BAM 5

562 43 3
                                    


Qasih merenung jauh ke luar jendela. Dia teringat kembali kata-kata Doktor Umi Amirah, doktor psikologi yang bertanggungjawab merawat penyakitnya.

"Perkara ni dah lama berlalu, kenapa saya tetap tak boleh lupakan kejadian tu. Kenapa perasaan saya merasakan seolah olah kejadian tu baru sahaja berlaku, kenapa doktor?"
Di dalam pejabat Doktor Umi, Qasih mengajukan soalan yang selama ini dia musykil tentangnya.

Doktor Umi ligat memikirkan jawapan apa yang sepatutnya dia berikan agar mudah untuk difahami pesakit. Dia mengangguk kemudian menjawab.

"Sesebuah memori atau sesuatu kejadian yang dasyat tidak kira sama ada kejadian itu baik ataupun buruk yang pernah di alami oleh seseorang, yang sesungguhnya ia tidak akan pernah benar-benar terlupakan."

"Meskipun ada dalam satu situasi kita tidak lagi mengingatinya tapi tetap akan ada satu kejadian yang secara tak sengaja berlaku depan mata kita, yang mana kejadian itu agak serupa dengan masa silam kita, biasanya dengan cara itulah akan memicu otak kita untuk terkenang kembali dan biasa terjadi suara-suara lama itu terngiang-ngiang di telinga seseorang yang mengalami trauma tersebut."

"Jadi inilah yang kita panggil dengan trauma dimasa lalu, sebab perasaan trauma itu menyerang akibat teringat tentang satu kejadian yang berlaku di masa lalu."

Doktor Umi menarik nafas sebelum menyambung semula ayatnya.

"Kesimpulannya, kita tidak akan pernah benar-benar dapat melupakan sebuah kejadian yang dasyat, dan untuk sembuh dari trauma ini tidak wajar kita memaksa otak untuk melupakan, akan tetapi belajarlah untuk sentiasa bersikap tenang, memahami dan sentiasa berfikiran positif bahawa kejadian itu memang pernah berlaku, katakan pada diri sendiri, ianya hanya sesuatu yang pernah dan tak akan terulang kembali."

Doktor Umi sangat berharap agar kata-katanya dapat dicerna dengan baik oleh Qasih.
Qasih ketika itu tertunduk sebelum melemparkan senyuman manis kepada Doktor Umi.

***

Renungannya terhenti. Selepas mengingati semua apa yang dikatakan doktor. Qasih termotivasi. Mungkin betul apa kata doktor, aku takkan boleh melupakan peristiwa tu, aku sepatutnya kuat, aku mesti memahami diri sendiri, aku cuma trauma, aku sudah selamat dari penderitaan masa lalu, aku tak boleh biarkan trauma ni menjatuhkan aku, melemahkan aku. Tak boleh, ia hanya sejenis penyakit yang akan terus merebak dalam tubuh aku kalau aku berterusan menyokong untuk ianya berlaku.

Qasih menutup cermin hitam biliknya. Waktu itu langit masih cerah, Qasih memutuskan untuk terus berkurung dalam bilik seperti kebiasaannya. Malas mahu turun kerja hari ini, yang adapun pejabat hanya menambahkan sakit kepalanya sahaja dengan masalah-masalah yang ada.

Dia menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada setiusahanya untuk menguruskan tugasannya hari ini. Apa-apa mesyuarat yang berjadual hari ini diminta untuk ditangguh ke esok hari.

Solat dhuha sudah dikerjakan, waktu zohor pula masih jauh. Qasih merebahkan diri diatas katil empuk miliknya. Dia tidak bercadang untuk tidur sebaliknya hanya mahu merehatkan badan.

***

"Macam mana saya boleh tak tahu pasal ni?"
Menjulang tinggi suara Nadien. Pertanyaan itu ditujukan kepada semua kakitangan yang bekerja dibawah arahan pengarah kreatif.

Dengan gagap-gagap Azam beranikan diri menjawab.

"Cik Qasih yang arahkan kami untuk merahsiakan isu ni dari Puan Nadien. Tapi Dato' Sri Luxiana dah sedia maklum pasal ni, ke puan tak diberitahu oleh dato'?"
Azam meneguk air liurnya dengan rakus. Takut-takut ada yang salah dengan kata-katanya tadi.

"Why? Why tak ada sesiapapun bagitahu saya. Perkara ni dah jadi semakin membesar sebab tindakan kurang bijak kamu semua, kalau saya dapat tahu dari awal, mungkin masalah ni mudah untuk kita tangani tapi nampaknya tidak lagi sekarang."
Nadien berlalu meninggalkan mereka semua.

ANTA PERMANAKde žijí příběhy. Začni objevovat