BAM 24

262 27 0
                                    

"Macam mana Cik Qasih? Ada apa-apa perkembangan ke?" soal Izzah yang berada di samping Qasih.

"Buat masa ni belum ada," jawab Qasih ringkas.

"Cik Qasih tak ada cuba upah mana-mana private investigator?" soal Izzah lagi.

"Ada. Tapi diorang masih belum bagi saya maklumat tentang pembelot tu."
Qasih beriak selamba.

Perasaan Izzah kini bertambah gusar. Dia tidak sabar menunggu lama. Kalau boleh identiti sebenar pembelot tersebut secepatnya dirungkai.

"Kenapa Izzah? Awak nampak risau semacam je saya tengok," kata Qasih.

"Macam ni... Ermm. Tiga hari lepas, ada dua orang perempuan chek in di sebuah hotel. Hotel Amanda. Yang mana saya syaki mereka ni terlibat dalam kes sabotaj syarikat," terang Izzah.

"Amanda Hotel?"
Qasih meminta kepastian.

"Ya... Amanda Hotel. Cubalah Cik Qasih kerahkan Penyiasat upahan Cik Qasih siasat identiti dua wanita tersebut."
Izzah memberi pandangan.

"Hmmm. Yelah. Terima kasih," ringkasnya.

***

Kaca mata rabun dekat milik Qasih, ditanggalkan. Penat seharian bekerja menghadap skrin komputer riba. Qasih bingkas bangkit dari tempat duduk.
Keadaan di sekeliling pejabat diperhatikan. Kosong serta gelap dek kerana lampu yang telah padam.

Jam di pergelangan tangan dilihat. Sembilan lima minit malam. Tak terasa waktu berlalu bila terlalu fokus dengan pekerjaan.

Deringan telefon kedengaran. Qasih tersentak seraya mencapai telefon tersebut lalu melihat nama si pemanggil.

"Black."

"Hello Cik Qasih. Saya dah kenal pasti identiti  satu dari wanita tu," katanya dalam talian.

"Siapa mereka?"
Qasih mengambil perhatian.

"Dia Dato' Rosemah dan seorang lagi tu saya belum dapat sahkan identitinya," ujar Black, seorang penyiasat persendirian.

"Kenapa dengan lagi seorang tu?" tanya Qasih.

"Saya dah siasat macam yang Cik Qasih minta. Betul salah satu daripada mereka, orang Sahora Holdings. Tapi kawannya yang lagi seorang tu tidak ada kaitan pun dengan Sahora Holdings," kata Black.

"Ya... Sebab ini kes skandal Sahora dan De'Lux. Jadi sudah tentu yang seorang lagi merupakan petugas di De'Lux Corporation," tutur Qasih penuh yakin.

"Jadi Cik Qasih nak saya siasat orang-orang De'Lux ke?"
Black bertanya.

"Bukan orang-orang. Hanya seorang sahaja. Nanti saya mesej awak nama, gambar dan tempat tinggal dia. Kerja awak hanya siasat siapa dia selain daripada bekerja dengan saya."

"Baik Cik Qasih."

Sejurus selepas talian dimatikan. Qasih mengeluh nafas berat. Dia yakin dengan jangkaannya. Pasti tepat. Hanya kesahiannya saja belum jelas kelihatan.

***

Di tepi kolam di banglo mewah milik keluarga Saiful. Qasih duduk dengan kedua kakinya dibiarkan dibasahi air kolam.
Jauh fikirannya merawang. Kerlipan bintang di dada langit malam dipandang tanpa perasaan.

"Jauh termenung..." teguran Nadien mematikan lamunan Qasih.

Qasih menoleh sekilas. Kemudian kepalanya kembali mendongak ke dada langit.

"Fikir apa tu. Runsing je Ibu tengok kamu."
Nadien mengambil tempat disisi Qasih.

"Masalah Bu... Masalah yang tak tahu bila nak habis," luah Qasih diikuti satu keluhan panjang.

"Masalah memang tak akan pernah habis. Cuma akan reda, atau berganti. Masalah itu satu kata singkat bagi dua perkataan. Dunia, dan manusia."

Nadien cuba memberi nasihat.
Di pejabat, dia dan Qasih seolah-olah orang luar yang mempunyai jawatan masing-masing untuk digalas. Dirumah pula, dia dan Qasih adalah seorang ibu dan anak yang sentiasa terikat dengan besarnya kasih sayang.

"Masalah memang lumrah bu... Qasih sendiri tak pernah bebas dari itu. Cuma, Qasih tak senang bila ada sejenis masalah yang melibatkan semua orang merasa susah."
Qasih mengangkat kedua kakinya yang sudah basah. Disilangkan kedua kaki tersebut.

"Masalah masalah... Pasal De'Lux ye?" duga Nadien.

"Kalau Qasih tak boleh selesaikan masalah ni dalam masa sebulan. Bukan setakat company yang akan muflis, pekerja-pekerja kita pun akan hilang asbab punca rezeki."
Jelas kelihatan riak resah di wajah suci Qasih.
Perasaan bimbang menerjah mewakili seluruh orang bawahannya.

"Ibu perasan kamu dah mula ambil tindakan. Nenda dah tak banyak bunyi dalam bilik mesyuarat pagi tadi. Sebaliknya hampir setiap pendapat dia serahkan ke kamu. Ada apa-apa ke?" duga Nadien lagi.

"Nenda terlalu polos. Qasih akui kehebatan dan kecekapan nenda dalam mengurus hal ehwal syarikat dengan baik. Tapi nenda tu jenis, yang baik dilayan baik. Yang jahat dibalas jahat." Qasih sayu.

"Maksud kamu?"
Nadien bertaut kening.

"Nenda tak fikir, boleh jadi orang yang selama ni baik di depan, dialah orang yang menikam nenda dari belakang. Pasal krisis syarikat. Qasih syak ada udang di sebalik batu. Dalangnya merupakan orang dalam kita sendiri."

Nadien tergamam mendengar kenyataan Qasih. Udang? Dalang? Kenapa dia tidak pernah terfikir sebelum ini?
Matanya melirik ke arah Qasih. Tangan Qasih digengam.

"Ada pembelot ke dalam Syarikat kita? Ada yang cuba nak sabotaj kita?"
Perasaan risau menulusuri setiap ruang hati Nadien kini.

"Itu yang Qasih yakin sekarang, tapi belum ada kepastian. Sebab itu Qasih minta nenda tak buat apa-apa di luar pengetahuan Qasih. Qasih takut, bila Nenda salah rentak. De'Lux terjunam mendadak."

Dua beranak itu saling berpandangan. Tidak cukup hal pejabat dibincangkan di dalam pejabat. Topik itu juga menjadi pilihan untuk dibawa masuk ke dalam rumah.

----------

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now