BAM 35

294 28 0
                                    

Perlahan-lahan mata itu dibuka. Dilihat sekeliling bilik. Kosong. Seketika matanya dipejam kembali. Cuba memproses apa yang telah terjadi. Nikah, salam dan. Pengsan. Ya. Kejadian pagi tadi, belum pun sempat tangan si suami disentuh, tubuhnya sudah hilang kesedaran diri.

Qasih cuba bersandar dibahu katil. Pantas keningnya terangkat selepas menangkap sosok lelaki sedang menyandarkan kepalanya ditepi katil. Aiden ke tu?

"Aiden?"
Qasih mengelus lembut bahu suaminya. Tadi disuruh salam bukan main mengelak sampai pengsan. Sekarang ni entah darimana timbul keberaniannya.

"Erhmm..."
Aiden terjaga. Dia mengeliat lalu mengusap kedua belah mata. Masih ngantuk.

"Sorry, saya ganggu awak tidur. Kenapa awak tak balik rumah? Dah malam dah ni," ujar Qasih lembut. Kasihan pula melihat suaminya ketika ini.

"Saya nak tidur sini, dengan awak. Awak macam mana? Saya minta maaf sangat-sangat sebab paksa awak salam saya tadi. Kalau saya tahu saya tak..."

"Bukan pasal tu. Saya pengsan sebab memang saya tengah tak sedap badan tadi. Bukan sebab taknak salam awak."
Laju Qasih memotong. Tidak mahu Aiden salah faham tentang punca dia tidak sedarkan diri.

"Tulah, sepatutnya kitorang tak paksa awak."
Aiden masih dipaut rasa bersalah.

"Sekarang ni saya nak bayar hutang," kata Qasih.

"Hutang? Hutang apa?"

Qasih menghulurkan tangan tanda mahu bersalaman. Pasal salam je pun dia kena berhutang sampai ke tengah malam.

"Oh. Hahaha..."
Aiden tergelak kecil. Eloklah tu, hutang dilangsaikan segera.

"Eh. Asal awak gelak?"

"Tak adalah."

Tangan mereka bersatu dalam genggaman. Qasih menunduk wajah, mencium belakang tangan sang suami. Jujur dia agak menggeletar saat ini. Tapi itu bukan alasan untuk dia mengelak macam pagi tadi.
Wajahnya diangkat. Aiden mengalihkan tangan Qasih dari tangannya.

"Ehemm... Saya cuba. Saya baru belajar ni," ujar Aiden gugup.

"Baru belajar apa?"

"Err... Ni, saya tak hafal bahasa 'arab, melayu jelah ye."
Lagi-lagi Aiden membuatkan Qasih bingung. Baru belajar, bahasa arab? Aiden nak bawa dia cakap bahasa arab ke apa ni.

Aiden mengangkat sebelah tangan kemudian telapak tangan memegang ubun-ubun isterinya, seraya berdoa.

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu, kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan atas dirinya. Dan Aku berlindung kepadaMu, dari kejelekannya dan kejelekan yang Engkau tetapkan atas dirinya."

Doa itu yang sempat dia pelajari dari seorang ustaz yang dijemput menghadiri majlis pernikahannya. Aiden meraup wajah tanda Amiin.

Lidah Qasih kelu. Tindakan Aiden membuatkan dia tergamam.

"Awak. Saya minta maaf sebab awak terpaksa kahwin dengan saya dengan cara macam ni. Kesian dekat awak..."

"Awak tahu tak. Macam ni lagi best. Semuanya serba ringkas dan ikhlas."
Aiden tersenyum manis. Tangan si isteri tidak dilepaskan dari gemggaman.

"Qasih. Saya cintakan awak. Awak tahu? Demi untuk memperisterikan awak, saya belajar dengan seorang ustaz banyak perkara tentang agama. Semua tu saya buat demi meraih hati awak. Tapi saya silap. Belajar agama kena ikhlas semata-mata kerana Allah. Selepas saya cuba untuk ikhlas, saya dapati Allah makin mendekatkan saya dengan awak. Dari situ saya yakin, awaklah jodoh saya."

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now