BAM 10

407 33 2
                                    


Jangan pandang dia. Jangan pandang Qasih.
Kau tunduk je, habiskan semua makanan ni. Getus hati Qasih

"Awak tak ada makan kat rumah ke?"
Suara Aiden, menambah lagi debaran dihatinya. Bukan tak ada makan. Tapi tekak aku ni terasa nak makan kat luar, itu pun masalah ke. Tak pasal-pasal hilang satu sunnah, berhenti terlebih kenyang.

"Ada. Cuma tiba-tiba mengidam nak makan kat restoran Al Makmur ni," jelas Qasih. Aiden mengangguk faham. Kepalanya rancak mencari idea. Takkan nak tunggu dia habis makan terus balik kot. Sia-sialah masa yang ada ni.

"Saya tak sangka, awak ajak saya keluar malam. Macam tak percaya pula," kata Aiden dengan senyuman tidak lekang dibibir. Situasi diorang sekarang ni agak gugup. Masing-masing berdiam.

"Awak. Saya order ais krim. Awak nak tak?"
Qasih sudah tidak betah berdiam diri.

"Orderlah. Ermm... Tapi awak tak payah bayar tau. Memandangkan awak dah ajak saya keluar malam, jadi upahnya saya belanja awak makan."
Upahlah sangat. Padahal memang niat empunya diri nak belanja Cik Qasih tu makan. Gentlemanlah katakan.

"Okay, kalau macam tu. Awak bayar semua," tutur Qasih selamba. Orang nak bersedekah, halang dosa.

Aiden tersenyum nipis. Unik dan pelik. Sifat Qasih yang tak suka membantah itu buat hati lelakinya semakin tertarik. Sebelum ni bukannya dia tidak pernah berkenalan dengan mana-mana perempuan. Dari zaman sekolah pun dia sudah terbiasa mengajak perempuan untuk keluar makan.

Biasanya perempuan ni kalau baru kenal, lelaki nak belanja makan. Mesti nak mengelak, tak biasalah. Malu, segan. Ayulah katakan. Tapi berbeza dengan Qasih, bila dia nak belanja, jawabnya okay. Bila tak dibelanja, Qasih keluar duit sendiri.
Senanglah nak urus.

"Lepas ni awak nak pergi mana-mana tak?"
Aiden bersuara datar.

"Tak. Kenapa?"
Qasih menjongket kening.

"Jom pergi satu tempat. Tempat tu ramai orang jangan risau. Saya yakin awak mesti suka."
Aiden sudah merancang mahu membawa Qasih ke satu tempat kebiasaannya meluangkan diri dikala bosan melanda.

"Okay."
Sepatah ayat yang keluar dari bibir Qasih. Bersetuju dengan cadangan Aiden. Langsung tidak ada rasa gelisah atau perasaan risau dihatinya saat ini. Dia seakan mempercayai lelaki itu sepenuhnya.

"Awak tak takut dengan saya ke?"
Aiden pula dah naik hairan dengan sifat selamba Qasih.
Dia tak fikir ke, aku boleh je buat benda tak baik dekat dia. Bisik hati Aiden.
Qasih menghadiahkan senyuman semanis madu kepada Aiden.
Aiden terkedu.

"Dan awak pula. Awak yakin ke yang saya tak ada niat jahat dekat awak?"
Soalan itu mematikan senyum Aiden.

Dah... Aku dah agak dah. Perempuan ni sakit dari awal lagi dah. Tengok sekarang.
Serta merta tawa Qasih meletus melihat riak muka Aiden yang berubah selepas mendengar jawapannya tadi.

"Dah kenapa? Nak takut buat apa. Saya bawa kereta sendiri, awak bawa kereta sendiri. Kalau saya takut, saya larilah."

"Ha ah lah. Bijak-bijak."
Tawa mereka terhambur serentak. Bermula dari detik itu hubungan mereka semakin rapat.

***

Maha suci Allah. Qasih mengagumi pemandangan yang terbentang di depan matanya. Kolam buatan dengan keluasan seluas mata memandang. Langit malam yang dihiasi ribuan atau mungkin jutaan kilauan bintang-bintang memukau tatapan matanya.

Betul kata Aiden. Dia sukakan tempat ini dan keadaan di sekeliling juga dipenuhi ramai pengunjung yang hadir.

"Cantik?"
Soalan Aiden dibalas anggukan Qasih.
Belum mahu bersuara, sebaliknya matanya tertumpu sepenuhnya memandang langit malam. Qasih berdiri statik di sebelah Aiden.

ANTA PERMANAKde žijí příběhy. Začni objevovat