BEM 13

1.7K 99 5
                                    

KEMEJA biru gelap itu dimasukkan ke dalam seluar slack berwarna hitam supaya kelihatan kemas. Hari ini hari pertama dia akan bekerja di Mestika Royals Holdings atas suruhan Qarizh sendiri. Selain skop kerjanya menjaga Qasrina, kini dia berpeluang untuk mencari pengalaman bekerja di dalam suasana pejabat. Dia dilantik untuk menjadi kerani pertanyaan kaunter bersama Qasrina. Di mana ada Qasrina, di situ wujudnya dia.

Anak-anak buah Qarizh yang sudah diberikan kepercayaan untuk menghantar dan menjemput Alana di sekolahnya. Izz Benazir juga sudah memberikan keizinan kepada mereka. Jadi, tiada apa yang perlu Indira khuatirkan sekarang ini.

"Kak, siap dah? Abang Hilmi dah tunggu kita dekat luar. Abang dah gerak dulu tadi sebab ada meeting pagi ni."

Indira menganggukkan kepalanya. Faham akan tugas Qarizh selaku CEO syarikat. Langkah disusun mengekori Qasrina dari belakang menuju ke kereta yang akan dipandu oleh Hilmi.

"Bye, Qas dengan Dira! Hati-hati kerja tu!" Bersungguh-sungguh Zane dan Irham melambaikan tangan mereka ke arah dua orang gadis itu.

"Jangan lupa ambil Lana!" pesan Indira kepada mereka.

Terangguk-angguk kepala Zane dan Irham menerima pesanan Indira. Takut benar Indira sekiranya mereka lupa menjemput Alana di sekolah tepat pada jam satu tengah hari.

"Sudah?" soal Hilmi kepada Indira yang duduk di sebelahnya. Tangan sebelah mengenggam stereng. Sebelah lagi tangan memakaikan kaca mata berwarna biru pada matanya.

Indira senyum. Kepala diangguk sekali. Kenalah akur duduk di hadapan bersama Hilmi. Qasrina gemar duduk di belakang berbanding depan. Reda saja.

"Bang, singgah beli sarapan boleh tak? Malas nak makan dekat kafe. Mesti ramai waktu macam ni," pinta Qasrina.

"Okey. Nak beli dekat mana?"

"Tanya akak."

Hilmi mengerling sekilas ke arah Indira di sisinya. Inilah kali pertama dia melihat penampilan Indira secara formal. Sebelum-sebelum ini, gadis itu tidak akan berpisah dengan jaket kesayangannya sama seperti Qasrina dan Qarizh.

"Hmm... drive-thru KFC sajalah?"

Laju Qasrina menganggukkan kepalanya. "Nice choice, sis."

Hilmi diam tanpa respons. Brek tangan diturunkan. Gear yang berada di P ditukar kepada D. Lantas, kereta yang dipandu meluncur di atas jalan raya. Dia hanya memandu kereta dengan menggunakan satu tangan saja. Sebelah tangannya lagi direhatkan di atas brek tangan.

Sesekali Indira mengerling ke arah Hilmi yang kelihatan segak ketika memandu kereta. Sudah serupa gaya Qarizh setiap kali melihat Hilmi. Orang kanan kesayangan Qarizh, mestilah nampak sama, kan?

Selepas membeli sarapan di KFC, tidak sampai 15 minit kereta sudah diberhentikan di dalam petak kosong betul-betul di hadapan bangunan megah Mestika Royals Holdings. Hilmi menarik brek tangan dan kemudian gear ditukar kepada P. Lantas dia membawa tubuhnya keluar untuk membukakan pintu buat Qasrina selaku adik kepada CEO syarikat itu.

"Akak, Qas masuk dulu. Nak cari tandas. Sakit perut pula." Terkocoh-kocoh Qasrina berlari anak masuk ke dalam syarikat. Tampaknya seperti tidak dapat menahan lagi.

Indira sekadar menggelengkan kepalanya saja. Belum sempat lagi dia keluar dari kereta sepenuhnya, sudah ditinggalkan oleh Qasrina. Sabar sajalah.

"Dira, sekejap."

Indira baru saja hendak menyusun langkah, terhenti dek seruan Hilmi. Pergelangan tangannya ditarik lembut oleh lelaki itu membuatkan dirinya sedikit terkedu.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now