BEM 38

1.2K 86 2
                                    

TAJAM anak matanya merenung susuk tubuh yang berdiri di hadapannya. Kedua-dua belah tangannya dikepal sehingga tegang uratnya. Dadanya berombak laju dek menahan marah. Bila-bila masa saja gunung amarahnya boleh meletus. Sedaya-upaya ditahan memandangkan keadaannya yang belum pulih sepenuhnya.

"Maafkan saya, bos. Saya dah hampir berjaya culik Indira. Tapi ada malaun tak guna yang kacau rancangan saya."

Yazir menumbuk kuat tempat pemegang sofa yang berada di sebelah kirinya. "Kau tak cekaplah, Zafi! Takkan perempuan kecik macam tu kau tak boleh nak melawan?"

"Tapi bos. Mula-mula saya memang lawan dengan budak kecik tu. Tiba-tiba ada seorang lelaki ni serang saya secara tiba-tiba sebelum saya sempat pengsankan budak perempuan tu."

Yazir melepaskan dengusan kasar. Dari duduk, dia terus bangun sambil mencapai tongkat yang tersandar di tepi sofa. "Sial. Ada saja yang suka mengacau rancangan aku. Aku tak kira, Zafi. Aku nak kau terus-menerus perhatikan mereka sampai kau dapat perempuan tu."

Zafi menganggukkan kepalanya berkali-kali. Terasa sengal tubuh badannya ketika ini. Terpaksalah dia tahan selagi ketuanya tidak memberikan arahan untuk dia masuk ke dalam bilik. Sedar-sedar saja, dia keseorangan saja di lot parkir itu. Memang tak guna betul. Begitu mudah dia ditewaskan oleh lelaki itu. Takkan dia menyerah kalah begitu saja. Lihat sajalah apa yang bakal dibalas semula kepada lelaki itu nanti.

"Dah, kau masuk bilik sana. Rawat luka-luka kau tu. Lusa baru kau perhatikan mereka semula. Nanti aku suruh yang lain perhatikan dulu sementara menunggu kau pulih semula."

"Terima kasih, bos. Saya masuk dulu." Laju saja Zafi melangkah masuk ke dalam biliknya. Nafas panjang dilepas lega. Lagi-lagi bila menolak tubuhnya ke atas tilam yang empuk itu. Aman rasanya. Mujur dapat ketua yang memahami anak-anak buahnya. Dapat cuti sehari. Bolehlah dia berehat sepuas hati.

"Apa yang anak ibu termenungkan tu?" soal Yasmin sebaik saja melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan dengan Yazir. Rambut anak bujangnya itu dibelainya perlahan. Bibirnya terlakar sebuah senyuman kecil.

"Ibu, kenapa ibu lambat sangat nak dapatkan Dira untuk Yaz? Sebenarnya ibu buat kerja ke tidak? Kenapa langsung tak apa-apa update daripada ibu?"

Yasmin membungkam. Dia langsung tidak sangka yang Yazir akan menanyakan soalan itu. Bukannya dia tidak buat. Masalahnya ada banyak perkara lagi yang hendak dia selesaikan. Dia mahu singkirkan keturunan orang yang pernah membuatkan dirinya menderita. Itu yang utama dalam rancangannya ketika ini.

"Bukan ibu tak buat, sayang. Ibu cuba yang terbaik. Bukan senang nak dapatkan Dira tu semula. Sekarang dah ramai yang menjaga dia. Yaz kenalah faham. Dulu bolehlah kita culik dia sebab masa tu kumpulan kita masih lagi teguh. Ini ibu tengah usaha nak aktifkan semula kumpulan kita."

Yazir mencebikkan bibirnya. Dia melentukkan kepalanya pada bahu si ibu. "Yaz tak sukalah tengok dia orang bahagia bersama. Duduk sebumbung pulak tu. Mesti Si Qarizh tu tengok syok sangat peluk hak milik Yaz, ibu. Sedangkan Yaz dekat sini, merana disebabkan dia. Mana boleh macam tu."

Yasmin menganggukkan kepalanya. "Ya, sayang. Ibu faham. Ibu akan cuba, okey?"

"Tak apalah. Yaz dah bertindak dah pun. Kalau tunggu ibu, tahun ni belum tentu Yaz dapat kahwin dengan Dira."

"Yalah. Terpulang pada Yaz apa yang Yaz nak buat. Ibu sentiasa ada dengan Yaz."

"Yes. Jawapan nilah yang Yaz suka dengar. Ibu memang the best. Yaz sayang ibu sangat-sangat."

Yasmin hanya senyum. Tangannya ligat membelai rambut Yazir.

"Ibu... telefon ibu bergetar tu. Siapa yang telefon?" Dipandangnya telefon bimbit milik Yasmin yang bergetar-getar di atas meja kopi.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now