BAM 41

318 23 3
                                    


"Morning momy."

"Morning. Wife kamu mana? Tak bangun lagi ke?"

"Dah bangun dah. Kejap lagi turun."

Datin Fatimah buat dahi berkerut. Dia sebenarnya kurang senang dengan sifat menantunya yang satu ini. Dia tak suka bab tak tahu masuk dapur. Yang lain dia okay je. Adalah juga menantunya tu tolong kemas kemas rumah, siram pokok bunga. Tapi yang peliknya bila masuk bahagian dapur. Terus lesap dari pandangan. Sanggup tak makan sampai ke lewat malam.

"Dah dua hari kamu berdua tak masuk office ada apa?" soal Datin Fatimah.

"Takde. Saja nak rehat."

"Rehat? Kalau macam tu, ambiklah cuti panjang sikit. Pergi bercuti, honeymoon. Tak adalah terperap kat rumah je isteri kamu tu...."

"Bercuti?"
Aiden menggaruk kening. Sekeping roti dicapai lalu dimakan begitu saja.

"Ha ah cuti. Kenapa?"
Datin Fatimah pelik melihat reaksi Aiden.

"Nak juga... Tapi..."
Perlukah dia menjelaskan kepada Datin Fatimah yang Qasih yang beriya iya nak selesaikan hal syarikatnya dulu sebelum pergi bulan madu.

"Tapi apa? Kamu tak payah risaulah pasal company. Daddy je yang uruskan."

"Daddy? Daddy bukan dekat Terengganu ke momy?" soal Aiden.

"Dah balik dah semalam. Tu ha kat atas, masih nyenyak tidur. Penat sangatlah tu."

Aideh diam. Topik dibiarkan berlalu begitu sahaja. Bercuti dengan isteri? Siapa yang tak mahu. Cuma, kalau dia jelaskan punca dia dan Qasih belum bersedia bercuti untuk honeymoon, dia tak mahulah momynya fikir Qasih tu jenis sibuk dengan kerja. Yerlah, dia bukannya tak tahu jenis momynya ni. Yang lebih suka perempuan jadi suri rumah sepenuh masa daripada terlibat dalam dunia perniagaan. Perniagaan kerja orang laki laki katanya.

"Haih. Diam je. Ha, kamu kata Qasih kejap lagi turun. Mana dia? Batang hidung pun tak nampak."

"Ada..."
Aiden acuh tak acuh terhadap Datin Fatimah.

"Awak. Awak saya minta maaf sangat-sangat. Saya terpaksa masuk pejabat harini. Ada urgent."

Satu suara kedengaran tergesa gesa menyapa dari belakang.
Aiden dan Datin Fatimah serentak terkejut. Qasih?

"Hal urgent apa?"
Aiden mengambil perhatian.

"Ni, klien dari Luciara Diamond adakan perjumpaan mengejut. Sekarang ni diorang tengah on the way . Nenda pun terpaksa bergegas balik dari Perlis," jelas Qasih panjang lebar.

"Luciara Diamond? Why awak kena join jugak ke meeting ni?"
Aiden kembali dengan soalannya.

"Ya. Sebab ni melibatkan semua ketua dalam syarikat."

Kalau boleh, satu je respon yang Qasih nak dengar keluar dari mulut Aiden iaitu 'okay sayang. Go.'

"Kalau macam tu saya hantar awak," putus Aiden.

Alamak. Qasih meneguk air liur. Ni kalau Aiden yang drive bilanya nak sampai. Orang nak race tahu tak?

"Er... Takpelah. Saya nak cepat ni, biar saya pergi sendiri ye? Okay awak?"
Qasih bergerak dua langkah kebelakang. Berkira kira mahu pecut lari tapi...

"No. You can't go."

Keputusan Aiden muktamad. Sejujurnya jauh dilubuk hatinya dia berasa berkecil hati dengan Qasih. Mereka dah rancang nak keluar makan angin kejap lagi tapi lain pula yang jadi. Kalau boleh awal awal lagi dia larang Qasih tapi dia bukannya suami hati batu. Dia tahu betapa Luciara Diamond tu penting bagi syarikat De'Lux Corporation.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now