BEM 42

1.3K 86 7
                                    

TERASA deru nafas hangat menampar-nampar kulit wajahnya. Terpisat-pisat dia hendak mencelikkan mata. Kenapalah tatkala dia sedang lena, ada saja yang menganggu? Tak boleh nak bagi dia peluang untuk menikmati nikmat tidur yang sedia ada.

"Qar... don't stare at me like that..." Indira menutup wajahnya dengan menggunakan lengan. Berharap yang Qarizh akan berhenti dari terus merenungnya. Selimut ditarik sehingga ke paras leher.

"Wakey, sayang. Dah pukul lapan pagi. Pukul berapa sayang nak bangun, huh?" Qarizh bermain dengan helaian rambut Indira yang menutupi dahi isterinya itu.

"Ala... baru pukul lapan. Just give me another one hour, please. I really need more sleep."

Qarizh tersenyum kecil seraya kepalanya digeleng sekali. Wajah bersih Indira diusapnya lembut. Langsung anak matanya tidak melepaskan seinci raut wajah isterinya itu. Baru sekarang dia rasa bagaimana perasaan menjadi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Terasa ada cahaya kebahagiaan yang menyelinap masuk ke dalam hatinya. Kalaulah dulu dia tidak meneguhkan egonya, mungkin dia sudah merasai kebahagiaan yang sebenar.

"I really love you, sayang. Aku harap sangat yang kita boleh jadi pasangan macam dekat luar sana. Have a good time together. Dan aku nak jadi suami yang terbaik untuk kau. Apa yang kau suruh, akan aku cuba tunaikan sedaya-upaya aku."

Indira tersenyum. Matanya masih terpejam. Jarinya naik mengelus wajah Qarizh yang berada di hadapannya. "Kalau macam tu, lepas semua ni selesai. Dira nak Qar cuci tangan. Bebas dari benda semua ni. Can you do that?"

Qarizh membungkam. Sungguh dia tidak menyangka yang Indira akan meminta permintaan seperti itu. Cuci tangan dari perkara yang sudah menjadi rutin hariannya? Bolehkah dia?

"Aku..."

"I know it is hard for you. Just take your time. And change it slowly. Dira tak nak Qar kotorkan tangan Qar dengan membunuh orang. That is not your job, Qar."

Qarizh terdiam seketika sebelum menganggukkan kepalanya sekali. Nampaknya dia kena pencen awal daripada menjadi mafia. Dia perlu utamakan Indira sekarang ini kerana Indira Callista adalah isterinya.

"Aku cuba, sayang. Kau bantu aku."

"Dira akan selalu ada dengan Qar. Just like I say, take your time. Okay?" Indira mengusap wajah Qarizh. Dahi Qarizh yang sedikit berkerut itu diusapnya lembut agar tidak lagi bergaris.

"Janganlah asyik berkerut, nanti cepat tua. Kalau sentiasa dengan Dira, Qar kena senyum."

"Itu satu arahan yang aku kena tunaikan ke?" soal Qarizh. Tersengih.

"Yes. Wajib. Kena ikut arahan ni. Tak nak tengok muka suami Dira asyik berkerut saja. Nanti muka cepat tua daripada usianya."

Qarizh melepaskan tawa kecil. Tubuh Indira ditariknya masuk ke dalam dakapannya. Sungguh dia sangat menyayangi isterinya itu. Hanya Indira Callista yang menjadi penghuni hatinya buat selama-lamanya. Tiada wanita lain yang mampu menandingi Indira.

DARI tadi, Saif ke hulur ke hilir dengan perasaan yang tidak enak. Sesekali dia mengerling ke arah rakan-rakannya yang sedang melepak di ruang tamu seperti biasa. Bilik lepak mereka sudah lama tidak digunakan semenjak Qasrina tiada. Kerana kata Saif, setiap kali dia masuk ke dalam bilik itu, bayangan kenangan bersama Qasrina bermain-main di matanya. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk tidak lagi lepak di dalam bilik itu. Dibiarkan saja tidak berpenghuni. Sesekali saja, mereka akan masuk untuk membersihkan habuk yang bertandang di dalam bilik itu.

"Abang kenapa ke hulur ke hilir? Abang okey?" soal Haura sebaik saja dia melangkah keluar dari dalam bilik. Segar tubuh badannya selepas mandi.

"Tak ada. Entahlah, abang rasa macam tak sedap hati. I guess something will happen."

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now