BEM 29

1.2K 77 3
                                    

TUBUHNYA ditolak keluar dari kereta. Pintu kereta dihempas sedikit kuat menunjukkan yang dia sedang marah. Perjumpaan dia dan Indira di sebuah mall tadi membuatkan hatinya bertambah sakit. Sakit kerana tidak dapat menerima penjelasan yang Indira berikan kepadanya.

"Dia sakit? Habis aku tak sakit? Aku tunggu dia lama! Sanggup tunggu sampai sekarang. Tapi dia... bagi jawapan seolah-olah aku ni tak merasai sakit!" Dihamburkan kemarahannya sebaik punggungnya dilabuhkan di atas bangku coklat yang terletak di tepi pintu utama rumahnya.

"Argh! Sakit betul hati aku!" Qarizh menumbuk-numbuk dadanya sendiri yang terasa perih.

Airiel yang terdengar suara Qarizh dari luar rumah berdiri di muka pintu utama rumah. Sisi tubuhnya disandarkan pada tetulang pintu. Dia metunakkan pandangannya ke arah Qarizh yang sedang duduk sambil melepaskan amarahnya itu. Perlahan dia menggelengkan kepala.

"Kau marah apa, Qar? Kau pergi airport ke tak?"

Qarizh mengangkat wajahnya lalu menoleh ke arah Airiel. Lambat-lambat dia menganggukkan kepala.

"Kau buat apa je? Tengok aje?"

"Ya. Aku tengok aje dulu. Sampai masa. Memang aku genggam dia orang tak lepas."

Airiel hanya mengangguk. Faham apa yang dikatakan oleh Qarizh. Sudah masak dengan perangai sepupunya itu. Siapa yang mencuit kepunyaan lelaki itu, jangan harap mereka akan bebas selamanya.

"Aku jumpa Dira."

Airiel sedikit terkejut. "Lepas tu? Abang dia ada?"

Qarizh menggelengkan kepala. "Dia dengan dua lelaki yang aku tak kenal. Tak tahu siapa. Tengok muka macam bukan dari asal sini. Aku jumpa Dira secara berdepan. Aku minta dia jawapan kenapa dia buat aku macam ni. Tapi, jawapan dia sedikit pun aku tak boleh nak terima."

Kening Airiel ternaik sebelah. "Dia bagi jawapan apa yang membuatkan kau tak puas hati tu?"

Qarizh melepaskan dengusan seraya meraup wajahnya dengan kasar. Semakin sebal hatinya bila diingatkan semula. "Dia kata dia sakit. Sebab tu dia terpaksa pergi. Dia expect aku apa, doh? Patung? Habis aku ni tak sakitlah? Dengan adik aku tinggalkan aku. Lepas tu, dia pulak menghilang macam tu aje tanpa sempat aku nak explain sikit pun."

Airiel mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini. Dia buntu. Adakah dua-dua sama saja membuat salah? Dua-dua memikirkan diri sendiri. Haih... serabut kepala dia memikirkan masalah besar sepupunya itu.

"Pasal Yazir. Aku dah tahu dia tinggal dekat mana. Lepas aku usha dia dekat airport tu, aku ikut dia sampai ke rumah. Baru aku pergi melawat kubur Qasrina. Dan dekat situlah aku ternampak Indira dengan dua orang lelaki tu. Aku ikut dia orang sampai ke mall."

"Jadi, apa plan kau selepas ni?"

"Yazir dengan Indira akan berdepan aku. Aku akan menghantui sepanjang hidup dia orang. Jangan harap aku akan lepaskan. Dah cukup dua tahun aku mendiamkan diri. Kini... nantikan kemunculan aku. Jangan sangka aku akan selamanya berdiam diri." Punggungnya diangkat lalu dia melangkah masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Airiel seorang diri tercegat di muka pintu.

"Macam-macam hallah Qarizh ni. Apa aku nak buat sekarang ni? Aku dah tak nak dia kotorkan tangan dia tu lagi. Mahu polis dapat kesan. Sia-sia aje hidup. Sudahlah dia dah bunuh Hesta. Nasib dialah dapat terlepas. Aku pun rasa nak cuci tangan aje sekarang ni. Tapi tulah... tunggu masa tu sampai," ujar Airiel pada dirinya sendiri. Membebel pada dirinya sendiri. Kalau orang lain nampak pasti dia sudah dicup orang tidak betul.

NAFAS dihela panjang. Kejadian di mall tadi bermain di dalam fikirannya. Perlahan dia menghenyakkan punggungnya di atas sofa ruang tamu. Wajah bengis Qarizh sering terbayang-bayang di dalam kepala otaknya. Dia dihurung dengan perasaan serba-salah. Bila dia lihat akan wajah Qarizh. Dapat kesan wajah itu tidak lagi seceria dulu. Qarizh kembali dengan sifat dinginnya. Entah-entah lebih teruk berbanding dulu.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now