BEM 45

1.2K 83 4
                                    

TERPISAT-PISAT dia hendak mencelikkan matanya. Kali ini, suasana berubah tidak seperti kali pertama dia mencelikkan mata. Tiada lagi bau ubat-ubatan menusuk ke rongga hidungnya. Apa yang dia tahu sekarang ini, dia bukan lagi berada di wad hospital. Sepertinya dia berada di sebuah bilik yang boleh dikatakan agak mewah designnya.

"Puan, dah sedar ke? Puan nak apa-apa?"

Indira mengerling ke arah sisinya. Susuk tubuh yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik, sepertinya pembantu rumah baru saja kalau dilihat melalui penampilan.

"Saya dekat mana, ya?" Perlahan Indira menyandarkan tubuhnya pada kepala katil berlapikkan bantal. Macam mana dia boleh ada di sini? Bukan ke, dia berada di hospital?

"Dekat rumah Tengku Harun."

Berlapis-lapis dahi Indira dibuatnya. Siapa pula Tengku Harun? Tak pernah lagi dia mendengar nama itu. Qarizh pun tiada menyebut nama itu. Tapi berketurunan Tengku juga. Ah, sudah. Berapa ramai orang baru lagi yang hendak dia kenal ini?

"Dah bangun ke?" Suara garau itu membuatkan Indira sedikit terkejut.

"Sia... siapa?"

"Saya Tengku Harun."

Oh, inilah lelaki yang bernama Tengku Harun. Fikirkan orang muda. Rupanya sudah tua. Mungkin sudah berpangkat ayah. Bila lihat dari suasana rumah, sepertinya lelaki itu tinggal bersendirian bersama dengan pembantu rumah.

"Saya kena balik, Tengku. Suami saya mesti tunggu saya dekat rumah." Perlahan Indira menolah tubuhnya untuk bangun. Rasa sengal di seluruh badan tidak dihiraukan. Apa yang penting sekarang ni, dia perlu pulang ke rumah. Sudah berapa lama dia berada di luar ini. Pasti Qarizh sedang mencarinya.

"Indira Callista. Perempuan yang Yazir cinta, kan?"

Soalan Tengku Harun membuatkan pergerakan Indira terkunci secara mengejut. Terkaku seluruh tubuh badannya. Dalam hati terlalu berharap yang lelaki ini tiada kaitan dengan Yazir. Jangan buat dia rasa takut ketika ini.

"Tengku... siapa?" Dengan keberanian yang ada, Indira menentang pandang dengan Tengku Harun.

"Saya ayah dia. Ayah kandung."

Dunia Indira bagaikan berhenti dari berputar. Masaklah dia macam ni. Sekarang dia kena berhadapan dengan ayah kandung Yazir. Entah apa rancangan yang bermain dalam minda lelaki tua itu.

"Saya kena balik, Tengku. Saya minta maaf. Terima kasih sebab..."

Belum sempat Indira menghabiskan bicaranya, Tengku Harun menangkap pergelangan tangan Indira sehingga gadis itu terduduk semula di atas katil. Pandangannya dipakukan pada seraut wajah Indira.

"Tengku, lepaskan saya..."

"Kalau dengan cara ini, saya boleh dapat balik keluarga saya. Saya terpaksa simpan awak, Indira."

Laju Indira menggelengkan kepala. Semua orang yang berkaitan dengan Yazir, semuanya sudah gila. Kenapa mereka semua suka menganggu kebahagiaannya dan Qarizh?

"Jaga dia. Jangan sampai dia terlepas. Saya nak bawa anak saya ke sini. Kemas rumah dan masak makanan kesukaan anak saya," arah Tengku Harun kepada pembantu-pembantu rumahnya.

"Tengku! Lepaskan saya!" jerit Indira sambil menampar-nampar dedaun pintu bilik yang sudah tertutup rapat.

"Tengku!" Tubuh Indira melorot jatuh ke atas lantai. Terenjut-enjut bahunya melepaskan tangisan. Kenapa dia harus dipertemukan dengan orang yang berkaitan dengan Yazir? Sampai bila dia harus hadap situasi seperti ini?

Dia lelah....

Dia mahukan Qarizh....

"INDIRA mana?" Qarizh menjerit bagai orang gila sebaik saja dia sedarkan diri. Susuk tubuh yang dicarinya tidak kelihatan membuatkan dirinya tidak keruan. Dia takut pisang berbuah dua kali. Dia tidak mahu Indira tersakiti lagi.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now