BAM 29

307 26 0
                                    

Tiga belas tahun yang lalu....

Sebuah kereta Audi memasuki halaman rumah Nirmala. Kehadiran kereta itu menerbitkan rasa hairan dihati Nirmala. Sejak bila pula Tuan Bahadur pakai kereta Audi? Bisik hatinya.

Sebaik saja pintu kereta itu dibuka. Dua figura manusia yang sangat dikenalinya muncul menampakkan diri. Nirmala tersentak. Mahu gugur jantungnya ketika ini.

"Kau berdua buat apa dekat sini? Nak bawa bala?"
Lancang mulut Nirmala. Darah tingginya terus naik mendadak.

"Saya datang sini nak ambik anak saya."
Saiful berbahasa. Tidak mahu mencetuskan pergaduhan.

"Oh anak? Anak? Kenapa? Perempuan ni mandul ke? Baru kau sedar yang kau ada anak?" kutuk Nirmala.

"Aku tak nak bergaduh dengan kau Nirmala. Sekarang ni aku nak anak aku. Pulangkan Qasih dekat aku. Dekat kami. Biar kami yang jaga dia," ujar Saiful.

"Apa kau cakap! Nak ambik Qasih? Hei.. Dari kecik dia aku yang jaga. Sekarang bila dah besar, baru kau tahu nak cari dia? Banyak cantik muka kau."
Penyapu lidi ditangan dihempas ke tanah.

"Qasih! Qasih! Keluar naak... Ayah datang ni. Mari kita balik."
Tinggi seruan Saiful dari bawah rumah. Malas melayan bebelan Nirmala.

Perlahan-lahan langkah Qasih diatur. Sampai sahaja didepan pintu utama. Wajah ayah kandungnya menyapa pandangan mata.
Dia takut. Entah kenapa perasaannya kini berbelah bahagi. Dia takut dengan siksaan Nirmala, tapi dia juga takut tinggal bersama ayahnya. Dia belum biasa.

"Apa kau cakap ni? Hey Qasih. Kau kenalkah?"
Tergesa-gesa Nirmala mencengkam lengan Qasih.

"Biar Qasih yang buat keputusan, dia nak ikut siapa. Kita tak ada hak untuk tentukan hidup dia."
Nadien pula bersuara.

"Hak? Hak apa? Kau orang berdua langsung tak ada hak. Sejak dari hari kau tinggalkan aku. Qasih cuma ada aku. Dan kau berdua tak layak tuntut hak korang ke atas anak aku. Anak aku!" bentak Nirmala. Dia betul-betul diambang kemarahan ketika ini.

"Saya akan bawa kes ni ke mahkamah. Saya akan tuntut hak penjagaan Qasih. Sama ada awak lepaskan hak penjagaan anak dekat saya secara sukarela atau dengan paksaan. Tapi awak kena ingat! Sekiranya hal ni dibicarakan dalam mahkamah. Awak boleh ditangkap atas kesalahan mendera anak. Qasih saksinya." Membuntang mata Nirmala mendengar kenyataan Saiful.

"Qasih? Qasih kau buat apa? Ha, kau buat apa!"
Nirmala mencubit-cubit setiap inci tubuh Qasih. Geram dengan tindakan yang dibuat anaknya itu.

"Qasih tak nak kahwin mak..."
Sayu suara itu berkata.

"Awak paksa dia kahwin. Awak sepatutunya tahu Nirmala. Qasih tu masih bawah umur. Negara kita ni ada undang-undang. Atau jangan-jangan awak nak kahwinkan kampung je budak tu dengan orang tua bini tiga?" ujar Saiful lagi. Perkataan 'kau' sudah berubah menjadi 'awak', mengikut perubahan situasi.

"Kau buat apa Qasih!"
Nirmala meroyan tidak ketentuan. Rambut Qasih yang ditutupi kain tudung dicengkam kuat.
Akibat marah yang terlampau. Tubuh anaknya ditolak kasar kebawah. Secara tidak sengaja, Qasih terjelopok jatuh melintasi setiap anak tangga sebelum selamat mencium tanah.

"Qasih!" laung Nadien. Segera tubuh Qasih didapati. Dibawa Qasih kedalam pelukannya seraya berkata.

"Qasih akan selamat lepas ni. Ibu akan jaga Qasih. Jangan menangis," pujuk Nadien lembut. Esakan tangisan dari Qasih kian reda. Nasib baik tidak ada kecederaan yang menimpa Qasih. Lega hatinya.

Saiful menghampiri. Menjemput Qasih dan Nadien masuk kedalam kereta.

"Saya minta maaf. Saya mengaku yang saya bukan seorang ayah yang baik untuk Qasih. Dan saya juga lelaki yang tak bertanggungjawab pada awak. Saya mengaku."

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now