BAM 38

280 27 5
                                    


Derapan kakinya melangkah tergesa-gesa. Tidak ada secalit senyuman pun terlihat di wajah itu. Dia datang pada hari ini dengan satu matlamat, mahu mengembalikan nama baik De'lux Corporation daripada tercalar selama ini. Dan kini dia sudah pun menyusun strategi tersendiri.

Beberapa orang kakitangan De'Lux Corporation dibawah kelolaan pengarah kreatif mula menyedari kehadirannya. Lantas mereka berdiri hormat dengan anak mata mengiringi langkah Qasih Ruziana.

"Selamat pagi puan."

Ucapan alu-aluan diungkap oleh setiap kakitangan disitu. Terkejut dengan kehadiran tidak diduga dari pengarah kreatif mereka. Terkejut dengan kemunculan Qasih Ruziana yang sepatutnya bercuti panjang berikutan keadaan kesihatannya yang tidak baik seperti yang telah dimaklumkan oleh setiausaha Qasih baru-baru ini.

"Puan? Er... Selamat pagi. Macam mana puan ada dekat sini? Bukan puan baru keluar wad ke?"
Izzah yang baru mendengar khabar tentang kedatangan Qasih, pantas berlari mendapatkan tempat disisi bosnya.

"Saja. Rindu nak buat kerja," jawab Qasih selamba. Diliriknya Izzah sekilas.

Izzah menolak daun pintu yang terpampang nama Qasih Ruziana sebagai pemegang jawatan pengarah kreatif. Mereka berjalan seiringan meloloskan diri kedalam pejabat Qasih.

"Izzah duduk dulu," arah Qasih.

Izzah menurut. Dia melihat Qasih seperti mahu mengambil sesuatu dari dalam bag tangan. Tepat sangkaannya. Sesuatu itu kelihatan seperti kertas.

"Awak apa khabar?" soal Qasih setelah melabuhkan punggung diatas sofa yang tersedia dibilik pejabat itu. Mereka duduk berhadapan.

"Alhamdulillah, saya sihat je. Sepatutnya saya yang tanya puan soalan tu. Puan apa khabar? Puan sepatutnya ambik cuti dulu, puan tak sihat sangat lagi tu..."
Prihatin Izzah terhadap orang atasannya. Qasih tersenyum manis.

"Alhamdulillah. Saya tak datang sini kalau saya tak sihat lagi. Awak jangan bimbang pasal saya, saya okay. Cuma macam tak biasa pulak saya bila awak gelar saya puan."
Qasih tersenyum simpul.

"Eh apa pulak. Puan kan dah kahwin, mana boleh panggil cik lagi. Kan?"

"Yelah. Izzah. Saya ada benda nak hadiahkan dekat awak," tutur Qasih lembut.

Sekeping sampul surat dihulur kepada Izzah. Izzah menyambut huluran tersebut. Wajah Izzah bertanda kurang faham.

"Hadiah? Kena buka ke?" soal Izzah .

"Ya."

Lalu sampul itu dibuka dan isinya ditarik keluar. Kemudian Izzah tergamam. Tiket percutian seminggu ke negara Korea.

"What is this puan?"
Izzah masih dalam kebingungan. Hadiah untuk dia? Sebab apa?

"Like i said. A present, for you. Awak dah banyak berjasa pada saya. Awak dah korbankan tenaga dan masa awak untuk company ni. Awak dah macam separuh tenaga saya. Saya takkan mampu balas jasa awak, jadi saya nak awak anggap ini hadiah tanda terima kasih saya pada awak. Tiket tu untuk dua orang. Kalau awak nak tambah awak bagitahu je saya. Okay?"

Mahu gugur airmata Izzah. Dia memang mengidamkan percutian ke Korea sudah lama, sejak dia jadi peminat fanatik kdrama. Akhirnya... Impiannya tercapai.

"Puan. Semuanya saya buat bukan percuma. Puan bayar gaji saya. Kalau saya kerja lebih masa pun saya akan terima gaji lebih. Semua usaha saya dah terbalas, tak payalah hadiah ni. Saya rasa macam tak layak."
Izzah merendah hati. Sedar akan kebaikan dan kemurahan Qasih Ruziana kepadanya.

"Ish. Tak apa, awak ambik je. Tiket tu untuk lusa. Pergi tau jangan tak pegi. Saya taknak dengar sebarang bantahan dari awak. Apa-apa yang kurang awak bagitahu je saya. Okay?"

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now