BAM 44

234 20 0
                                    

"Assalamu'alaikum, momy?"
Sesampainya dirumah. Qasih mendapati rumah tidak berpenghuni. Kemana momy agaknya.
Nombor Datin Fatimah dicari mahu dihubungi.

Belum sempat nombor di dial. Satu pesanan whatsapp masuk.

Momy:
Momy keluar dengan daddy. Tak sure jam berapa balik. Take care dear.

Hurm... Seorang dirilah dia dirumah jawabnya. Aiden pun entah kemana. Dari tadi call tak berjawab.

Izzah:
Fine. Saya terima syaratnya.

Satu lagi pesanan whatsapp dari Izzah diterima. Finally mengalah juga Izzah ni. Ingatkan lebih memilih jadi penghuni disebalik jeriji besi.

Qasih mengatur langkah menuju ke tingkat atas. Bilik tidur dituju. Qasih bergegas mahu membersihkan diri. Keluar sahaja dari kamar mandi, usai mengenakan pakaian dia terus menyarung kain telekung ditubuh. Hari ini dia tak boleh solat tapi saja nak luangkan masa berzikir dengan pakaian macam ini. Lebih kemas dan selesa rasanya.

Sedang dia khusyuk dengan zikirnya. Tanpa disedari Qasih terlelap atas sejadah. Lelah seharian bekerja.

Mimpi ngeri kembali menghantui lena.

"Lepasslah. Lepas!"

Tubuh Qasih dicampak keatas tanah. Faizal mengunci kedudukan Qasih dengan duduk mengangkangi tubuh budak itu. Qasih sudah hampir hilang suara. Jeritannya tidak menjemput sesiapapun untuk datang memberi bantuan. Setiap kali dia cuba untuk lari, tindakannya gagal. Dia budak. Dia tidak kuat. Tapi dia tidak putus semangat untuk cuba lari dari menjadi mangsa rogol syaitan bertopengkan manusia itu.

"Tolonglah lepas..." rayu Qasih dalam tangisan.

Tiba-tiba Qasih terjaga dari tidur. Peluh dingin membasahi disegenap wajah. Tangannya menggeletar kuat. Simtom awal sebelum ia diserang penyakit PTSD adalah seperti sekarang. Mimpi ngeri, menggeletar dan mula hilang kesedaran diri.

Qasih memeluk lutut. Tanpa dipinta wajah Morgan terbayang bayang dimatanya. Seakan akan tubuh lelaki itu perlahan lahan melangkah mendekatinya.

"Jangan dekat!" jerit Qasih.

Dia bingkas berdiri mahu melarikan diri dari lelaki tadi. Kamar mandi dituju. Pili air hujan dipusing. Qasih merebahkan diri di lantai kamar mandi. Sepantas kilat tubuhnya sudah basah kuyup. Kain telekung yang masih belum ditanggalkan turut sama kebasahan.

"Tolong Qasih!"
Sayup-sayup jeritan kedengaran.

Dia mula sedar yang dia diganggu halusinasi sendiri. Segala yang diimaginasikan hanyalah kisah silam yang tak mungkin akan kembali. Tapi apalah dayanya. Dia tetap kalah dengan kelemahan dan kesakitan. Dia harapkan dakapan seorang ibu. Ibu yang selalu menenangkan dirinya takkala dia ditimpa kesakitan. Wajah Aiden sama sekali tidak terlintas difikiran. Yang dia mahukan cuma ibu.

"Ibu..." tangisnya sendiri.

Hampir dua jam, Qasih menenangkan dirinya disitu. Itu yang dia selalu lakukan bila diganggu mimpi ngeri. Kalaulah ibu ada, mesti ibu dah peluk Qasih. Qasih rindukan ibu, Qasih nak balik dekat ibu. Qasih tak nak semuanya, Qasih cuma nak ibu.

***

Aiden memarkir keretanya di garaj.
Sebelum masuk kedalam rumah, dia meluangkan sedikit masa untuk berehat di dalam kereta. Dia sudah tidak tahu hendak berkata apa. Yang jelas pemandangan tengahari tadi cukup menusuk bukan sahaja matanya sekaligus hatinya. Kecewa.

Tadi. Dari luar Restoran Al Makmur. Mata Aiden menangkap kelibat isterinya sedang berbual dengan lelaki lain yang tidak dia kenali. Selangkah dia mau menghampiri, selangkah lagi langkahnya serta merta terkunci.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now