BEM 52

1.3K 80 5
                                    

BINGIT suara Alana ketawa apabila digeletek oleh Haura dan Indira. Sudah lama mereka tidak berjumpa sejak kehidupan mereka diganggu oleh orang gila yang bernama Tengku Yazir. Kizo membawa Alana datang ke rumah Qarizh atas permintaan Indira. Sungguh Indira sangat merindui anak saudaranya yang satu itu.

"Mama... Aunty Haura..." Alana duduk di atas riba Indira lalu leher si mama kesayangannya dipaut manja. Bibirnya tersungging sebuah senyuman lebar.

"Ya, sayang?" Indira mencuit hidung Alana.

Haura hanya senyum.

"Jom kita menari!" ajak Alana.

Haura dan Indira saling berpandangan. Budak kecik ini mengajak mereka menari? Tak padan dengan kecik. Lain macam permintaannya hari ini.

"Lagu apa Lana nak menari?" soal Haura.

"Lalisa!" Alana mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Terkebil-kebil Haura. Indira sudah tercengang. Siapa yang ajar anak saudaranya mendengar lagu Korea? Nak kena dengan dia ni.

"Siapa yang ajar Lana dengar lagu Korea tu?" soal Indira dengan nada tidak puas hati.

"Uncle Kizo selalu bukak lagu Blackpink dekat dalam kereta. Dekat rumah pun sama."

Haura hampir tersedak air liurnya sendiri. Tak tahu nak gelak ke nak apa sekarang ni. Kizo dengar lagu Korea? Blackpink pulak tu! Sejak bila, weh?

"Seriuslah, Lana?" Terkelip-kelip mata Haura memandang Alana.

Bersungguh-sungguh si kecil itu menganggukkan kepala. Takkan budak nak menipu pulak, kan? Selalu budaklah yang bercakap benar.

"Uish... lain macam abang aku sorang ni. Blackpink dia dengarnya. Satu rahsia yang sangat berguna." Haura ketawa sinis. Bolehlah dia sakat abang dia tu. Suka sangat sindir dia dengan Hilmi, kan? Nantikan....

"Jomlah, Lana. Kita menari dekat ruang tamu. Dia orang semua dekat luar agaknya. Bincang apa entah. Tak habis-habis," ajak Haura sambil mendukung tubuh kecil Alana. Tangan Indira ditariknya agar kakaknya itu turut bangun.

"Haura menarilah dengan Lana. Akak tak mahu." Dia baru saja kebah dari demam. Kalau menari terkinja-kinja nanti, mahunya Qarizh membebel. Masak telinga dia nanti.

"Haaa... yalah..." Haura tidak memaksa.

IZZ melepaskan dengusan kasar. Belakang badannya disandarkan pada badan kereta. Tangan bersilang ke dada. Otak ligat memikirkan apa yang disampaikan oleh Qarizh sebentar tadi. Nampaknya Yazir memang tak berputus asa.

"Kau memang perasan ada orang ikut kau? Perhatikan kau?" soal Kizo yang berdiri di sebelah Izz. Sesekali anak matanya memerhatikan anak-anak buah Qarizh yang sedang meronda di sekeliling rumah.

Qarizh menganggukkan kepala.

"Kau ada dapat apa-apa surat layang ke?" Izz pula bertanya.

"Tak ada pula setakat ni. Terfikir juga kadang-kadang, kalau aku terima surat layang. Tapi tak ada." Qarizh menggelengkan kepalanya.

"Aku rasa dia masih dalam rancangan dia. Tak apa. Anak-anak buah aku pun non stop cari dia. Aku tak kasi dia orang berhenti mencari walau sesaat. Selagi mamat tak guna tu tak dalam tangan aku, selagi tu aku cari," kata Izz.

Qarizh dan Kizo sekadar menganggukkan kepala.

"Nak masuk dalam ke?" tanya Qarizh.

Izz mengerling jam yang terlilit pada pergelangan tangannya. Rambut disingkapkan ke belakang. "Rasanya tak kut. Sebab aku nak kena gerak ni. Kerja aku berlambak tak siap lagi. Dah banyak aku tangguh. Kizo, kau staylah sini sekejap, pantau apa yang patut. Apa-apa roger aku."

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now