BEM 44

1.1K 76 5
                                    

SEBAIK saja brek tangan ditarik, dia terus menolak tubuhnya keluar dari perut kereta. Langkahnya dibawa lari masuk ke dalam bangunan hospital yang terletak tidak jauh dari parkir kereta. Aditya menggelengkan kepalanya. Puas dia menasihati Haura agar bersabar. Jangan bersikap gopoh-gapah. Kizo sudah melepaskan dengusan kasar. Dimas di sebelah hanya membisu.

"Haura Sahirah!" panggil Kizo dengan suara lantang. Namun panggilannya hanya sia-sia. Haura sudah pun jauh ke hadapan masuk ke dalam hospital.

"Abang! Abang!" Haura menjerit-jerit memanggil nama abang keduanya. Hazim Saif.

Saif yang duduk di ruang menunggu dengan keadaan kepala dan lengannya berbalut, perlahan menolehkan kepala ke arah si empunya suara yang menyeru namanya. Thakif, Adiyan, Irham dan Zane turut memandang ke arah Haura. Cuma kelibat Hilmi saja tidak kelihatan.

"Abang, abang okey tak? Adik risau sangat!" Haura melabuhkan punggungnya sebelum memeluk tubuh Saif dengan erat. Takut sangat apa-apa terjadi pada abang kandungnya itu.

"Haura, terkejut abanglah. Abang okey. Jangan risau. Sikit aje." Saif memujuk. Dia tahu yang Haura berasa susah hati apabila mendapat panggilan daripadanya sebentar tadi. Keadaan yang teruk sekarang ni adalah ketuanya. Tengku Qarizh Nadim.

Qarizh ditahan wad kerana mengalami kecederaan yang agak parah. Terutamanya di bahagian tubuh badan. Penuh dengan luka-luka dalam. Silap mereka kerana lambat hadir melindungi ketuanya. Ini belum Qarizh tahu yang mereka gagal menemui Indira. Sekali lagi, perkara ini berlaku.

"Kak Dira mana?"

Soalan Haura membuatkan Saif terkedu buat seketika. Jawapan apa yang hendak dia berikan kepada Haura.

"Kita orang lambat jejak dia. Abang rasa orang Yazir dapat jumpa dia."

Haura mengerutkan dahinya. "Takkanlah Kak Dira kena culik? Abang biar betul? Kalau Abang Qar tahu mahu mengamuk besar dia."

"Ya, abang tahu tu. Dan sekarang ni, dia dekat dalam wad. Doktor tengah rawat dia. Dia mengalami kecederaan yang agak parah. Masa abang dengan yang lain datang pun, tubuh badan dia dah penuh dengan darah."

Haura terdiam seribu bahasa. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Thakif, Zane, Irham dan akhir sekali Adiyan. Hatinya tertanya-tanya di manakah Hilmi?

"Abang, Abang Riel dengan Abang Hilmi mana?"

"Dia orang pergi cari Indira."

Indira menghembuskan nafas lega tanpa sedar. Takut apa-apa akan berlaku pada Hilmi.

"Kalau macam tu Haura pun nak cari Kak Dira lah."

"Kau jangan nak memandai, Haura Sahirah. Aku tak izinkan. Kau duduk dengan aku dan juga Saif. Aku takkan benarkan kau ke mana-mana. Ingat sikit, kau tu perempuan."

Suara garang Kizo membuatkan niat Haura terbantut. Tercebik bibirnya. Kenapanya kalau dia perempuan? Tak bolehkah dia membantu mereka dalam keadaan susah macam ni? Apa, ingat semua perempuan lemah ke?

"Abang ni, adik nak..."

"Aku kata tak boleh tu. Tak bolehlah. Kenapa kau tak faham bahasa?" tengking Kizo kepada Haura.

"Bang, janganlah tengking adik macam tu." Saif menarik Haura masuk ke dalam pelukannya.

Haura hanya mendiamkan diri. Tak fasal-fasal dia ditengking oleh abang sulungnya. Degil sangat. Tapi niatnya baik. Mahu menolong. Tak salah rasanya.

"Kau jaga adik kau. Pecah kepala otak aku kalau sorang-sorang hilang. Izz dah dalam perjalanan ke sini lepas aku bagi tahu yang Indira dah hilang. Buat sekali lagi. Aku rasa lepas ni. Kita semua hadaplah baran Izz tu. Termasuk Qarizh sekali."

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Where stories live. Discover now