BEM 7

1.8K 127 5
                                    

Bang! Bang! Bang!

TEMBAKAN dilepaskan secara bertubi-tubi membuatkan Indira gagal mengesan siapa gerangan-gerangan yang menyerang mereka. Qarizh masih lagi memegang lengannya erat sepertinya tiada tanda-tanda mahu lepas.

"Sampai bila kita nak bersembunyi belakang ni? Dia orang boleh kesan. Kita kena blah dari sini," ujar Indira memberi idea kepada Qarizh.

"Masalahnya sekarang ni, sorang kena balas serangan dan sorang lagi kena tunggang motor. Macam mana?"

Indira menggolengkan matanya. Sisi kepala Qarizh ditunjalnya selamba. Sudahlah bahu lelaki itu cedera, sempat lagi dia menunjal kepala Si Qarizh.

"Kau lupa siapa sebelah kau ni, kan? Kau cakap nak upah aku jadi penjaga adik kau. Mana kepercayaan kau dekat aku?" Indira melepaskan keluhan panjang. Selamba saja dia menyeluk poket sisi seluar Qarizh untuk mencari kunci motorsikal lelaki itu.

"Kunci dekat lubang kunci motorsikal aku. Aku tak sempat nak hidupkan enjin dah kena serang." Qarizh menarik tangan Indira yang berada di dalam kocek seluarnya. Perempuan di sebelahnya ini memang benar-benar berani. Cukup selamba.

"Kau cover aku."

Indira terus berdiri lalu menghidupkan enjin motorsikal berkuasa tinggi itu. Qarizh menggelengkan kepala seraya merentap Glock 19 dari dalam poket jaket kulitnya. Beberapa tembakan dilepaskan ke arah si penyerang.

Vroommm! Yamaha MT-25 Qarizh menjerit nyaring memecahkan keheningan di sekitar kawasan situ. Qarizh melompat di belakang Indira lalu gadis itu memecut motorsikalnya dengan kadar laju yang sangat tinggi. Terkejut juga Qarizh dibuatnya. Sungguh dia tidak menyangka yang Indira mampu menunggang motorsikal berkuasa tinggi ini. Sangat mengagumkan! Tak silap dia memilih Indira untuk dijadikan penjaga kepada Qasrina.

"Dia orang larikan diri, bos!" jerit salah seorang anak buah di hujung talian.

"Bengap! Lembap! Kejarlah dia orang, setan!" amuk si ketua.

"Ba... baik, bos!" Si anak buah lantas mengajak ahli-ahli kumpulan yang lain untuk mengejar Qarizh dan Indira menggunakan kereta.

"Kita nak pergi mana ni?" soal Indira sambil mengerling Qarizh yang berada di belakangnya melalui cermin sisi.

"Hah?" Qarizh terpaksa meninggikan sedikit ton suaranya itu memandangkan Indira menunggang motorsikalnya dengan laju sehingga suara gadis itu tenggelam timbul tidak berapa dengar.

"Kita nak pergi mana?" Kali ini Indira menjerit. Mahu tercabut anak tekaknya.

"Rumah kau!" balas Qarizh.

Indira tidak menyahut sebaliknya dia meningkatkan lagi kadar laju motorsikal itu supaya cepat sampai ke rumahnya. Dalam hati dia berharap agar penyerang-penyerang mereka tadi sudah kehilangan jejak mereka.

YAMAHA MT-25 Qarizh diberhentikan di hadapan pagar rumah Indira. Kelihatan Izz sedang mengambil barang dari dalam keretanya. Indira turun dari motorsikal lalu helmet dicabut. Qarizh menghidupkan semula enjin motorsikalnya membuatkan gadis itu memandangnya dengan kerutan yang berlapis-lapis pada dahi.

"Kau nak pergi mana? Bahu kau tu kena rawat. Nanti kena jangkitan kumanlah."

"Ya, aku tahu. Motor aku ni kena parkir secara sembunyi. Nanti dia orang cam. Faham?" balas Qarizh dengan nada suara perlahan. Bahunya terasa menyengat. Berkerut-kerut dahinya menahan sakit.

"Parking motor ni kat dalam garaj rumah aku senang." Indira menolak pintu pagar rumahnya lalu menuding jari ke arah garaj yang terletak di sebelah rumahnya.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now