BAB 58

182 19 0
                                    


Fokus Doktor Umi melaksanakan tugasnya. Qasih sudah seperti adik sendiri, kesihatan Qasih menjadi keutamaan bukan hanya kerana dirinya seorang doktor tapi juga rasa kasih yang sudah wujud untuk anak ini, tidak berbelah bahagi. Tanpa dipinta pun, jika Qasih dalam keadaan gawat. Dia akan hadir memberi bantuan.

"Qasih..."

Pantas Qasih menyentuh tangan Doktor Umi. Dari matanya yang jelas tidak lagi bersinar, Doktor Umi ditatap lemah.

"Saya kuatkan?" ungkap Qasih. Garau suaranya menandakan dia sangat tidak berdaya.

Doktor Umi bungkam. Sejujurnya dia mau menangis saat ini mengenangkan nasib Qasih tapi dia perlu kuat demi menyalurkan semangat untuk Qasih terus bertahan.

"Ya. Saya tak pernah lagi jumpa perempuan sekuat awak, Qasih. Awak dah macam adik saya. Saya tak nak tengok awak sakit. Jujur, saya nak sangat awak pulih."

"Ada hikmah semua ni sayang. Satu demi satu ujian yang Allah berikan pada awak. Semuanya sebab awak istimewa, Allah sayang awak. Dia tahu awak kuat." Terus menerus motivasi diberikan. Apa lagi yang dia mampu buat untuk Qasih selain memberikan kekuatan. Dia cuba untuk tetap tenang namun akhirnya dia sendiri yang mengalirkan airmata, sedang Qasih terus berusaha tabah.

"Saya akan lalui semua ni. Saya kuat.
Doktor dah berkorban banyak untuk saya dan saya takkan pernah lupakan jasa doktor." Mereka pun saling berpelukan. Kalau ini keputusan Qasih, Doktor Umi tidak ada pilihan selain akur.

***

"Abang dah balik? Dua hari abang dekat rumah momy. Qasih whatsapp susah sangat nak reply. Abang ada masalahkah?" tanya Qasih. Aiden tampak sedang menyusun pakaian ke dalam bag bagasinya. Qasih berkerut kening.

"Abang nak buat apa ni? Nak pergi mana?"

Dah masuk tujuh hari. Qasih perasan sikap Aiden banyak berubah. Dah jarang duduk di rumah, kata Aiden dia banyak kerja dekat office sampai terpaksa tidur tempat kerja. Bila balik rumah pula, dia dah jarang bercakap dengan Qasih.

"Huh... Abang kalau ada masalah dengan Qasih. Cakaplah, Qasih boleh minta maaf. Abang dah lain tau, dah tak macam dulu lagi..."

"Lain apanya? Abang kan dah cakap, abang banyak kerja. Syarikat sekarang ada masalah jadi abang kena fokus untuk hal kerja juga. Qasih pernah lalui semua ni kan? Takkanlah tak faham," lantang Aiden bersuara  sedikit buat isterinya terkilan.

Tiba-tiba rasa pedih diperut menyerang. Qasih mencengkam perutnya sebelum meloloskan diri ke kamar mandi. Bodohnya dia tidak faham keadaan Aiden, sedangkan dia pernah berada disaat sukar seperti dilalui Aiden sekarang. Berdepan dengan situasi saat De Lux hampir lumpuh, tekanan turut mempengaruhi emosinya dikala itu. Sesiapa sahaja yang lalu didepannya seakan mahu dibaham dek tekanan yang dirasakan. Jadi tidak adil untuk dia berpura-pura tidak mengerti keadaan suaminya sekarang.

"Auh." Sesekali dia menyeringai sakit di dalam kamar mandi.

Dari luar. Aiden terduduk dibirai katil. Bag bagasinya digenggam erat. Maafkan abang Qasih. Abang tak boleh berdepan dengan Qasih sekarang. Bisik hatinya. Perbuatan Datin Fatimah yang jelas terlihat olehnya di kamera litar tertutup tempoh hari benar-benar buatnya menanggung rasa bersalah yang teramat. Bukan sahaja marah terhadap momy sendiri tetapi dia turut kecewa dengan Qasih yang sama sekali tidak memberitahunya berkaitan kejadian tersebut. Susah sangatkah bersikap jujur?

Dengan langkah lemah. Qasih menapak keluar dari kamar mandi. "Abang pergi mana?" tanyanya lagi. Tidak ada kekuatan untuk bertekak. Hanya suara lemah yang mampu dituturkan.

"Abang minta maaf sebab tak beritahu. Abang kena bergerak ke Beijing balik, ada urusan mendadak yang abang kena selesaikan."

"Erm... yelah. Abang hati-hati. Bila balik?" tanya Qasih lagi.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now