BAM 21

318 20 0
                                    


Kopi panas di hirup perlahan.
Kejadian semalam terbayang-bayang diruang matanya. Cecair jernih mula turun membasah ke pipi. Qasih menekup wajah menggunakan dua telapak tangan.

"Apa yang aku dah buat Ya Allah," rintih Qasih sendiri.

Subuh tadi, selepas terjaga dari tidur. Keadaan Qasih kembali pulih. Segala perbuatan sewaktu dia diluar kawalan, menyusup masuk ke memori ingatan. Sedari itu dia mengucap Istighfar tanpa henti.

"Qasih?"
Nadien tekejut.

Tadi dia masuk ke dalam bilik tidur anaknya itu. Setelah ke semua ruang bilik diterokai anaknya langsung tidak ada, dia lantas turun ke tingkat bawah.

"Ibu..." seru Qasih, sayu.

"Ibu, Qasih minta maaf," ucap Qasih. Kali ini airmatanya mengalir deras. Esakan tangisan mulai kedengaran.

"Alhamdulillah, Qasih dah sedar."
Syukur ke Hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dipanjatkan. Nadien lega melihat keadaan Qasih telah kembali seperti sedia kala.

Tiga hari segala tugasan di pejabat ditinggalkan hanya demi menjaga Qasih. Keadaan syarikat yang sedang nazak langsung tidak diendahkan. Baginya tiada yang lebih penting bila melibatkan Qasih Ruziana. Belahan jiwanya.

"Qasih minta maaf ibu..." rayu Qasih.

Nadien yang berdiri disampingnya didakap erat. Qasih menangis semahu-mahunya. Lemah dayanya hari ini. Sedih meratapi takdir hidup sendiri. Semunya bermula selepas dia keluar berdua bersama Aiden tempoh hari.

Tiga hari lepas...
Sejak dia bertemu semula dengan Syahira, adik tirinya. Hilang semua perasaan teruja selama meluangkan masa setengah hari bersama Aiden.

Syahira tidak mengenali dirinya. Akan tetapi, tidak ada sedikit pun dia gagal dari mengecam wajah perempuan itu, walaupun tanpa mendengar nama. Wajah itu sudah sebati dalam mindanya. Suara itu sudah terbiasa didengar ditelinga.

Syahira. Tidak banyak perubahan dalam dirinya. Qasih masih dapat merasakan aura yang sama seperti dia bersama dengan Syahira 13 tahun dahulu.

Dikawal sedaya upaya dirinya daripada terus melakukan sesuatu diluar kawalan.
Qasih tetap bertahan. Selama berjalan melewati setiap pameran lukisan di Galeri tempoh hari. Dia dihantui satu suara.

"Mak hantar aku untuk bunuh kau!!"

"Aku akan bunuh kau!!"

"Kau akan mati Qasih!!"

Suara itu menganggu. Hatinya tidak keruan. Nafasnya tidak lagi dapat diatur, sehinggalah dia menyibukkan diri dengan sesuatu. Macam-macam topik dibualkan bersama Aiden.
Dia berusaha untuk profesional walaupun dia sudah berada dalam tahap over emosional.

Mulutnya terus terkumat-kamit bercerita. Tidak dijangka, Aiden menambahkan lagi gelojak hatinya yang kian membara. Api yang menggelegak di dada sukar dibendung lagi.

"Untunglah perut ibu yang mengandungkan awak."
Kata-kata itu. Dia benci!

Nasibnya baik. Dia mampu berlakon tenang sebaik mungkin di hadapan Aiden. Dia tidak mahu rahsia terbongkar begitu sahaja. Qasih malu. Dia belum bersedia.

Akhirnya perasaan itu dipendam sehingga sampai ke rumah. Akibat dari menahan diri, padah diterima satu keluarga.
Macam-macam benda perhiasan di dalam bilik tidurnya pecah oleh tangan sendiri.

Pegawai polis datang ke rumah akibat dari laporan palsu yang dia buat. Dia cedera di telapak tangan hasil perbuatan sendiri. Semuanya berlaku ketika diluar sedar.

Qasih menangis, meraung. Letih dengan semuanya. Lelah dengan penyakit yang di deritai. Tidak kuat dengan setiap fasa yang harus dia tempuhi.

Aku penat Ya Allah...
Rintihnya.

***

"I rasa kita patut cepat bertindak. Hari ini mungkin kita masih selamat, tapi lain hari. I tak rasa," kata seorang wanita disitu.

"Calm down... selama ni you boleh je buat macam biasa. Kenapa sekarang gelabah?"

Di dalam sebuah bilik hotel. Berdiri dua orang perempuan. Seorang wanita itu kelihatan berusia dalam lingkungan 40an, manakala yang satu lagi dalam lingkungan 20an.

"What you think? Setiap hari I cuba untuk bersikap tenang, but every second , i feel like... Errh. Jantung I ni bagai nak gugur."
Kata-kata itu dilontarkan lagi dengan penuh emosi.

"Owh, come one... I know you. You seorang yang berani. Because that, i choose you. I tahu you boleh buat. Please... Sabar. Kita ada sedikit masa saja lagi untuk meraikan kejayaan kita," kata wanita 40an itu.

Sunyi. Perjumpaan mereka dirancang dengan penuh teliti. Tidak ada sesiapa pun dibenarkan dapat tahu tentang rancangan yang mereka buat, termasuklah pertemuan secara sembunyi yang sedang berlangsung sekarang.

"You promise me, yang after two years I akan dapat upah I. Now, I dah kerja masuk tiga tahun. I can't see where's the 1 juta ringgit?" sinis wanita muda tersebut.

"Why not you sambung kerja you sampai last year. I wil give you rm 1.5 juta."

Suasana kembali senyap.

"Jangan cakap satu setengah juta. 1 juta pun I tak nampak lagi. Listen to me Dato', kalau De'Lux Corporation dapat tahu yang I ni pembelot. I akan pastikan you pun kena heret sekali."
Wanita muda itu mengugut keras.

"Woho... My dear... Relaks. I bukan jenis mungkir janji. Macam ni lah. Apa kata you selesaikan dulu semua arahan yang I bagi . After that, you tengok sendiri sama ada I menipu atau sebaliknya."

Semua masalah yang tercetus di dalam syarikat De'Lux Corporation bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan. Setiap masalah yang timbul berpunca dari orang dalam syarikat itu sendiri.

Dalam diam, skandal berlaku membabitkan orang kepercayaan De'Lux Corporation yang berkomplot dengan ketua pegawai eksekutif Syarikat Sahora Holding, yang merupakan pesaing hebat De'Lux Corporation.

Tidak hairanlah. Dua kali berturut-turut produk mereka terpaksa dibatalkan pelancarannya akibat berlakunya persamaan produk yang begitu hampir dengan Sahora Holdings.

"Dont feel safe Dato'. Maybe yes, Dato' Sri Luxiana tak mungkin dapat syak apa-apa. Dan dia bukan apa-apa untuk kita. But you tak kenal Qasih Ruziana."
Jelas terpancar riak khawatir diraut wajah wanita muda itu. Segalanya serba tidak kena baginya.

"Qasih Ruziana. Who's that?" soal wanita yang berusia itu.

"She is cucu Dato' Sri Luxiana. Pengarah Kreatif De'Lux. I rasa lega tau dia dah lama tak masuk pejabat. Kebetulan dalam pada I nak bertindak, dia tak sihat," jelasnya.

"Habistu. Apa bahayanya dia?"
soal wanita yang sedang duduk bersilang di atas sofa.

"She is dangers. Dia bukan sahaja menjalankan tugasnya sebagai seorang pengarah kreatif, bahkan lebih dari itu."
Ayatnya dijeda sebelum disambung semula.

"Dia suka buat kerja lebih. Tugas CEO, naib presiden dan tugas-tugasan yang lain pun dia sibuk nak bantu selesaikan."

"Sekarang ni pun. I dapat tahu dari mulut dia sendiri. Dia dilarang masuk pejabat, sebab ibu dia Puan Nadien, tak nak dia masuk campur dalam menyelesaikan masalah yang sedang melanda De'Lux," jelas wanita muda itu panjang lebar.

Qasih Ruziana betul-betul memberi tentangan hebat buatnya. Tanpa Qasih sedari. Ada orang lain yang merasa tercabar dek kerana kebijaksanaan yang dimilikinya.

Wanita 40 an itu tersenyum kelat. Gincu warna merah pekat dibibir, menggambarkan sifat ketaksuban dalam dirinya. Wanita itu sanggup mempertaruhkan apa sahaja demi harta dan kemewahan.

"Tapi Dato'. I yakin, cik Qasih tak akan senang duduk. Lambat atau cepat. Dia mesti akan libatkan diri dalam hal ni. Kalau kita tak sempat selesaikan plan kita sebelum dia buat kemunculan semua. I'm sure, I tak akan selamat lagi dah."

Gemuruh di jiwa sukar dibendung.
Wanita 40 an yang bernama Dato' Rosemah itu mengeluh panjang. Seraya itu ketawa jahatnya pecah bergema diseluruh ruang bilik.

"Qasih Ruziana..." katanya.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now