BEM 16

1.6K 97 8
                                    

KERTAS-KERTAS yang siap disusun diletakkan di dalam fail mengikut bahagian. Itulah kerja sehariannya kalau tiada Qasrina. Kalau tidak, pasti mereka akan membahagi-bahagikan tugas dan buat bersama-sama. Tapi hari ini, hanya dia saja yang kena uruskan.

"Lepas ni, kerja aku dekat pejabat ni sajalah. Budak tu pun dah tak nak aku jadi penjaga dia. Nak buat macam mana, kan? Disebabkan si sepupu dia tu, sanggup buang aku dengan Qarizh. Entah apa yang hebat sangat tentang Tengku Yazir tu pun, aku tak tahulah." Indira melepaskan keluhan. Tertanya-tanya juga dia. Baik sangatkah Tengku Yazir itu sampaikan Qasrina terlalu marah pada Qarizh?

"Dira..."

Suara garau milik Qarizh sedikit memeranjatkan Indira yang sedang leka menyusun fail di dalam rak. Secara refleks kepalanya mendongak. Anak mata mereka bertembung sesama sendiri.

"Ah, ya. Dah siap. Ngam-ngam. Terkejut aku." Indira mengusap dadanya lembut. Sudahlah sunyi. Yalah, dah jam lima petang. Ramai sudah yang pulang ke rumah. Dia saja yang tak reti nak pulang ke rumah memandangkan ada kerja yang belum dia siapkan lagi tadi.

"Angah ambil kau ke?"

"Tak. Dia tak berapa sihat sangat. Aku larang dia ambil aku. Nak drive macam mana, kalau dah tak sihat macam tu. Bahaya. Aku memang pantang kalau sakit-sakit nak drive bagai."

Qarizh hanya angguk. Pasti Indira masih dalam trauma tentang kematian abang sulungnya itu. Lama dia anak matanya merenung dalam sepasang anak mata Indira Callista.

Aku minta maaf, Dira. Kalau kau tahu perkara yang sebenar, mesti kau benci dekat akukan? Aku yang buat abang kau kemalangan. Hanya disebabkan benda temeh saja. Aku takut nak berterus-terang dengan kau.

"Qar, kau okey tak ni? Kau fikirkan Qas ke?"

Qarizh terdiam. Kepala digeleng sekali. "Tak apalah. Aku tahu Qas selamat kat sana. Biarlah dia nak ambil ketenangan sendiri. Dia nak merasa kebebasan tu macam mana. Aku tahu dia pandai jaga diri. Dia sendiri ada skil. Jadi, aku rasa tak perlulah aku khuatir sangat."

"Tak apalah. Aku doakan hati dia lembut nanti. Kau nak balik dah ke?"

"Aku nak ajak kau makan dekat luar memandangkan angah tak ambil kau. Sudi tak?"

Indira tertawa kecil. Kepala diangguk sebanyak tiga kali. "Kan aku dah pernah cakap. Kalau bab makan ni, nombor satu dalam hidup aku. Nampak aje badan aku kecik, tapi aku kuat makan tau."

Qarizh senyum sekali gus kepala dijatuhkan sekali. "Jom. Aku belanja kau makan. Kau cakap aje nak makan apa. Aku nak gembirakan sikit hati aku hari ini. Serabut fikiran aku dengan macam-macam masalah."

"Alright, bos. Tak ada masalah. Jom!" Beg silang disambarnya lalu selamba saja dia menarik lengan Qarizh sehingga keluar dari bangunan Mestika Royal Holdings. Ini kalau ada staf-staf yang nampak. Mahu bakal jadi kontroversi.

Qarizh sedikit tergamam tatkala terasa tangan Indira hinggap pada lengannya walaupun berlapikkan baju kemejanya. Tapi dia tetap terasa kehangatan tangan gadis itu. Sekali gus jantungnya berdetak laju. Dah kenapa pula dengan jantungnya ini? Janganlah Indira perasan akan air mukanya yang berubah.

"Qar, aku nak drive kereta kau boleh tak?"

Pertanyaan Indira mengejutkan Qarizh dari lamunannya. Dan ketika itu juga, Indira tidak lagi memegang lengannya. Bolehlah dia menarik dan menghembus nafas dengan sempurna. Hampir sesak nafas dirinya apabila gadis itu memegang lengannya erat.

"Kau nak drive? Kau yakin?"

Indira tersenyum lebar sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Sekarang dah luar di waktu bekerja. Tak salahkan kalau dia nak membodek Qarizh. Dia sudah anggap Qarizh seperti kawan baiknya sendiri. Walaupun dulu dia rasa kekok setiap kali bersama dengan lelaki itu. Sekarang tiada lagi perasaan kekok itu. Malah, dia rasa sangat selesa dan selamat bersama Tengku Qarizh Nadim.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now