BAM 22

316 18 0
                                    

"Assalamu'alaikum dan selamat pagi semua. Kenalkan, ini Miya, yang akan menggantikan menggantikan tempat cik Laila Mikail."
Izzah Maisarah tersenyum manis.

"Wa'alaikumussalam. Waahh... Ada kawan barulah kita..." kata Zamani.

Izzah menambah senyuman manis. Manakala Miya yang berada disampingnya pula sedang tersenyum simpul.

"Miya. Jangan segan-segan tahu bertanya tentang apa-apa yang awak tak tahu dekat diorang. Diorang semua ni ramah mesra orangnya," tutur Izzah lembut.

Disitu ada sepasang mata sedang merenung dalam kearah Miya. Jantungnya berdegup kencang setelah melihat Miya. Seperti ada sesuatu rasa yang menyuntik hati lelakinya. Azam bungkam.

"Terima kasih semua. Saya harap korang boleh bantu saya mana yang patut. Maklumlah, ini first time saya bekerja."
Miya berbudi bahasa.

"Dont you worry worry. Kami semua senang hati nak bantu awak. Meh sini, kita kenal-kenal."
Mahmud menyapa mesra.

Situasi dalam pejabat amat ceria hari ini dengan kehadiran kakitangan baru, Miya Binti Mohamed Adnan.  Semua petugas dibawah kelolaan Pengarah Kreatif rata-ratanya bersifat riang dan mudah mesra. Sikap cepat akrab yang dimiliki mereka memudahkan urusan kerja dibuat. Ini kerana, mereka memang sudah sekepala.

"Cik Izzah. Cik Izzah pergilah sambung kerja. Biar Miya kami yang jaga."
Zamani bermanis muka. Pantang nampak perempuan cantik, mesti nak di usya.

"Azam. Asal kau hari ini diam seribu bahasa eh? Kau sakitkah?" tanya Kaisara yang baru perasan dengan perubahan pada diri Azam.

"Aku, ni... Sakit kepala. Ermm, hai Miya. Selamat berkenalan."
Azam bersuara. Miya yang berada di meja sebelah dikerling sekilas.

"Hai," sahut Miya.

"Lah yeke... Patutlah kau lemah semacam. Tapi awal tadi elok je kau aku tengok," sampuk Zamani.

Sejak kehadiran Miya. Perubahan berlaku dalam diri Azam. Perasaan gugup dan malu menerpa dirinya. Entah kenapa dia tidak berani bereaksi seperti biasa didepan gadis ini. Inikah namanya jatuh cinta pandang pertama?

"Tak apalah. Takyahlah kacau dia. Dia tak sihat," ujar Kaisara. Kaisara yang paling tua dikalangan rakan sepasukannya.

Mereka yang lain mula mengepung Miya. Macam-macam soalan diajukan, buat Miya garu kepala.

"Saya suka lah tengok rambut awak. Pendek, halus, lebat dan rapi. Awak pakai produk apa eh?"

"Awak. Awak cantiklah , awak pakai lanse ke tu? Asal mata awak nampak macam biru.?

"Miya. Awak baru habis belajar ke? Asal awak cakap awak first time masuk kerja tadi?"

"Umur awak berapa?"

"Jom kita pegi lunch sesama nanti. Korang semua joinlah sekali. Kita Celebrate kedatangan Miya."

Bermacam-macam soalan dilemparkan kepada Miya. Naik pening juga kepalanya melayan karenah rakan sekerja bahuranya disini.

"Apa kecoh-kecoh ni?"
Suara itu mengejutkan mereka, lalu dengan pantas mereka berdiri tegak.

"Er... Cik Qasih. Beb, bila sampai?" soal Zamani gugup.

"Dah lama. Berkali-kali juga saya panggil nama korang satu persatu tapi korang tak dengar. Seronok sangat terima orang baharu," sindir Qasih.

Qasih buat muka garang. Saja je nak mengenakan pekerja-pekerjanya. Mahu tak kecut perut diorang. Tak pernah-pernah tunjuk gelagat kanak-kanak riang depan Pengarah Kreatif.

"Sambung kerja," arahnya.

Izzah Maisarah yang berada disebelah Qasih. Tersenyum nipis. Tahu dia perangai bosnya yang suka kenakan pekerja-pekerjanya.

"Cik. Ada benda yang saya nak beritahu dengan Cik Qasih," kata Izzah.

"Cakap dalam pejabat saya."

Mereka sama-sama melangkah masuk ke bilik pejabat.

***

"Duduklah," pelawa Qasih.
Mereka kemudiannya serentak melabuhkan punggung di atas sofa yang tersedia.

"Pasal apa tu? Dari air muka awak nampak serius sangat?" tanya Qasih.

Izzah mengangguk sebelum mengangkat bicara.

"Pasal Company. Actually tentang masalah yang sedang melanda Syarikat."
Izzah masih teragak-agak untuk membuka mulut. Ragu-ragu jikalau sangkaan yang dibuatnya tidak diterima.

"Yaa... Kenapa dengan itu?" soal Qasih lagi.

"Dalam pengiraan saya, saya dapat rasakan. Yang ada sesuatu tak kena sedang berlaku dalam Syarikat. I mean, semua benda yang jadi ni di rancang," jelas Izzah, masih belum menjelaskan hal sebenarnya.

"Pembelot maksud awak? Yakin ke?" kata Qasih.

"Saya tak pasti tapi itu pada firasat saya secara pribadi. Yakin, ya. Tapi kita tak tahu lagi kesahihannya."

"Saya pun rasa apa yang awak rasa. Jadi, awak ada syak siapa-siapa?"
Qasih bernada serius.

"Saya belum boleh syak sesiapa, sebab sukar bagi saya meneka. Cuma pada pandangan saya, benda yang jadi ni tak logik di akal. Mustahil design produk kita boleh sama dengan design Sahora dua kali berturut-turut. For me, imposible cik."

Izzah meluahkan segala perasaan was was yang sudah lama terbuku dihati. Dia tidak mempercayai sesiapa untuk berkongsi cerita selain daripada Pengarah Kreatif sendiri. Baginya setiap kakitangan Syarikat. Wajib diragui, tidak terkecuali dirinya.

"Memandangkan awak pun rasa benda yang sama, saya akan siasat kes ni. Awak boleh buat kerja awak macam biasa. Terima kasih," tutur Qasih.

Izzah mengangguk seraya itu dia menghela nafas lega. Dia meminta diri lalu melangkah keluar dari bilik pejabat.

Di dalam bilik pejabat. Qasih termangu sendirian. Mulai dari hari, dia wajib meragui dan mengesyaki setiap kakitangan Syarikat. Ini semua demi menyelamatkan semula kedudukan Syarikat yang sedang diambang kejatuhan.

------------------

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now