BAM 14

340 26 0
                                    

"Okay Syahira, ni pejabat awak." Aiden mengiringi langkah Syahira ke bilik pejabat yang akan Syahira tempati selaku penyandang jawatan pembantu kewangan.

Syahira tersenyum manis. Akhirnya, dapat juga dia diterima kerja. Lepas ni tak adalah kena marah dengan maknya lagi.

"Terima kasih encik," ucap Syahira ikhlas. Kepalanya ditundukkan sedikit sebagai tanda hormatnya kepada Aiden.

"Sebelum tu awak ikut saya. Saya nak awak kenalkan diri dengan staff-staff yang lain," kata Aiden. Syahira mengangguk lalu menapak seiring dengan langkah Aiden.

Syahira tidak berhenti berasa teruja. Nasibnya bertuah ditakdirkan mempunyai otak yang bijak pandai. Dia sentiasa menerima keputusan cemerlang dalam peperiksaan di sekolah hinggalah berjaya memperoleh segulung ijazah. Kini, asbab dari kesungguhannya telah pun membuahkan hasil. Lepas ni takdalah dia digelar penganggur terhormat.

"Pehatian semua!"
Aiden bernada tinggi, menarik mata semua kakitangan pejabat kearahnya. Lantas semua orang disitu bangkit.

"Disebelah saya ni, ialah Pembantu Kewangan syarikat yang baharu..."
Aiden menoleh kepada Syahira. Isyarat diberi, tandanya tiba giliran Syahira sendiri untuk memperkenalkan diri.

"Assalamu'alaikum dan selamat pagi semua. Nama saya Syahira Binti Ehsan. Pembantu kewangan baharu disini. Saya harap awak semua boleh beri kerjasama dengan saya, dan sudi memberi tunjuk ajar kepada saya," tutur Syahira penuh berhemah.

"Wa'alaikumussalam Syahira, selamat berkenalan."
Laila menghulurkan tangan untuk berjabat. Syahira menyambut. Senyuman manis saling terukir diwajah dua wanita itu.

Kakitangan yang lain mula bergilir-gilir bertegur sapa dengan Syahira sebelum Aiden menamatkan semuanya dengan memberi arahan untuk menyambung semula tugas masing-masing.

***

"Goyang kakilah kau sekarang," sindir Bahar.

"Kau cakap apa ni? Tak faham,"
Aiden masih mengunyah makanan dalam mulut.

"Tu, si Syahira tu. Berabislah kau dera dia kan? Yelah, dah ada pembantu baru. Senanglah kau lepas ni," kata Bahar, menambahkan bahang dihati Aiden.

"Peliklah kau ni Bahar. Aku ada ramai je pembantu. Kaupun pembantu aku, asal kau tak habis-habis cakap aku akan dera dia dari tadi eh?" soal Aiden. Sebenarnya dia sudah cukup lali dengan sikap serkap jarang sahabat baiknya itu. Dari dulu lagi Bahar suka menuduhnya bukan-bukan. Kadang-kadang ada juga tuduhan yang tidak masuk dek akal.

Bahar menarik nafas kelat. Entah apa kena dengan dia hari ini. Bercakap pun tersasul-sasul. Nak terus terang, entah apa yang nak diterangkan. Tapi sejak pertama kali melihat Syahira, seakan ada satu perasaan yang luar biasa bertandang ke ruang hati lelakinya.

"Kau tu... Awal betul keluar lunch, Syahira tak nampak muka pun. Aku risaulah kau suruh dia macam-macam, yelah aku bukan apa. Dia tu kan pekerja baru, kang dia terbeban, berhenti. Kau jugak yang susah."
Kenyataan Bahar membuatkan Aiden terkedu.

"Tak. Apa kau merepek ni? Bila masa aku suruh dia macam-macam? Sekarang ni bukan masa lunch, dah sah-sah kau tak nampak muka mana-mana staff di luar pejabat," tepis Aiden.

"Sekarang ni. Aku tak faham dengan kau. Kau syok ke dengan Syahira tu? Kalau kau syok dekat dia, kau cakap terus. Tak payah merepek tah apa-apa. Macam budak-budak!"
Aiden berang. Mati selera makannya dibuat Bahar. Inilah punca, kenapa dia tak suka makan berteman. Tak habis-habis diajak berbual. Lebih-lebih lagi dengan si Bahar.

"Sibuk pula kau bila aku lunch awal. Selama ni aku lunch lewat kau tak ambik tahu pulak. Masuk air dah kau ni Bahar. Nasib baik kau kawan aku, kalau tak. Aku potong gaji kau sebab dah buat selera makan aku hilang."
Aiden menjengul mata.

Bahar mula tersengih-sengih. Mendengar perkataan 'potong gaji' membuatkan dia tersedar dari mimpi yang panjang. Baru teringat dia tu hanya seorang kuli. Bila-bila saja dia boleh kena buang kerja. Nasib baiklah dia memiliki kedudukan istimewa sebagai seorang sahabat disisi Aiden. Kalau tak, dah lama dia ditendang keluar syarikat.

"Sorry, sorry. Aku gurau je tadi..." kata Bahar dengan senyuman hambar.

"Sorry? Gurau? Hmph.. Suka hati kaulah," sinis Aiden. Dia kembali menyuakan makanan kedalam mulut. Kawan dah minta maaf, selera pun membangkit kembali. Yang penting, dia dapat makan dengan aman dan tenteram. Syukur...

***

Kisah lima tahun yang lalu di United Kingdom...

"Hi. what is your name? can we be friends?"
Salah seorang pelajar perempuan, yang merupakan penuntut di University of Birmingham disitu, menegur Qasih dengan ramah.

"Did you hear me?"
Qasih tidak menghiraukan sapaan wanita tersebut. Sebaliknya, matanya tidak berhenti merenung keindahan halaman University of Birmingham.

"Sorry for disturbing you, I will go now. bye."
Pelajar perempuan tadi akhirnya meminta diri. Rasa terabai pula bila tegurannya tak bersahut.

Qasih hanya menghantar langkah perempuan itu dengan anak mata. Kepalanya kemudian ditundukkan. Kemudian setitik air jatuh dari tubir matanya.

"I am sorry. please don't invite me to be you friends. I can't," luah Qasih perlahan.

Disini. Dia sunyi. Berteman dengan bayang-bayang jasad sendiri. Berinteraksi dengan hati. Dia hanya mampu meluahkan setiap yang dipendam melalui lukisan atas kertas .

Dia tidak mahu berkawan. Setiap kali jiwanya tertarik untuk berbual dengan manusia, hatinya menahan, mengongkong dan menghalang.
Seakan dia dikawal ketat dengan perasaan sendiri.

"Hy. are you interested to join our dance group? We are looking for another person dancer."
Suara itu mematikan lamunannya.
Kepala digeleng perlahan.

"Owh... It's okay. thank you."

Apa yang berlaku disekelilingnya. Langsung tidak diendahkan. Tadi dia diajak berkawan. Sekarang, diajak menyertai kumpulan tarian.
Semua orang menikmati hidup dengan penuh keceriaan. Akan tetapi tidak bagi dirinya.

Dia dihantar ke sini untuk belajar. Selepas tamat tempoh pengajian, dia akan kembali ke tanah air.
Jadi bagi dirinya... Disini, tidak ada faedah yang dia dapat selain daripada ilmu bidang yang diambil.

---------------

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now