BAM 26

284 25 0
                                    

"Okay. Why not, both of you alihkan dulu tumpuan ke skrin laptop. Entah berapa kali rakaman tu berulang-ulang," sindir Black. Kenapa? Kagum sangat dah dengan dia dua orang manusia ni agaknya. Sampai lupa agenda pertemuan.

Serta merta Qasih mengalih perhatian ke skrin komputer riba. Sepantas kilat hal Black tadi dilupakan. Video dua orang wanita berjalan seiringan dipandang. Qasih menyepetkan mata.

"Dato' Rosemah with a young woman. Sudah saya kenal pasti semuanya. Perempuan di sebelah itu langsung tidak berhubung kait dengan mana-mana syarikat. De'Lux mahupun Sahora," jelas Black.

"Saya suruh awak siasat nama yang saya bagi itu saja kan. Hentikan yang ini."
Intonasi Qasih meninggi sedikit. Pantang arahannya dilawan.

"Saya tahu Cik Qasih. Itu yang membawa saya kepada rakaman ni," ujar Black. Aiden kini hanya menjadi pemerhati dan pendengar setia.

"Straight to the point."
Qasih menekan setiap patah perkataan.

"Tepat jangkaan yang Cik Qasih buat. Dalang di sebalik semua ni adalah dia dan Dato' Rosemah sendiri. Actually, kes ni memang kecil tapi antara yang tersulit saya pernah handle."
Black berpeluk tubuh. Dari berdiri, dia melabuhkan punggung ke atas sofa yang tersedia.

"Saya termanipulasi jugak sebenarnya," kata Black sambil mengusap dagunya.

Qasih pantas bangkit dari duduk. Senyuman penuh makna di ukir dibibir. Dia memberi tepukan kecil yang tidak pasti ditujukan kepada siapa. Sejurus itu juga senyumannya mati. Seraya berkata.

"Saya dah agak dah... Dia ingat dia sudah cukup kenal saya. Tapi sayang, dia silap."

Qasih kini, tidak tahu mahu lega atau risau. Yang pasti selepas ini dia harus lebih berhati-hati.

"Awak ada bukti ke? Saya akan bawa kes ni ke depan, demi keadilan dan nama baik syarikat," tegas Qasih.

"Of course. My job, must have a proof. Saya akan berikan pendrive dan beberapa keping kertas penting kepada Cik Qasih. Itu semua saya sudah ringkaskan menjadi satu bahan bukti yang sangat kukuh. Dan kalau bahan bukti itu hilang, dirampas atau lain-lain sebab. Saya ada salinannya. Enough?"

Aiden dan Qasih saling bertaut pandangan. Peka, cepat dan cekap. Black memang seorang penyiasat yang hebat. Kemahirannya dalam bidang ini tidak dapat mereka sangkal lagi.

"Okay," ucap Qasih.

"Ada apa-apa misi lain?"
Black meminta kepastian sebelum pergi meninggalkan negara Malaysia.

"For this case, you're job is done. But for next time, i hope you always get ready.  So, upah awak macam mana?" soal Qasih.

"Esok. Bank in terus ke akaun bank saya sebelum pukul dua belas malam. Kalau gagal... But, i know you're not lying me."

***

"Saya tak rasa kita larat lagi berjalan kaki sampai dua kilo meter. Naik grab jom."
Qasih sedikit termengah-mengah.

Usai perbincangan dengan Black tadi ditamatkan. Qasih dan Aiden bergerak meninggalkan bangunan hotel.

"Boleh juga. Tapi sebelum tu, kita masuk mall tu dulu. Saya nak pergi toilet jap," kata Aiden. Jari telunjuknya menuding ke arah sebuah pusat membeli belah.

"Okay."
Qasih mengiyakan.

"Saya tunggu dekat Popular?" cadang Qasih. Sambil menunggu, boleh beli buku.

Kedai buku sememangnya menjadi tempat kegemaran Qasih untuk dikunjungi bila ada peluang untuk keluar. Membaca buku ilmiah juga antara hobinya sejak dari kecil lagi.

ANTA PERMANAUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum