BAB 51

163 14 1
                                    


Suasana di lapangan terbang agak lenggang ketika ini. Penerbangan ke Beijing dijadualkan akan berlepas pukul lapan pagi. Seawal enam pagi lagi Aiden dan Qasih sudah bergerak ke lapangan terbang memandangkan jarak antara rumah mereka ke lapangan terbang tersebut agak jauh.

"Dah pukul berapa?" tanya Qasih sejurus tiba dihadapan Aiden. Tadi dia sempat membeli air berperisa di kedai yang tersedia. Dia kembali melabuhkan punggung disitu.

"Tujuh," ringkas Aiden. Air dalam tin yang dihulur Qasih, disambut. Tekaknya belum terasa haus, air tin itu diletakkan dikerusi sebelah.

"Air apa tu?" Aiden menyepetkan mata. Dia peka dengan setiap makanan dan minuman yang akan diambil isterinya lebih-lebih lagi ketika sedang mengandung. Air soya dalam tin yang berada di dalam genggaman Qasih diteliti.

"Soya..." jawab Qasih. Ada masalahkah dengan soya? Dia ingat, tadi Aiden tidak membenarkannya membeli minuman ber gas. So, dia belilah air soya. Air soya tin di dalam genggaman Qasih diambil. kemudian jari Aiden bergerak membuka tin tersebut sebelum dihulurkan kembali kepada Qasih.

"Thank you," ucap Qasih lembut. Lantas dia menyuakan air soya tadi ke dalam mulut. Haus sungguh. Gamaknya.

Selang beberapa minit kemudian. Suasana kembali senyap. Tiada kata yang terungkap, tiada bahasa yang terucap. Mereka duduk dipisahkan dengan satu buah bangku. Masing-masing diam melayan perasaan. Aiden meramas-ramas tangannya sesama sendiri sambil sikunya bersandar diatas peha, pandangannya dibuang ke hadapan. Qasih pula hanya memeluk tubuh dek kedinginan. Matanya termenung melihat pemandangan ke luar tingkap. Apa yang dilihat ketika ini tidak ada kaitan dengan apa yang sedang bermain difikiran mereka saat ini.

Empat hari. Sehari pun aku tak pernah kena tinggal, ni kan pulak empat hari. Dalam empat hari tu macam-macam boleh jadi dekat aku kat sini. Dan dalam masa empat hari itu jugak, aku tak tahu apa yang berlaku dengan suami aku dekat sana. Empat hari, kenapa macam empat tahun? Ya Allah... Seriously, aku menyesal tak nak ikut. Bisik hati Qasih. Matanya berkelip-kelip.

Sesekali Qasih mengerling Aiden sekilas. Sesekali juga Aiden menunduk mencuri pandang ke arah Qasih. Masing-masing dilanda gelora jiwa. Sakit menerima kenyataan bahawa mereka akan berjauhan walaupun hanya buat seketika.

Pengumuman demi pengumuman bergema kedengaran. Masa berputar dengan pantasnya. Jarum jam berputar menunjukkan angka jam tujuh dua puluh satu minit pagi. Qasih mengetap bibir melihat angka jam yang terpampang diskrin telefon pintarnya. Why so fast?

Aiden melepas nafas berat. Sejurus itu juga Qasih pantas memeluknya dari sisi. Qasih menyandarkan dahi di bahu kiri suaminya. Aiden terkesima.

"I'm gonna miss you..." luah Qasih. Jelas kedengaran ditelinga Aiden. Aiden bagaikan kehilangan kekuatan untuk berbicara. Entah kenapa mulutnya seakan terkunci dari berkata-kata. Hatinya sebak menahan rasa.

"Awak tak pernah tinggal saya even sehari lepas kita kahwin. Tak tahu kenapa saya macam tak sanggup nak jauh dengan awak... Awak dekat sana selalu call saya tau, saya bosanlah kat sini. Dahlah saya dah tak ada kerja, sunyilah saya awak takda," kata Qasih. Pelukan masih tidak dileraikan. Aiden hanya diam. Bibirnya mengucup ubun-ubun Qasih.

"Listen. Selama saya tak ada ni, kalau ada apa-apa terus call saya. Sakit ke apa ke, call saya. Saya tak nak dengar awak cakap tak nak menyusahkanlah apa semua. Kalau awak sayang saya, apa-apa je terus bagitahu saya. Makan tu banyak-banyak. Saya dah pesan dengan momy tadi, jangan biar awak buat semua kerja rumah. Kalau momy marah-marah ke, terus call saya. Saya tak minta banyak, saya cuma nak awak jujur dengan saya. Saya tak suka bila saya dapat tahu awak sembunyikan sesuatu dari saya. Dengar?" arah Aiden panjang lebar. Qasih hanya mengangguk-angguk dengan kepalanya masih tertunduk di bahu Aiden.

ANTA PERMANATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang