BAM 15

335 25 0
                                    

Qasih fokus meneliti kertas laporan yang baru sahaja dihantar ke rumah oleh setiusahanya tadi.

Dia bertambah runsing. Rupa-rupanya syarikat sedang dalam kesusahan. Separuh daripada syarikat penaja telah pun menarik diri dari berurusan dengan De'Lux Corporation, tapi kenapa ibunya langsung tidak memberitahunya mengenai ini. Atau mungkin ibunya merasa bersalah sebab tidak mempercayai kata-katanya sebelum ni.

Qasih berfikir-fikir. Perlukah dia masuk pejabat esok atau patutkah dia menunggu berita ini keluar sendiri dari mulut Nadien. Atau mungkin, ada baiknya jika dia buat-buat tidak tahu. Manalah tahu ibu ada rancangan sendiri. Takpa, nanti kalau ibu betul-betul memerlukan, mesti dia cari aku.

Qasih mengemas kertas laporan tersebut, lalu dimasukkan kedalam laci meja solek.
Kalaulah hari ini dia berada di pejabat, dengan keadaan kritikal yang dialami syarikat. Mesti jadualnya teramat sibuk.

Telefonnya tiba-tiba berdering minta diangkat.
Nama pemanggil dilihat lalu panggilan dijawab.

"Wa'alaikumussalam. Ada apa Izzah?"
Qasih diam sejenak, memberi ruang untuk setiusahanya berkata.

"Cik. Cik Laila Mikaila binti Hakim, telah menghantar surat berhenti kerja 24 jam kepada saya. Dia minta saya serahkan kepada cik Qasih. Sebenarnya , dia dah lama tunggu cik Qasih masuk office tapi cik Qasih tak datang sampai sekarang," beritahu Izzah dengan nada tergesa-gesa.

"Berhenti kerja? Eh, Laila dah enam tahun kerja dengan kita. Apa punca dia nak letak jawatan?" Qasih tidak senang hati.
Laila antara orang kepercayaannya, yang sudah lama menabur bakti kepada syarikat.

"Mak dia tenat dekat kampung, lagi satu dia kena suruh kahwin cepat dengan tunang dia tu sebelum apa-apa jadi dekat mak dia. Selebihnya saya tak tahu. Itu je yang Laila share dekat saya."

"Sekarang ni cik. Jawatan tu kita tak boleh biarkan kosong. Cik Qasih tahukan macam mana keadaan syarikat sekarang, masing-masing sibuk menjalankan tugas demi menstabilkan kedudukan De'lux," jujur Izzah yang masih dalam talian.

"Takpalah. Macam ni, awak uruskan hal perletakan jawatan tu. Ermm, saya tak tahu lagi macam mana nak fikir. Apa-apa yang awak rasa awak perlu buat, awak buat. Saya akan hubungi awak secepatnya," kata Qasih tergagap-gagap.

Buntu memikirkan keadaan syarikat. Dia merasa seolah-olah pentingkan diri sendiri. Orang lain di pejabat sedang berperang sesama sendiri, dia boleh pula goyang kaki dekat rumah. Allah. Serabut sangat sekarang ni.

Kepalanya berdenyut-denyut. Degupan nadinya bergerak laju. Qasih memejam mata dengan erat. Ubat-ubatan didalam bag tangan lantas dicapai, dibuka. Kemudian disuakan kedalam mulut. Air digelas yang sedia ada diatas meja diteguk dengan kasar.

"I'm very tried..." ucapnya lemah.

***

"Hai," tegur satu suara kepada Syahira.

"Hai, Encik Bahar. Ada apa?" soal Syahira mesra. Pintu lif sudah terbuka.
Syahira dan Bahar sama-sama melangkah masuk ke dalam lif tersebut.

"Apa khabar? Macam mana okay tak kerja dekat sini?" soal Bahar pula. Mereka masing-masing memandang tepat ke arah pintu lif yang tertutup rapat. Syahira menoleh sekilas memandang Bahar.

"Okay. Semuanya okay." jawabnya ringkas.

"Kalau ada apa-apa yang tak kena, atau awak perlukan pertolongan. Awak cakap je dekat saya. Okay?" ujar Bahar. Mahu memancing hati Syahira.
Entah sejak bila hatinya mula dipaut suka terhadap perempuan itu.

"Baiklah Encik. Terima kasih," ucap Syahira, seraya melemparkan senyuman manis. Kakinya kemudian menapak ke luar pintu lif setelah sampai ke tingkat paling bawah.

Cepat-cepat Bahar mengatur langkah menjejaki Syahira. Syahira pula mula berasa kurang selesa dengan sikap aneh lelaki itu.
Syahira semakin laju melangkah, ingin melepaskan diri dari berada disisi Bahar. Ikutkan hati nak saja dia lari ,tapi nanti pelik pula orang tengok.

"Awak nak kemana ni?" Bahar masih dengan soalan-soalannya. Semakin laju langkah Syahira, semakin pantas juga gerakannya.

"Err... Nak pergi ke suatu tempat," tutur Syahira tergagap-gagap.

"Tempat? Dimana dan untuk apa?"
Dah kenapa pula Bahar menyoal dia macam-macam. Seram tahu tak. Tak selesa!

"Adalah. Atas urusan kerja. Saya rasa kalau awak nak tahu lebih, awak boleh tanya terus dekat Encik Aiden sebab dia Bos saya."
Sengaja perkataan bos ditekan.

"Kalau saya kena jelaskan dekat awak, maybe esok pun saya kena jelaskan lagi, sebab dah tugas saya macam ni," terang Syahira. Kena ke dia bagitahu Bahar yang dia diarahkan menghantar cek kepada ketua sebuah pusat tahfiz. Esok-esok dia disuruh bank in duit kemana-mana akaun bank, pun kena bagitahu juga? Tak masuk akal.

"Salahkah awak bagitahu saya sendiri?"
Bahar mempersoalkan cara Syahira melayannya. Dia bukannya hengen sangat nak tahu aktiviti kerja Syahira. Tapi, saja nak cari alasan untuk dekat dengan perempuan itu.

"Lagipun, Aiden yang suruh saya awasi awak. Awakkan baru lagi..." bohong Bahar.

"Awasi saya?"
Bahar mengangguk.

"Saya nak pergi hantar cek ke sebuah pusat tahfiz, untuk sumbangan," jelas Syahira. Nak awasi konon. Dia bukannya bodoh, tak perasan. Sejak pagi tadi lelaki itu sibuk ketuk pintu bilik pejabatnya, tanya macam-macam pasal kerja. Hello... Dia dah matang, tahu sangat taktik basi lelaki itu.

"Kalau macam itu, saya hantar awak," pelawa Bahar. Dalam kereta nanti, senanglah dia nak berbual panjang dengan Syahira.

Syahira menghentikan langkahnya. Kini mereka berdua berada berhampiran tempat letak kereta. Syahira mengangkat muka memandang wajah Bahar. Tajam matanya menusuk anak mata lelaki itu.
Tipulah Aiden yang hantar Bahar untuk awasi dia, sedangkan Aiden sendiri dah menyerahkan tugas ini bulat-bulat kepadanya.

Mata Syahira yang masih tertumpu kepadanya, menimbulkan rasa gelisah dihati.
Bahar berdehem kecil. Tubuh sengaja digerak-gerakkan mahu menghilangkan rasa kaku yang mendatang.

"Errh... Saya lupa. Saya ada kerja lain nak kena settle. Sorry, awak pergi jelah seorang diri."
Sebelum Syahira membuka mulut dan mengeluarkan kata-kata yang mungkin menjatuhkan harga dirinya. Lebih baik dia yang mulakan dulu.

"Good."
Sepatah kata terpacul keluar dari bibir Syahira.
Lantas dia menuju ke sebuah kereta lalu meloloskan diri kedalam. Enjin dihidupkan sebelum kereta dipandu memecah jalan.
Bahar masih disitu. Kaku.

-------

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now