BAM 46

326 23 0
                                    


Kelihatan warga media mula membanjiri dewan khas De'lux Corporation sejak awal pagi lagi. Isu yang membabitkan dua syarikat produk barangan berjenama terkemuka itu nampaknya mendapat liputan meluas di dalam dan luar negara. Masakan tidak. Kes itu sudah berlarutan dari awal tahun dan berulang kali De'lux difailkan saman atas tuduhan meniru rekaan jenama lain dari syarikat yang dikenali sebagai Sahora Holdings.

Derapan tapak kasut kedengaran semakin hampir. Dato Sri Luxiana sebagai CEO merangkap presiden, Nadien sebagai naib presiden, Qasih Ruziana sebagai pengarah kreatif, Maliza dan
Adrian masing-masing sebagai pereka fesyen bag dan kasut dari De'lux Corporation hadir pada sidang media hari ini. Tidak ketinggalan, Izzah sebagai saksi sekaligus pesalah turut bersama sebaris mereka. Mereka mula mengambil tempat duduk yang sudah disediakan khusus.

"Diminta semua bawa bertenang. Yang lain tolong mundur sedikit kebelakang."
Pengacara majlis terlebih dahulu mengawal keadaan. Ingin memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Decitan bunyi kamera tidak putus putus kedengaran. Percikan lampunya menyilaukan setiap mata.

"Ibu dah call Doktor Umi?"
tanya Qasih kepada ibunya yang berada disisi.

"Dah. Dia say sorry, katanya jalan masuk sini jam. Kejap lagi sampailah tu," jawab Nadien.

Belakang anaknya dielus lembut. Dia sangat arif mengenai Qasih. Anaknya itu sangat sensitif terdedah dengan keramaian. Setiap kali ada apa-apa majlis pelancaran yang melibatkan ramai orang. Qasih selalunya terkecuali daripada menjadi tetamu. Tapi kali ini tidak boleh tidak, dia orang wajib yang sangat berkepentingan untuk berada pada sidang media saat ini. Tanggungjawab yang dia pikul sangat besar. Masa depan dan masa kejatuhan syarikat adalah bergantung pada dirinya.

My husband:
Stay strong my girl! I'm always here for you.. I know u can do it!

Pesanan ringkas dari Aiden menerbitkan senyuman ketenangan di wajah Qasih. Syukurlah dikurniakan suami yang sangat memahami.

Ya Allah... Tolong aku. Berikan aku kesihatan sepanjang berhadapan dengan situasi ini. Kuatkan aku ya Allah. Hanya Kau saja tempat aku bergantung segala kekuatan dan kelemahan.
Doa Qasih dalam hati.

"Assalamu'alaikum, selamat sejahtera dan selamat pagi semua..."
Nadien membuka bicara.

"Terlebih dahulu saya selaku naib president De'lux Corporation mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran anda semua. Dan saya mewakili yang lain akan menjelaskan tujuan sebenar sidang media ini diadakan."
Baru sahaja Nadien mengucapkan beberapa potong ayat, semua pihak media mula merasakan debaran.

Nadien kelihatan mengambil sedikit masa untuk berbincang dengan Izzah.
Mungkin mahu memastikan yang Izzah betul-betul sudah bersedia untuk memberi keterangan.

"Baiklah. Tujuan sidang media tergempar ini diadakan pada hari ini adalah untuk menjelaskan kepada semua bahawa tuduhan yang dikaitkan kepada De'lux selama ini adalah tidak benar atau lebih tepat lagi, kami difitnah dan semuanya telah dirancang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab."

Ada wartawan yang mula mengajukan soalan mengganggu sedikit sebanyak fokus Nadien.

"Bawa bersabar dulu. Biar kami jelaskan satu persatu."
Dato' Sri Luxiana pula mengambil alih. Kurang senang dengan sesetengah wartawan yang tidak reti bersabar.

"Ingin kami jelaskan disini. Ba ha wa. Selama ini kami telah dituduh dan kami tidak pernah memplagiat mana mana hasil rekaan luar. Bahkan sebaliknya! Rekaan kamilah yang telah diplagiat. Selama ini kami terpaksa berdiam diri, bukan sengaja. Ini kerana kami tidak mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa syarikat terbabit."
Nadien menekan kata katanya dan setiap patah perkataan diucapkan dengan nada yang agak tinggi.

ANTA PERMANAWhere stories live. Discover now