BAM 45

263 18 0
                                    


"Dia suruh aku datang tepat waktu. Now dah dua jam aku tunggu, dia tak muncul muncul. Haish!" omel Izzah diluar bilik pejabat pengarah kreatif.

"Wohooo... Are you Izzah?"
Terbuntang mata Zamani melihat penampilan setiusaha kesayangan ketua mereka itu.

"Izzah?"

"Ya Allah. Awak ke ni Izzah?"

"Izzah. Is that you?"

Seorang demi seorang muncul menunjukkan reaksi yang sama. Azam, Mia dan Pelangi. Terkejut, tersentak. Terbuntang mata semua mereka yang ada disitu. Makcik-makcik perkerja pembersihan yang tidak sengaja lalu disitu pun turut tergamam sama.

"Sis, what's wrong with you sis? MyGad. I feel like want to criyng." Reaksi Pelangi dengan gaya tangannya mengibas ngibas mata, kononnya menahan tangis.

Azam buat muka kelat. Manakala Zamani dan Mia saling berbalas pandangan antara satu sama lain. Kakitangan-kakitangan lain yang kebetulan berada disitu tidak ketinggalan memasang mata melihat kejadian yang tidak diduga.

"Korang ni dah kenapa? Tengok saya macam nampak hantu. Apa teruk sangat ke saya sekarang ni? Nampak macam saya hina sangat? Pleaselah jangat buat muka macam tu. Korang ingat korang dah cukup baik dah nak judge saya?" tempelak Izzah. Geram dia menerima
pandangan sinis.

"Kitorang tak hina. Maaf cik. Sebelum ni kan elok je, cantik, manis cik Izzah bertudung. Pakaian pun sedap mata memandang. Bila jadi macam ni, kitorang terr..."
Mia belum sempat menghabiskan ayatnya, Izzah laju memintas.

"Terr apa? Terkejut? Hei, lebih baik macam ni lah daripada bertudung tapi hipokrit. Lagipun suka hati sayalah nak bertudung ke tak bertudung. Bukan urusan awak kan? Awak pun bukannya baik sangat. Jadi tak payah tengok saya macam nampak setan. Awak pun dengan saya tak ada beza. Sama sama freehair."

Tinggi intonasi suaranya. Izzah sudah tidak peduli dengan mata mata yang mula memandang serong terhadapnya. Apa nak jadi-jadilah. Alang-alang tupai dah jatuh ke tanah, biar tunjuk dekat semua orang. Inilah Izzah sebenarnya yang orang-orang syarikat tak pernah tahu. Penampilannya diluar jauh lebih jahil daripada apa yang dilihat sekarang.

"Hei cik. Yang cik meroyan, menjerit tak tentu pasal ni kenapa? Siapa hina siapa? Dah cik tiba tiba berdiri depan office dengan pakaian menjolok mata macam ini siapa tak terkejut? Dah memang betul sebelum ni cik bertudung takkan kitorang nak buat buat hilang ingatan pulak.
Lagi satu. Cik boleh je, cakap elok elok dengan kitorang. Yang tiba tiba bercakap macam kena serang sawan kenapa?"
Azam membela bagi pihak Mia. Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba sembur orang.

"Ha ah. Cik nak tahu? Bukan kami je tau. Tu, makcik-makcik cleaner tu. Staff staff unit sebelah. Elok-elok diam, sampai kesini diorang kejar suara cik."

Staff dari unit lain terkesima mendengar kenyataan Pelangi. Perlahan lahan mereka beredar menuju ke ruang masing-masing. Haah pulak eh. Tak sedar bila masanya kaki diorang ni bergerak sampai kesini.

"Suka hati cik lah nak buka tudung ke nak pakai tudung ke. Tak menjejaskan life kami pun. Tapi cik tu tak berhak marah marah kami bila kami terkejut tengok penampilan cik sekarang. Normal lah. Bila dah buat keputusan buka tudung tu, ha pandai pandailah tanggung akibatnya. Saya nak cakap sikit dengan cik Izzah. Saya ni pun freehair juga tau. Saya paling benci dengan orang bagi alasan bukak tudung sebab taknak hipokrit. Dah kepala tu tak biasa bertutup terus terang jerlah. Ergh! Memanglah orang zaman sekarang. Dah pakai tudung sebab trend, buka tudung pun sebab trendlah juga. Dahlah. Jom."

Sempat Pelangi memberi kecaman berasas sebelum mengajak rakan-rakannya beredar dari situ. Izzah hanya terkial-kial selepas mendengar kata-kata yang dilemparkan kepadanya. Tiba tiba dia berasa menyesal. Ini semua sebab sakit hati. Dia sakit hati bila sekelip mata saja kesalahannya terbongkar. Jadi cakap pun main ikut sedap mulut je. Ini semua sebab Qasihlah ni. Lambat sangat muncul.

ANTA PERMANAOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz