BAB 56

168 14 8
                                    


Aiden menapak ke luar rumah. Ada momy dan daddynya terlihat sedang asyik bersembang di halaman rumah. Aiden menghampiri. "Sorry, momy Aiden nak cakap."

"Ha, Aiden. Ada apa? Cakaplah..." sahut Dato Mokhtar.

"Nak cakap apa sayang?" tanya Datin Fatimah pula.

"Huh... Pasal Qasih." Terus Datin Fatimah berdiri. "Oh... Marilah." Dipaut tangan anaknya, menjauh dari Dato' Mokhtar.

"What's that?"

"Apa yang berlaku selama Aiden tak ada dekat sini?"

"Nothing. Why?" Datin Fatimah masih terus menyembunyikan perkara sebenar walaupun dia tahu Aiden mula syak sesuatu.

"Momy ada buat apa-apa dekat Qasih ke?" Tidak mahu berbasa-basi. Aiden terus berterus terang.

"Hah? Oh ya... Ya Allah. Aide... Aiden tahu tak apa dah jadi selama Aiden tak ada dekat sini?"

"Apa?"

"Qasih hampir bunuh diri. Ya Allah, momy terkejut sangat. Qasih hampir gantung diri tau. Nasiblah momy nampak terus momy halang. Momy minta maaf sangat dekat Aiden, momy rasa serba salah kalau cakap benda ni..." Lakonan dimulai.

"Cakap jelah. Ada apa?"

"Masa tu momy buntu. Bibik pun dah tak tahu nak fikir macam mana lagi. Momy cuba halang Qasih setiap kali nak cederakan diri tapi Qasih pula cekik momy. Aiden boleh tanya bibik. Bibik nampak semuanya. Tapi momy tak marah sebab momy faham keadaan Qasih. Cuma momy dah tak ada pilihan lain. Bibik pun setiap hari kena serang sampailah kami buat keputusan..." Datin Fatimah sengaja melengahkan masa. Pura-pura serba salah.

"Kami ikat Qasih..."

"What? Momy..."

"Maafkan momy Aiden... Itu je yang momy boleh buat. Kalau tak nyawa Qasih dalam bahaya. Aiden tak fikirkah, kalau kami tak buat macam tu. Keadaan akan jadi lebih teruk?"

"Yes, tapi kenapa sampai... ikat?" Aiden meluah kecewa. Kerja gila! Kenapa tak hubungi dia? Panggil doktor? Seteruk-teruk keadaan Qasih selama ni. Tak pernah lagi dia sampai hati ikat isterinya.

"What can i do? Aiden, tell me? Aiden ingat momy reti ke jaga orang sakit macam Qasih tu? Kalau momy tak jumpa cara tu. Tak tahulah... Tak tahulah apa jadi. I'm so sorry..." Airmata palsu tumpah dari tubir matanya. Aiden jadi simpati. Tak mungkin momynya berniat mencederakan Qasih. Semuanya dibuat terpaksa demi keselamatan Qasih. Lebih-lebih lagi momynya belum pernah berhadapan situasi seperti itu.

"Momy minta maaf... Momy tahu apa yang momy buat tu keterlaluan. Momy dah explain dekat Qasih tapi Aiden tahukan... Qasih kadang-kadang tak faham..."

"Apa boleh buat? Huh! Benda dah jadi," ungkap Aiden ringkas. Jujur dia masih tidak dapat bayangkan keadaan Qasih saat itu, tapi untuk menyalahkan momynya, tetap bukan keputusan yang tepat. Jadi dia berundur.

***

Hari sudah lewat malam. Walaupun rumah agam didiami itu serba mewah tapi bunyi cengkerik dari halaman rumah tetap kedengaran. Aiden masih belum mengantuk. Dia setia menemani isterinya disisi. Wajah Qasih yang lena dibuai mimpi itu ditenung dalam, sambil tangannya lembut mengusap lengan isterinya.

Benar-benar dia rasa bersalah yang teramat. Masih tidak habis fikir kenapa tiada satu orang pun yang menghubunginya saat Qasih sakit tempoh hari. Kalau dia tahu. Tidak mungkin dia membenarkan sesiapapun melakukan sedemikian rupa terhadap isterinya, apatah lagi diikat sampai meninggalkan kesan lebam sebegini. Aiden meraup wajah. Kecewa dengan diri sendiri.

Setelah dapat dipastikan Qasih lena. Aiden mula merawat kesan luka isterinya dengan mengambil ubat-ubatan. Sesekali dia mengeluh, sesekali dia menunduk. Benci dengan diri sendiri. Adakah perlu dia bawa Qasih pindah rumah. Supaya apapun yang berlaku. Biar dia yang hadapi sendiri. Dia tahu orang lain tak akan mampu, yang ada hanya menambah luka isterinya saja.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now