BEM 57

2.2K 79 2
                                    

Lima bulan kemudian....

QARIZH berlari anak masuk ke dalam rumah. Walaupun seharian dia di pejabat, kerjanya tak pernah surut. Semakin hari, semakin bertambah. Mujurlah ada Hilmi dan Adiyan yang sudi menjadi wakil syarikatnya. Airiel juga sesekali menonjolkan dirinya membantu mana yang dia mampu. Itu pun syarikat keturunan keluarganya juga. Jadi, dia masih ada rasa tanggungjawab untuk membantu Qarizh.

"Hubby ni kan, suka lari-lari. Bergegar rumah dibuatnya." Indira menggelengkan kepala. Setiap hari kalau balik saja dari pejabat, pasti berlari-lari masuk ke dalam rumah dengan alasan tidak sabar mahu bertentangan mata dengannya.

Qarizh tersengih. Belakang tengkuknya diusap perlahan. Lenguh seharian duduk bertapa di dalam bilik pejabatnya. Makan pun dalam bilik. Apa boleh buat, sudah nasib badan. Kalau tak dibuat, alamatnya jatuh merundumlah syarikat itu. Menangis tak berlagulah dia nanti.

"Alah, hubby rindu sayang. Tu tak sabar nak jumpa sayang dengan triplets. Terseksa tau menanggung perasaan rindu ni." Tubuh Indira dipeluk dari belakang. Perut si isteri yang sudah membonjol besar itu diusap penuh kasih sayang. Mengandung kembar tiga, memang lain daripada yang lain bentuk perut Indira. Kadangkala dia yang seriau, setiap kali anak-anaknya membuat tendangan padu sehingga senak Indira dibuatnya.

Indira mencebik. Ada-ada saja suaminya ini.

"Sayang, kenapa memasak ni? Kan hubby suruh sayang berehat saja. Nanti penat."

Indira tersenyum lebar. Sejak dia mengandung, lebih-lebih lagi kandungannya kini sudah sarat, Qarizh melayan dirinya ibarat seorang permaisuri. Semuanya dilarang. Disuruhnya dia duduk di rumah goyang kaki ditemani oleh Haura.

"Alah, masak simple saja. Tak susah mana pun. Dah lama dah Dira tak masak untuk hubby. Asyik oder online saja. Tak syoklah."

Qarizh menggelengkan kepala. Ada saja jawapan isterinya ini.

"Tak adalah. Hubby risaukan sayang je. Sayang kan dah sarat. Lagi sebulan saja nak bersalin. Meh sini, hubby sambung masakkan." Kedua-dua belah lengan bajunya, disinsingkan sehingga ke paras siku. Sudip yang berada di tangan Indira dicapai.

"Wah, handsomenya CEO memasak. Dengan pakai baju kerja lagi." Indira ketawa.

"Eh, baru tahu ke yang hubby handsome?" Qarizh mengangkat-angkat keningnya.

Indira mencebik. Pantang dipuji betul Tengku Qarizh Nadim ini.

"Lawanya cebik tu. Hubby kiss nanti, baru tahu."

Indira tersengih. "Itu malam nanti. Mana boleh sekarang. Nanti satu kerja apa pun tak jadi."

Qarizh ketawa. "Sayang, angah ada call? Sebab tadi, hubby tak sempat nak angkat call dia waktu dalam meeting."

Laju-laju Indira menganggukkan kepalanya. "Dia saja call nak tanya khabar. Yalah, kita ikut dia balik Indonesia hari tu pun sekejap saja. Aditya pun kirim salam dekat hubby. Angah kata, nanti dah habis pantang. Bolehlah datang Indonesia lagi. Dia rindu kita. Dia nak balik sini tak tahu bila. Kerjanya banyak sangat."

Qarizh angguk faham. "Hubby pun banyak juga kerja ni. Tapi demi angah nanti hubby cuba arrange semampu hubby. Lepas pantang, kan?"

Indira angguk.

"Okey, siap!" Api dapur ditutup lalu dia memalingkan tubuhnya menghadap Indira yang setia berdiri di belakangnya.

"I miss you...." Tubuh Indira ditarik masuk ke dalam dakapannya.

"I miss you more. Mashamlah hubby ni. Pergi mandi, lepas tu kita makan sama-sama. Dira nak hubby suap. Boleh?" Indira mengelip-ngelipkan matanya.

Bidadari Encik Mafia ✔ (2021)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora