BAM 39

255 25 0
                                    


"Produk kita yang kita tarik balik pengeluarannya, atas sebab dituduh meniru reka bentuk produk syarikat lain. Saya nak dengar pendapat kamu semua mengenai masalah ini. Ada sesiapa nak suarakan pandangan?" kata Dato' Sri Luxiana.

Mesyuarat tergempar buat masa ini berjalan dengan lancar. Semua yang diwajibkan hadir juga memberi kerjasama dengan baik.

"Bila kita perhatikan, ianya berlaku pada De'lux dua kali berturut-turut. Masalah ini pada pandangan saya, berlaku kerana disengajakan. Disengajakan oleh siapa atau sebab apa, itu saya tidak pasti. Tapi memang agak mustahil ianya berlaku dua kali. Dengan syarikat yang sama."
Pendapat daripada ketua pegawai pemasaran.

"Saya setuju. Ada sesuatu yang tidak kena melalui pemerhatian saya, bila laporan meniru reka bentuk produk itu dibuat tidak kurang 24 jam selepas kita melancarkan produk. Nampak sangat keganjilan disitu."
Disokong oleh pembantu kewangan.

"Dan sehari sebelum pelancaran produk kita yang seterusnya diadakan, mereka mengadakan pelancaran produk bag tangan mereka dulu. Ianya hanya berbeza sehari. Mungkin mereka tahu?"
Lagi daripada cik Maliza pereka fesyen bag tangan De'lux.

Qasih menumpukan sepenuh perhatian mendengar setiap pandangan yang diberikan. Rata rata menyuarakan pendapat yang sama.

"Jadi anda semua bersatu hati, mengatakan bahawa masalah ini berlaku kerana disengajakan? Atau lebih tepat lagi, ada pembelot dalam syarikat?" kata Dato' Sri Luxiana.

Betul Dato'

Ya

Ya Dato'

Ya

Semuanya sepakat mengatakan iya. Jelaslah bahawa tidak ada yang percaya ianya berlaku secara kebetulan atau berdasarkan kesilapan mereka sendiri dalam menjaga hak penciptaan produk.

"Qasih? Want to say anything?"
Dato' Sri Luxiana membiarkan Qasih mengambil alih sepertimana yang telah mereka rancang. Nadien pula hanya diam melihat apakah tindakan yang diambil.

"Disini saya nak memberitahu kepada anda semua, apa yang kita semua sangkakan adalah tepat dan betul. Memang betul ada pembelot dalam syarikat yang bersubahat dengan syarikat luar untuk menjatuhkan nama baik De'lux Corporation," jelas Qasih.

Orang ramai mula berpandangan satu sama lain. Suasana dalam bilik mesyuarat sudah sedikit heboh dengan kenyataan yang dibuat oleh Qasih Ruziana.

"Dan kami pun sudah mengenal pasti siapa dalangnya dan sudah mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa orang tersebut," jelas Qasih lagi.

"Siapa puan? Kami minta Dato' ambil tindakan yang sewajarnya. Bawa kes ni ke mahkamah."
Pinta semua yang ada disitu.

"Sabar semua, bawa bertenang. Memang kami akan ambil tindakan. Siapa orangnya, biarlah kami dedahkan nanti. Cuma satu saya nak bagitahu dengan semua yang bekerja di syarikat De'lux Corporation. Lepas ni jika saya dapati sesiapa sahaja yang buat kerja membelot syarikat. Kami akan pastikan, anda dikenakan tindakan yang berat. Anda semua faham?"

"Faham puan," jawab semua ahli jawatan kuasa syarikat secara serentak.

"Bagus."

***

"Boleh saya berjumpa dengan puan Qasih?" tanya seorang wanita.

"Cik ni siapa? Ada buat appoiment ke?"

"Errmm... Saya, saya. Takpelah. Terima kasih."
Niatnya untuk berjumpa dengan Qasih dibatalkan. Dia kembali menapak ke luar syarikat.

Sebenarnya. Sejak hari itu. Sesampainya dirumah selepas balik dari sekolah , dia sudah tidak nampak lagi kelibat kakak tirinya. Dia berjalan berkeliaran didalam, luar dan sekeliling halaman rumah. Tetap bayang bayang Qasih tidak kelihatan.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now