BAM 2

603 57 4
                                    

"Qasih, time to Breakfirst," seru Puan Nadien.
Qasih tersenyum. Dia menjamah sarapan pagi bersama ayah dan ibunya.

"So macam mana kerja, Qasih?"
soal Saiful pada anaknya.

"Alhamdulillah, okay," jawab Qasih ringkas. Kedua orang tuanya mengangguk tanda faham.

Sifat pendiam Qasih sudah lali dalam keluarga mereka. Kadang-kadang dalam sehari sepatah kata pun tidak keluar dari bibir Qasih. Entahlah, dibiarkan saja anak perempuan mereka itu, mungkin sifatnya sejak azali lagi sudah begitu.

***

Dibawah pondok stesen bas, dia duduk teremenung sendirian.
Tudung bawal berwarna merah dikenakan bersama baju kurung putih bercorak bunga-bungaan kecil merah jambu, sangat sepadan dipakai ditubuh genit Qasih Ruziana.

Nirmala datang membawa rotan. Dari jauh, dia melihat Qasih yang tidak sedar akan kehadirannya. Pang! Pipi Qasih ditampar dasyat.

"Mak, kenapa mak?"
Terhinjut bahu Qasih, terkejut sambil menahan sakit.

"Kau ikut aku, balik sekarang!"
Qasih bangkit dari duduknya. Lantas kakinya diatur laju untuk pulang kerumah, sesekali dia menjerit kesakitan apabila rotan sampai ke bawah peha.
Lehernya dicekik kasar. Merah mata Nirmala menusuk kedalam anak mata Qasih.

"Lepas mak, le,pass," rayu Qasih tersekat sekat. Dia tidak tahu salah apa lagi yang dia buat sehingga mendatangkan kemarahan ibunya.

Cengkaman dileher dilepaskan, kaki kasi digari dari tiang bawah katil. Bertubi-tubi pukulan diberikan, Qasih mula hilang suara. Dia bernafas lemah, darah merah pekat mengalir dari segenap tubuhnya yang terluka akibat pukulan dasyat yang diterima. Dari kecik sampailah kini usianya 12 tahun, tidak ada sehari dalam hidupnya tanpa didera.

"Kau malukan aku kau tahu tak? Orang kampung mengata yang kau menggatal dengan anak ketua kampung. Diorang cakap yang kau sanggup jual diri kau dengan si Faizal tu semata-mata untuk duit. Apa yang kau nak sebenarnya Qasih, tak cukupkah Ayah kau penggatal, sekarang kau nak warisi sikap dia jugak ? Kau betul-betul anak tak ada harga diri Qasih!!"
Kata-kata kesat itu dilontarkan serentak bersama pukulan rotan bertali arus kedengaran. Qasih terkedu mendengar kenyataan Nirmala.

Itu semua fitnah, yang sebetulnya Faizal yang cuba rogol Qasih semasa Qasih dalam perjalanan pulang dari mejual sayur kemarin, tapi Qasih sempat menghumban kepalanya dengan batu sehingga menyebabkan pendarahan kecil di dahi Faizal. Mungkin sebab dendamnya pada Qasih, dia menyebarkan fitnah besar tentang Qasih kepada penduduk-penduduk kampung.

"Qasih tak buat."
Qasih cuba membela diri walaupun dia tahu pembelaannya tetap akan ditolak.

"Kau diam!!"
Amarah Nirmala sudah tidak dapat dibendung lagi, siksaan demi siksaan diberikan kepada Qasih, langsung tidak ada rasa simpati.

Qasih meracau lagi. Habis selimut dan bantal bersepah dibuatnya. Dalam keadaan tidak sedarkan diri dia menangis menggeletar.

Qasih memandang sekeliling bilik tidur. Kemas dan tenang, hanya keadaan atas katilnya sahaja yang tidak terurus. Jam yang terletak di atas meja di sisi katil dikerling sekilas, pukul dua pagi. Untuk kesekian kalinya, kejadian sembilan tahun yang lalu sentiasa menganggu tidurnya.

Qasih duduk berpeluk lutut, ditelinganya jelas kedengaran suara Nirmala yang memanggil.

"Qasih, aku benci kau!"
Qasih menggeletar, dia mula hilang waras, matanya memerhati setiap sudut bilik.

Tiba-tiba dia menjerit.

"Ibu!!"

Dia meloloskan diri ke dalam bilik mandi yang terletak didalam biliknya. Paip air terjun dipulas, dengan pantas bajunya sudah basah kuyup, Qasih mencakar wajahnya sendiri.

"Ibu! Mak!" jerit Qasih.

Nadien serta merta terjaga. Jeritan Qasih cukup kuat kedengaran. Dia sudah dapat mengagak apa yang berlaku, ini kerana bukan pertama kali Qasih menyeru namanya setiap kali mengigau sampai hilang kawalan.

Bilik Qasih dituju. Langkah Nadien sudah tidak teratur. Laju dia mendapatkan Qasih.
Qasih yang kelihatan sugul, laju dibawa kedalam dakapan.

Wajah Qasih diusap lembut. Usai air hujan dimatikan. Qasih dipapah keluar dari dalam bilik mandi untuk ditenangkan. Qasih menangis. Sungguh dia bersyukur sudah terlepas dari siksaan 12 tahun yang lalu. Tetapi kenangan, kesan luka dan kesakitan sering membuatkan dia trauma dan terbawa-bawa kedalam mimpi.

"Qasih mengigau lagi, ibu kan dah cakap banyak kali kalau mengigau terus dapatkan ibu, jangan terus buat tindakan yang bukan-bukan."

Mendayu-dayu suara Nadien memujuk anak tirinya. Berkali kali dia memberi nasihat kepada anak tirinya itu supaya sentiasa bertenang bila tersedar dari mimpi buruk tapi tetap jugak Qasih hilang kawalan seperti orang terkena histeria.

"Kenapa ibu tak jahat?"
Soalan itu buat Nadien terkedu. Lantas Nadien tersenyum nipis. Kepala Qasih diusap seakan tidak mahu berhenti.

"Dulu ibu pernah buat kesilapan dengan merampas ayah dari ibu kandung Qasih. Mungkin sebab dosa tu Allah tak kurniakan ibu dan ayah zuriat sendiri. Selepas bertahun-tahun ibu sedar, yang ibu tak sepatutnya buat mak Qasih macam tu tapi nak menyesal pun dah tak berguna. Mungkin Allah cuma nak ibu bertaubat untuk membetulkan kesalahan ibu. Selepas bertahun-tahun kami sunyi, Allah hantar Qasih kepada kami. Qasih adalah anugerah terindah yang Allah utuskan buat ayah dan ibu dan kami sama sama berjanji untuk menjaga Qasih dan menyayangi Qasih macam anak kandung ibu sendiri. Ibu tak jahat sebab kejahatan hanya membuahkan kerugian, dan ibu pernah rasakan itu," terang Nadien panjang lebar.

Mendengar penjelasan dari Nadien, membuatkan Qasih menarik nafas lega. Bolehkah sekiranya ketika ini, dia mahu membuat pengakuan bahawa ibu tiri lebih baik dari ibu kandung sendiri.

"Kalaulah Qasih boleh meminta. Dan kalaulah permintaan Qasih boleh diterima. Qasih akan meminta untuk dilahirkan dari rahim ibu. Qasih akan minta untuk hidup sebagai darah daging ibu," luah Qasih syahdu.

"Istighfar sayang... Ada hikmah Allah tentukan jalan hidup kita begini. Kalau ibu pun boleh meminta. Ibu akan minta benda yang sama. Tapi ini takdir kita. Qasih, dan ibu. Mesti redha."

Kasih sayang Nadien terhadap Qasih, tidak pernah berbelah bahagi. Sungguh dia ikhlas menyayangi anak gadis itu setulus hati. Andai saja ada jalan untuk dia menyatukan darahnya dengan Qasih agar tidak ada jurang pemisah antara mereka. Pasti, dia akan lakukan.

Ada satu hal yang paling dia takutkan. Satu hal yang sangat dia risaukan. Dan satu hal yang tidak pernah dia berhenti doakan agar hal itu tidak pernah berlaku. Adalah... Dia tidak mahu ada satu hari dimana, Nirmala akan muncul semula untuk merampas anak kandungnya.

Tiba-tiba suara Qasih memecah sunyi.

"Apa pun yang berlaku. Qasih akan tetap jadi anak ibu. Walaupun nanti mak nak ambik Qasih. Qasih tetap pertahankan ibu sebagai ibu Qasih."
Nadien tergamam.

"Lagipun Qasih dah besar dan ada hak. Dah lebih 18 tahun. Qasih tahu dan Qasih nampak, siapa yang bersusah payah merawat Qasih. Dan siapa yang bersusah payah mendera Qasih."

----------

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now