, tak adalah dia berani sangat nak tunjuk baran dia tu. Sekarang ni, makin kerap pula. Nak tak nak, kena hadaplah."

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now